Mereka Yang Terbaik..!

12/05/2011

Review :Filem Ombak Rindu..aku yang terbuai sayu

Hari ni aku jadi pengulas sukan filem plak huhu..ok semalam secara sengaja pepagi buta tercongok kat GSC Alamanda hasrat hati nak nonton pilem Ombak Rindu mulanya ingat nak pi tengok Jusco Cheras Selatan tapi aku rasa nak cuba dulu pi kat Alamanda mana tau masih ade tiket..memang rejeki kami tiket ada dapat seat tempat biasa aku menonton iaitu 2 seat tepi dinding..aku memang suka dok seat tepi dinding supaya belah kanan aku abam room mate yang duduk sebelahnya  sebelah kiri aku lak cuma dinding maka boleh nangis ke apa,nak menetek anak ke apa tanpa rasa segan sebab takde orang dok tepi aku kan..huhu
ok sebelum aku review pilem ini versi CPN aku tepek dulu sinopsis pilem ni..

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.-Sinemamalaysia
Bagi aku filem ni takde lah mengecewakan walaupun bukan barisan pelakon yang aku suka.. seperti sebelum ni aku penah komplen kan kat blog ni..ternyata Maya Karin sebagai Izzah aku kira berjaya membawa watak dia.Sebabnya aku memang nampak Izzah gadis kampung dalam pilem ni bukan jelitawan Maya Karin walaupun hakikatnya Izzah dalam novel berusia 18 tahun kan namun Izzah versi Maya Karin tetap  nampak lurus,inesen dan kekampungan sebab asik nak pakai kain batik je!

Lisa Surihani yang biasa kelihatan kayu-kayan patung cendana tu pun boleh la ade peningkatan lakonan dia kali ni walopun asik menjerit macam orang meroyan maklumla dengarnya mendapat bimbingan Ellie Suriaty tuk lakonan dia sebagai Mila.

Walaupon bukan peminat tegar  bang Harun aka Aaron Aziz tapi aku suka lak dia melakonkan watak Hariz ni.Jalan cerita menarik,babak seranjang mengegarkan jiwa hehehhe,sinematografi yang superb lokasi banyak main kat sawah padi,Langkawi dan ladang teh di Cameron Highland..

paling best Villa Ombak tempat Hariz 'simpan' Izzah  tu adehla mengadap laut dengan pemandangan yang sangat-sangat la indah..walopun ikutkan dalam novel sebetulnya Izzah dok dalam apartmen je tapi untuk pilem tukar pada rumah banglo kayu jati yang sangat-sangat cantik.
layan ulasan beserta gambar-gambar menarik eh untuk hilangkan ngantuk dan menambah keterujaan kalian..
pakcik Toha yang kejis..nak jual Izzah kat kelab malam di KL
Hariz dan Izzah nikah kat Thai setelah Izzah merayu mohon dihalalkan hubungan mereka.Hantarannya jam tangan yang Hariz pakai.Izzah pun bagi jam tangan 'buruk' dia kat Hariz kira tukar-tukar jam la huhu.suweet sangat scene tu..

 adegan seranjang yang mengegarkan jiwa la sangat huhu...Hariz yang naik berahi lak ternampak Izzah dok berkemban jemur kain batik kat luar umah dia lak dok baring-baring atas katil.suka tengok dia marah-marah garang panggil Izzah pastu tup-tup jadi romantik la tetiba..
ehem-ehem..
suka scene ni..Hariz tertido dan Izzah diam-diam letakkan kepala atas bahu Hariz..Izzah tak tahu yang Hariz tersedar dan mengelus rambutnya..suweet..
 Hariz kena kahwin secara paksa dengan Mila walo tak mencintainya sebab dia pun dah sayang sangat dekat Izzah kan..tacing sangat Izzah nangis sorang-sorang kat umah..bila drive naik keta nak bawa hati dia pi balik kampung..dia memang tak kesah Hariz kena kawin sebab sedar diri dia cuma isteri rahsia je..sobs
scene ni meleleh-leleh ayo mata aku..sebab Hariz nangis-nangis terlalu rindukan Izzah..lepas kawen ngan Mila Hariz susah nak jumpa Izzah,tup-tup ternampak Izzah kat rumah Pak Dollah pemandu dia time tu Izzah datang menolong kenduri doa selamat Pak Dollah nak pi Mekah.
Hariz eksiden masa kejar Izzah yang merajuk..sedih juga scene ni disebabkan Hariz eksiden dan tak berdaya mak Hariz amik kesempatan menghalau Izzah yang selama ni dia sangka pompuan simpanan dari rumah Hariz sehelai sepinggang..masa tu cam tak logik juga sebab Izzah ni keluar pakai kain batik je kuar umah dalam hujan lak tu takdan nak tukar baju ke apa.
Datuk Sufiah aka mak Hariz kejis sangat dok pitnah kata Izzah curang dan pompuan tak guna siap tunjuk gambar Izzah kononnya ngedet dengan Mail(Bront Palare)kawan sekampung Izzah yang kebetulan datang KL nak gi temuduga kerja.

ni scene last dok minum presh oren atas bot..romantik sangat..dalam novel Izzah sepatutnya keguguran masa dok kejar Hariz sebab nak jelas kan keadaan sebenar bila dituduh curang tapi dalam filem ni cuma pendarahan je la tak gugur huhu..

Seperti penulis novel ni cakap masa prebiu pilem ni aritu dia tak begitu puas hati dengan pilem ni aku pun ade rasa cam tu gak yela dalam masa 2jam lebih nak terjemahkan novel yang sekurang2nya ambil masa 4 jam lebih nak habiskan baca dengan penghayatan yang tinggi memang la susah..maka jalan cerita nampak seolah-olah tergesa-gesa la tapi still ok dan mampu buat aku 3-4 kali menangis huhu..

mungkin kalau buat drama bersiri boleh kembangkan lagi cerita dan semua watak sampingan pun leh ada kan..sebetulnya boleh je nak buat pilem tapi kena panjanglah tak pun kena buat part 1 & 2 macam pilem Ketika Cinta Bertasbih memang dialog sebijik-bijik sama macam dalam novel..lagi pulak penulis novel turun padang sebagai penulis skrip kan.Secara keseluruhannya aku rasa suka dengan filem ni so aku rekomenkan pada semua peminat novel Ombak Rindu ni pilem yang wajib la korang nengok cuma jangan letak jangkaan yang tinggi la nak sebijik macam novel yang penting ia membangkitkan nostalgia lama sebab aku balik umah pi selongkar cari novel-novel lama huhu.

Sumber Gambar :Google dan Forum Cari.
 Nota : Semalam masa scene klimaks time Pak Dollah bagitau rahsia tentang Hariz tu sebetulnya anak kandung dia dan bukannya anak Datuk Sufiah dan juga kantoikan perbuatan mak Hariz menghalau Izzah aku sedikit bengang dengan penonton dalam panggung boleh diorang gelak padahal tu scene yang serius..tapi tak semua la orang gelak aku rasa jenis yang tak menghayati cerita la gamaknya tu..

4 ulasan:

Mardziah Abdul Rahman berkata...

leh jadi pengulas filem bertauliah nih... good job! :)

Cik Puan Nurul berkata...

hehe acik memang suka buat review pilem ni..ni pun tak cerita abis2 kalo mau sebijik2 tak sudah2 lah karang entry huhu

::Kak Sambal:: berkata...

esok my turn:)

Cik Puan Nurul berkata...

ejan ;
me tak puas hati rasa nak tgk lagi hihihi..nak suh adik ku lak banjer wahahahahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...