Mereka Yang Terbaik..!

10/28/2011

MasterChef punya pasal..Boxing Chicken jadi santapan

Ini semua gara-gara melayan MasterChef Malaysia meskipun ramai yang bagi komen negatif lemau la..guna bahasa melayu baku la aku rasa ok je rancangan tu..

pelik sungguh orang kita ni hanya semata-mata sebab rancangan tu guna Bahasa Melayu yang lengkap dan sepenuhnya pun jadi isu.sekurang-kurangnya ada juga rancangan realiti kat Malaysia ni nak gunakan Bahasa Melayu dengan baik nak harap rancangan lain nan hadoo..
apatah lagi nak harapkan rakyat Malaysia tu sendiri nak bertutur dalam bahasa Melayu..huh tak urban katanya..tak nampak bandar tapi lebih kekampungan..motip????????tak kelasslah apalah..
Malas nak bebel panjang pasal tu..hehehe

Dek kerana tempohari episod yang mana tah ada ditunjukkan cara memotong ayam dan memisahkan tulang ayam atau dalam bahasa orang ade kelass iaitu debone
sebenarnya sebelum ni pun dah penah tengok dah dekat tv dan kat angkel google pun bersepah ada tunjuk tapi masa Chef Jo tunjuk demo kat tv terus aku lagi bertambah teruja nak mencuba sendiri hahhahaa
yelah selama ni suruh abang kat pasar tu je motong sesiap buang kulit segala..kekadang je tak bagi dia potong kalau aku nak buat ayam golek ke apa..
tapi cara pemotongan ayam yang chef Jo tunjuk ni untuk memasak stail barat..di mana kena asingkan peha,kepak dan dada sampai ayam tinggal rangka.peha di buang tulang sesuai dibuat Chicken Chop manakala bahagian kepak yang banyak isi dikikis isinya biar sampai hujung maka jadilah
Ini yang dipanggil Boxing Chicken atau juga Chicken Boxing mana-manalah sama je..kegemaran kami seisi keluarga sejak dulu huhuhu..biasa sangat order kalau makan dekat Village View.
Kalau tanya ankel gugel resepinya rata-rata guna serbuk roti tapi aku tak suka yang macam tu suka stail macam kat restoran gak makanya aku main letak jela bahan-bahan yang rasa sesuai.kebetulan hanya ada 4 ketul je kepak dalam esbok maka ada yang kempunan balik kerja tak dapat makan hahaha..lupa pulak nak hapuskan bahan bukti dia ternampak lak bukti kehadiran makanan kegemaran dia hihihi
paling best ia amatlah digemari oleh anak-anak yea..senang nak makan dan rasanya juga sedap kan.. jom layan resepi hentam sahajalah ini
Chicken Boxing stail CPN
Beberapa ketul kepak ayam dipotong dua ambil bahagian yang banyak isi dan kikiskan isinya atau tarik isinya ke atas/hujung sehingga kelihatan bulat seperti bertangkai.
perap kepak ayam tadi dengan bahan-bahan seperti sedikit sos tiram,kicap soya,bawang putih dan halia yang ditumbuk pecah/dicincang,sedikit garam jika perlu,madu atau gula perang jika perlu kalau takmo nampak hitam berlegam seolah2 hangus tak perlu masukkan tapi lagi sedap jika ada.kalau ada minyak bijan pun boleh juga di masukkan sekali.
Perap sehingga 1-2 jam,acik perap 1jam je kot anak dah tak sabar nak makan.
Kemudian gorengkannya atau boleh juga di bakar dalam oven..tapi nak senang goreng jelah.
Dah siap boleh hidangkan dengan sos cili Thai atau mayonis pun boleh ikut selera memasing.

Bahagian kepak yang dipotong tadi tu pun boleh diperap sekali dan gorengkan juga jadi Chicken Wing hahhahaa
tak tahu atau takleh nak bayangkan cemana nak buat kepak tu jadi boxing boleh tengok sini 
Atau buka je youtube bersepah ada ahahahahaha.
acik lupa nak ambik gambo masa dok 'memboxingkan' ayam itu heheheh
pasnih boleh cuba buat Chicken Chop plak tapi lebih suka Grilled Chicken Chop la tak suka Chicken Chop yang biasa tu sebab ada serbuk roti huhuhuhu

Nota :Gunakan pisau yang tajam ketika kerja-kerja memotong ayam bagi mengelakkan kecederaan pada jemari runcing kalian.Penggunaan pisau yang tumpul bisa memberi kesan buruk seperti tumbuhnya siong sebab termakan masakan yang mengandungi darah kalian hihihihi..

6 ulasan:

*Miss Geli^ berkata...

abeh tu bila bole makang kat umoh mung ni?

NuRuL DhiA berkata...

seksi nye kepak ayam u, tergoda aii. Oh x sangka plak masterchef malaysia ade kontroversi, nape aii rase ok jek guna bahasa melayu baku, bengong la org kite ni kdg2, benda remeh pun nak jd isu

Cik Puan Nurul berkata...

miss geli
aloh aritu org ajok koba memain jea..mana la saya tau mai la dtg raya haji ni tp rasanya balik kg huhu

Nurul Dhia
biasalah pengomen tegar tau nak komplen je la hahahahaha..
memang la kena guna bahasa melayu lg pun di tayangkan sekali kat starworld so senang la terjemahkan kalo guna BM yg standard kan kalo guna bahasa rojak susahlah..
ntahlah padahal rancangan2 realiti dr luar ngr sprt korea ke jepang ke or memana la xde lak org nak komplen sbb guna bhs rasmi dorang..

Hayatie berkata...

lebih isi yang dikikis tu simpan buat apa?.buat rencah goreng2 kah?

Cik Puan Nurul berkata...

hayatie
boleh juga tapi den perap sekali dan goreng..qaseh suka makan yg tu

NM02 berkata...

salam kenal

singgah sini terus follow

kalu sudi, jom follow saya plak

maceh

^_^

- LAWAK TGK PESERTA DOK KOPEK AYAM UTK BUAT CHICKEN BOXING TU -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...