Mereka Yang Terbaik..!

11/01/2011

Kenapa ada yang lebih suka menjadi pembaca senyap daripada menjadi pengomen tegar?

Jujur aku katakan yang aku memang tak berapa gemar dengan mereka yang lebih suka jadi pembaca senyap ataupun yang sering disebut sebagai 'silent reader'.
Setiap hari datang mengintai dan kita tahu dia siapa sebenarnya walaupun ada yang kita tak tahu tetapi tidak mahu meninggalkan sebarang jejak..kadang-kadang dah bertahun dia membaca blog kita barulah tiba-tiba dia membuat pengakuan itupun kalau tetiba kita jadi popular tup-tup jadi artis so baru lah ada yang akan cakap
''sebenarnya lama dah baca blog u..cuma tak pernah tinggal komen je..''cait..
 kredit:Google

Ada banyak sebab kenapa hanya mahu menjadi pembaca senyap tak mahu dikenali dan tak sudi meninggalkan jejak mahupun maklum balas terhadap blog yang dibaca.
  1. Entri yang dipaparkan tak menarik perhatian..takda yang best pun..entri syok sendiri je cerita pasal famili,pasal pakwe selagi belum kahwin bertukar-tukar dah muka pakwe menepek kat blog hehehe aku penah jumpa dari header blog sampai ke sidebar,shoutbox,footer semua muka pakwe dia tup-tup bila dah putus kemudian jumpa pakwe baru muka yang lain pulak..tak salah nak letak terpulanglah dah blog sendiri tapi berpada-pada lah kalau letak gambar anak,atau famili kita memang dah sedarah sedaging takda lah nak putus-putus dah kan..tak perlu nak rasa malu atau puas pulak nak edit balik entri-entri lama dan padam semuanya betul tak..?
  2. Masalah dengan broadband isi kandungan entri tak dapat dibaca dengan sepenuhnya terutama yang gemar letak ''Read More'' tak ramai yang tahu ia sebenarnya menyukar kan pembaca lebih-lebih lagi yang guna internet di tempat jin bertendang hoh..memang tensen betul tak.sudahnya terus tekan X je walaupun ade niat nak beri maklumbalas pada entri tersebut.
  3. Blogger bukan orang yang popular so walaupun kandungan blog dia bagus tapi ada sesetengah pembaca biasanya tak gemar nak meninggalkan jejak..nanti bila blogger tu tetiba jadi selebriti terkenal otomatik ramai yang ngaku dah lama dah follow,lama dah ikuti blog ini..bla..blabla..
  4. Tak pandai memberi komen atau tak tahu nak komen apa..suka membaca je dan dapatkan info tapi tak berminat untuk meninggalkan sebarang komen.Tak jumpa kotak nak mengomen puas meraba-raba tak jumpa jugak hahahaha.
  5. Entri terlalu panjang meleret-leret,dengan tulisan yang terlalu banyak penggunaan singkatan perkataan yang pelik seperti tahu jadi taw,aku jadi aq pastu huruf kecik besor kecik besor berpinor mata nak membaca dah tau taip pepanjang takde pulak perenggan..memang susah pembaca nak faham sekaligus tak berminat nak tinggalkan jejak.
  6. Pembaca tu sebenarnya musuh dalam kain diam..pendengki si blogger singgah blog hari-hari semata nak sekodeng blog orang..hahahahahahahahahahahahahahahaha ramai tau yang kena gini pastu bila kantoi dengan blogger mula la mengomen guna nama Cik Anon komen kemain pedas berapi tapi pengecut tak berani bertanggungjawab atas penulisan sendiri sama je seperti wartawan-wartawan gosip kekdahnya.
  7. Malu dan rasa jauh hati dengan blogger itu takut apa yang di komen nanti tak di baca dan tak di balas.Yela hari-hari datang menyinggah komen sepanjang yang boleh tapi haramjadah nak di balas..lama-lama rasa bengang dan tak kuasa lagi nak mengomen barang sepatah perkataan pun.
  8. Pembaca di kalangan adik beradik,saudara mara,jiran tetangga,bekas rakan sekerja,bekas pakwe/makwe,bekas skandal dan juga bekas rakan sekelas mahupun satu sekolah biasanya golongan ini sebetulnya paling jarang meninggalkan jejak tapi dia membaca blog kita tak percaya tanyalah ramai yang akan mengakuinya.Aku pernah terbaca blog sapa tah dah tak ingat lama dululah kemain dia hangin sebab selama dia berblog walopun kenkawan dia terutama ex-classmate dia tau tentang blog dia TETAPI tak pernah sekalipun meninggalkan jejak sampaikan dia menulis entri tentang itu siap sebut nama memasing wakakakakakaka..rasa macam lawak tapi itulah kenyataannya.
Aku sendiri pernah bertemu dengan silent reader blog ini masa raya puasa tempohari seperti yang dijangkakan dia adalah ex-schoolmate aku.Hahahaha siap malu nak bagi rasa kuih raya yang di buat katanya padahal kuih raya dia buat tu sedap bangat aku pun tak pandai nak buatnya..rupanya selama ini dia pembaca senyap blog ini siap tanya apakah semua masakan yang daku paparkan dalam blog ini memang di masak sendiri atau orang lain yang masak..dah biasa aku ditanya soalan begitu nak buat cemana siapalah diri ini pastilah semua orang meragui kemampuan kita..huhuhuhu
Sudahnya kena hamun ngan aku dengan pesanan lain kali tinggalkan jejak jangan jadi pembaca senyap lagi.
Ketahuilah wahai pembaca budiman bukan semua blogger menganggap blog mereka seperti diari harus privasi dan tak boleh di baca orang.maka semua mereka lebih suka jika entrinya di baca dan dihargai bila ada yang sudi meninggalkan barang sepatah kata..Sebab tu lah ada yang bermurah hati memberi hadiah dan sebagainya kepada pengomen tegar aku sendiri pernah menerima nya jauh lagi mari nun jauh di seberang lautan.
Tetapi ada juga pembaca blog yang gemar menyampaikan maklumbalas terhadap entri yang di tulis melalui email betul dak..lebih-lebih lagi kalau apa yang bakal disampaikan itu bersifat peribadi dan tak mahu di paparkan dalam blog si penulis.
''Jika anda rajin mengomen di blog orang,maka orang lain rajin berbuat demikian di blog anda''

17 ulasan:

Liz berkata...

salam. kalau ikut saya pulak, saya tinggalkan komen jika ada perkara yang nak dikomen. kdg2 bila orang bercerita tentang family, saya rasa tak sesuai nak komen kalau tak kenal.

usually, bila kita komen, kita harapkan tuan punya blog reply komen kita. tu pun satu penghargaan kan? tapi ada la 3-4 blog yg saya komen, tak berjawab langsung. bkn sekali dua tapi byk kali la juga. sudahnya saya dah malas nak komen dah. terasa tuan blog tiada inisiatif nak menghargai komen.

tu pendapat saya je. tapi saya kagum dengan bloggers yg dapat berpuluh komen dalam setiap entry dan masih mampu reply kesemua komen. tu baru betul2 hargai pembaca.

Cik Puan Nurul berkata...

nah ni nak hargai para pembaca hihihihi
fuh panjangnya komen yup betul tu..
tapi biasanya alasan tak balas komen sebab sibuk dan tak sempat
ada juga sesetengah blogger popular dia akan dtg pd blog kita dan balas/komen entri kita pula

AcuRose berkata...

fakta yg tepat kat atas tu. tapi kebiasaan mcm tu lah. Majoriti mmg suka jadi pembaca senyap. Mcm acu skrg ni, komen mmg terasa nak komen. tpi rasa dah nak delete balik komen ni, sbb tak de isi yg bernas. Malu pula kalau org lain baca. Tapi nak komen gak sbb topik ni mmg menarik. Yg tak boleh tahan tu point no.5. Boleh maigrain dibuatnya.

Cik Puan Nurul berkata...

acu
huhu tul tu acu bukan takat migrain silap ari boleh pitam sekalikan..hahah
memang marah sangat tau sbb sy seorg yg suka menulis bila kita baca blog org taip bhs sms yg sangat dashyat camtu rasa grrrrrrrrr
nak tulis bahasa rojak tak salah suka atila tapi taip la sepenuhnya nak takpun kalo nk guna ayat2 yg pelik dan lucu
tinggalkan nota kamus kat bawah takdelah tetanya kita dibuatnya
**acu adalah pengomen pemalu..huhu kan..kan kan

pizet berkata...

kalau pz biasa baca dan tinggalkan komen kalau sempat la...x pun entri tu ada bg ilham nak komen...hihi penah gak jumpa silent reader blog sendiri...termasuk lecturer kat u, kawan satu diploma, sekolah, even yang x kenal tp jumpa time kursus...rasa cam ada stalker la plak...huhu

Irfa berkata...

setuju 100 peratus..sy ebrblog dr tahun 2006..ramai yg tak tahu.
lepas 2 tahun berblog baru sy bgtau en suami..sbb taknak dia terjumpa blog ni sdgkan sy x bgtau..lepas dia dah tahu..banyak bende sy tulis kena tapis.dan sekarang lagi x syok menulis bb kawan opis juga dah tahu..

bestnya masa mula2 menulis dulu.
bebas..

sy jugak x suka silent reader :-( sbb rasa cam kena skodeng

KOLEKSI QALESYA NUR berkata...

Saya baca blog awak menerusi googlereader. Honestly saya banyak membaca sahaja daripada meninggalkan komen sebab takut tersalah komen. Tapi memandangkan entri awak sesuai dengan status saya sebagai silent reader, maka saya tergerak nak tinggalkan komen :).

cIk cUmIe berkata...

certain orang hanya akan komen dekat isu yang dia tahu saja :)
lgpun..memang ramai jenis silent reader sekarang.

NuRuL DhiA berkata...

daku komen bile rase perlu atau kalu sempat nak tekan butang BG KOMEN hahaha

Ya benar sejak jd pofular masuk soratkabar tetiba ramai plak yg ngaku ikut blog pink tu sudah bertahun2

Ya benar, kebanyakan reader suka bg personal emel

Ya benar, aku dpt rase mmg ade musuh dlm diam yg baca blog aku, x suka aku tp sibuk gak nak tau pasal aku hahaha

Ya benar, sedara mara, kawan2 sek se'uni' se kolej lebih ramai jd silent reader

pendek kata fakta mu itu benar belaka

Cik Puan Nurul berkata...

Pizet,
kan..bila jumpa baru tahu tetiba kena ubah cara menulis huhu

happyirfa,
uik lama tu berblog sampai suami pun tak tahu yea..suami sy pun silent reader gak tp dia xbca beria sbb dia bukan suka sgt nak baca2 ni asal xde kutuk dia dah la hahahah tp mmg xselesakan bila tau ade yg stalk

qalesya nur
opssss hahaha hanya memberitahu fakta sahaja tiada niat lain mekaseh sbb sudi membaca

Cik Puan Nurul berkata...

cumie,
betui tu sbb tu saya suarakan hal ni.

nurul dhia,
hahahahahhahaa..
sememangnya musuh mmg akan suka intip n amik tahu pasal musuh pastu bila ade buat dia rasa sentap mulala meroyan tak tentu pasal hahaha

potpetmama berkata...

pn nurul; entry yg menarik sebagai panduan especially to those new comers dalam dunia blogging; just like me!!!!sudi2kan ke blog saya juga..tapi suam2 kuku aje

Nanak berkata...

awww! sayalah silent reader itu..sy letak dlm bloglist sy sekian lama tp rasanya pernah tgl komen tp bkn selalu...hihihi...

Cik Puan Nurul berkata...

potpetmama,
thanks..ok

Nanak,
awwww yeke huhuhuhu

TopsyTurvyMum berkata...

no 4..no4!! Hahaha. Ramai nau komplen tak jumpa kotak komen aku.
Aku suka baca komen, cuma lambat je nak reply.
Pengomen tegar memang harus dihargai:)

Tanpa Nama berkata...

Have yοu ever consіdered abοut addіng a lіttlе bit more
thаn just yοur articles? I meаn, what you saу іs ѵaluable and all.
But just imagine if yοu addеd some
gгеat іmаges oг videos tо
giνe уοur posts moгe, "pop"! Yοur cоntent is excellent but with pics and cliρѕ, this blog could undеniаbly be one of the ѵery best in its niсhe.
Wonԁerful blog!

Нere is my ωeb-site payday loans

Tanpa Nama berkata...

This article offeгs clear ideа dеsigned for thе new vіsitors of blοggіng, that actually how tο do blogging and site-buildіng.


Ϻy ѕite: payday loans

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...