Mereka Yang Terbaik..!

11/18/2011

Cerita pasal seks..bacaan untuk dewasa sahaja

Tetiba kan..ni bukan pasal ade kaitan dengan malam jemaat ke apa..
mahupun cerita dalam kain sendiri jauh sekali nak menyelak kain jiran sebelah
Baru-baru ni aku terbaca tentang pemasalahan rumah tangga seorang wanita..
di mana dia sudah sampai ke tahap tak mampu nak memendam lagi
di mana suaminya dingin..dah bertahun hal tu berlarutan..
sebab masing-masing sibuk maka langsung tak punyai masa yang berkualiti untuk bersantai bersama
jauh sekali nak make love (ML)..komunikasi pun kurang sebab berbeza waktu kerja dan memang susah nak bertemu bertentang mata..
bagi orang yang belum kahwin dorang akan cakap..
''hek eleh..dah kahwin pun susah gak ke nak 'bersama'..''
ok adik-adik yea make love tak sama cam make sex(MS)..
MS ni ibarat anda menala ayam lorong la..anda bayar dan dia beri 'khidmat'
takde aktiviti sampingan luahan perasaan belaian mesra penuh kasih sayang seperti ML ngan bini/suami
kalau hubungan laki bini sekadar  MS orang kata ibarat melepaskan batuk ditangga..tengah tido ke.kepenatan ke apa main taram je..mata dok pejam-pejam tengah dibuai mimpi pun jadi..asalkan tanggungjawab nafkah batin dah settel..boleh ke camtu..
apakah ini yang dinamakan keindahan dan kenikmatan
tanpa keghairahan hubungan intim tu tak bermakna apa..kosong dan membosankan
aku penah terbaca anak-anak yang lahir hasil hubungan luar nikah lebih bijak sebab persetubuhan itu dilakukan dalam keadaan ghairah yang melampau-lampau..yelah kalau tak ghairah masakan leh sampai berzina ye dak..
aku tak pasti hal ini betul ke tidak sebab ini cuma kajian sesetengah pihak..barangkali ade benarnya.
kembali ke topik..jangan pikir aku ni mengada-ngada nak cerita pasal seks
bukan mengada-ngada yea bagi masyarakat kita ni isu seks ini sesuatu yang taboo tak harus di bicarakan secara terang-terangan..kira kalau ada masalah kena simpan sendiri bertahun-tahun
sedangkan orang lain memang la akan cakap itu ini..tapi empunya diri yang melaluinya sahaja yang melalui penderitaan itu..bagaimana nak sembunyikan masalah sendiri dalam masa yang sama harus berdepan dengan realiti hidup..masih boleh senyum -senyum seolah takda masalah
Jika ada yang menganggap bila kahwin apa susah tak payah pening kepala anytime je boleh main ngan bini..
anda salah..ingat ni macam 3 times a day and 7 day a week(teka tagline apa tu) ke..hahhahaa
takyah buat kerja apa-apa memerap dalam bilik laki bini..bangun tido makan pasir boleh gitu..
realitinya tak camtu..banyak perkara yang lebih penting sehingga ada suami atau isteri lupa akan kehendak dan perasaan pasangan memasing..
hidup yang mencabar pada zaman ini buatkan sesetengah orang jadi gila kerja..hingga lupa ada yang lebih penting selain DUIT..
gambar selingan hilangkan ngantuk..

 Maka memasing harus lah sanggup berkorban demi keutuhan rumah tangga gak..takda masa kena cari masa..
kalau terlalu sibuk ambil la cuti barang sehari dua..lupakan pasal kerja mana lebih penting pikirkan bersama..sebab perkara ni boleh menjejaskan pekerjaan kita gak..bengang tak 'mendapat' malam tadi hari ni pi kija dengan moody..abis semua orang kena hamun..semua menda jadi tak betul.
kalau dulu rasa penampilan ala-ala makcik sile bertukar kepada yang lebih gojes..bukan suruh jadi muda remaja cuma kena berani la berubah kalau itu yang menyenangkan pasangan kita..
aku cakap ni pun lebih kepada mengingatkan diri sendiri jugak..
kalo dulu hanya mampu menampilkan aksi 'batang pisang' dan 'patung cendana'..apakata mula berubah menjadi lebih 'liar'..lebih 'hot and spicy'..
kalo biasa pakai baju kelawar selebet sana sini apa kata bertukar kepada lingerie merah menyala..
lupakan kain batik lusuh..tshirt besor lobang sana sini..juga suar pendek lusuh getah dah longgar..apakata try legging ketat corak rimau bintang ka hahahha..hot pants ka hihihihi untuk suami kan bukan untuk orang lain
makcik mengurut aku masa bersalin dulu penah cakap..
''masa hidup ni melaram la semua baju-baju baru dalam lemari tu..takyah berkira sangat janganla hari-hari dok pakai kain batik lusuh,tshirt buruk esok kalo dah mati langsung tak dapat merasa dapat kat orang lain je nanti baju-baju tu''
Tapi jangan ingat semua bini je kena siapkan badan,melawa kan diri..orang lelaki pun sama jangan hanya tahu nak suruh bini bersiap itu ini sementelah diri sendiri serabai sana sini..

Sebenarnya ada beberapa tips dan perkara tentang hubungan suami isteri yang aku dapati daripada pembacaan dan pengalaman beberapa orang yang sudi berkongsi tetapi macam tak berapa sesuai nak ditepek kan sini takut ada yang tak sabor menanti malam plak..itu kalo yang dah kawen kalo yang belum maunya mati pucuk/mati putik sebelum waktunya sebab asik dok imaginasi yang bukan-bukan sehingga melemahkan bahagian tuttttttt....

4 ulasan:

Hanna berkata...

hotnya topik..hihi...betul tu, stp pasangan harus diberi hak masing2..kalau bole melaram kt ofis, kt rmh jgnlah serabai..ingatan utk diriku juga..kuikuikui...

Cik Puan Nurul berkata...

tapi memang biasa camtu kan..kat umah selebet kat opis mekap tebal serupo hantu kubor ye dop

Akim Iqbal berkata...

erk. saya belum dewasa. tidakkkkk

efa fairuz berkata...

hehehe.. suka topik ni.. betul ape yg mak andam tu ckp.. melaram abis abisan..

yg akak ckp tu pun betul jugak, pakai legging, pakai baju seksi.. kite jugak yg akan rasa cantik, pastu bila kita rasa cantik, mesti konfiden nak berkomunikasi dengan laki..

hehe.. perfume beli mahal2 pakai sikit2 buat apa kan.. sembur aje.. perfume boleh beli, suami susah nak cari oo.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...