Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

1/04/2013

Hari-hari seterusnya..

Terima kasih pada yang mengomen di entri karangan semalam(sori lah anak pi sekolah mak ada masa panjang untuk mengarang)
Terima kasih atas pandangan kalian..
Semalam hari kedua Qaseh sekolah,drama pagi semalam menangis takmo mandi tapi lama-lama mandi jugak
aku dah tak ikut hantar Qaseh dah tak sanggup nak lalui adegan-adegan air mata itu..
Ni gambar pagi semalam,minggu ni cikgu suh pakai baju biasa dulu sebab masih minggu orientasi masih ada yang sampai lambat dan sebagainya kan.Nanti Senin ni baru kena pakai baju sekolah dengan tudung bagai dan balik pun lewat sikit setengah jam berbanding minggu ni.

menurut laporan abahnya Qaseh menangis masa mula-mula sampai je.
so semalam masa balik cikgu bagitau mula-mula Qaseh nangis lepas tu elok je bermain dengan kenkawan yang lain sampai taknak balik katanya huhu
Tetapi masa balik semalam depan aku monyok je mukanya kemain taknak cakap apa,bila tanya pasal sekolah mula la mencebik nak nangis.

Lepas tu ada lebam plak di tepi matanya adoi..yang ni aku tak sedap hati menengoknya
Qaseh tak sudah-sudah belek kat cermin tengok lebam tu..
Entah kerjaan sapa pun aku tak tahu kalau kerjaan bebudak aku masih buleh terima
jangan kerjaan cikgu dah lah..manalah tau kan bebudak berdrama bukan sorang..nak layan dan pujuk sorang -sorang mau tak stress cikgu ye dak
Wahhh rileks jangan bersangka buruk..
Pepagi aku bekalkan sebotol fresh milk+milo untuk sarapan awal sebab  Qaseh tak lalu nak makan pepagi melainkan pagi tu dia lepas berak ke apa barulah dia jamah.Lagipun dia kan biasa lambat bangun jadi sarapan biasa kul 10 huhu.Masih berbotol susu sebab dia memang tak suka nak guna botol air ke gelas bagai.Jenuh beli cawan dan botol air comel-comel haramm di campaknya juga.Anehnya kat kedai makan dan umah  orang eloklak nak bercawan-cawan.Harapnya kat sekolah dia pandai lah guna cawan huhu.

Hari ni drama lagi Qaseh kali ni taknak bangun plak puas aku kejut langsung tak bangun
Ni kes tak cukup tidur,sebab dah tidur siang malam mula susah nak tidur..aku bangun pukul 5 pagi tadi dia masih dok uhhh ahhhh..pusing sana pusing sini..
Puas gak aku ambik air letak kat muka dia hahahaha..
lepas tu bangun tapi bad mood lah ngamuk-ngamuk
Apa lagi maknya pun pakai lah tudung siap-siap...Qaseh kalau nampak aku bersiap-siap jadi laju lah dia bangun.Tetapi taknak mandi terpaksalah aku hangkut gak bawak masuk bilik air.

Hari ni bagi pakai tudung comel-comel,tapi ade akalannya lagi taknak gi sekolah kalau aku tak ikut sekali
maka aku pi gak tapi masa sampai sekolah aku tak kuar nyorok dalam kereta muahahahahahaa
Abahnya guna taktik bawa pusing-pusing tepi kelas sambil ajak main buai bagai kan lepas tu tinggalkan dia..
melalak gaklah hope dia dah ok lah tu..sebab cikgu kata Qaseh nangis kejap je.

Seteruk-teruk Qaseh ada lagi tau yang lebih teruk tadi aku tengok ade budak tu umurnya dah 6 tahun dia punya mengamuk terseksa cikgu-cikgu sampai bleh berlari keluar pagar masuk balik dalam kereta..mujur kereta ayah dia parking depan pintu pagar kalau parking jauh seberang jalan mau tak eksiden budak tu berlari.
Cikgu cakap budak tu menangis ngamuk sampai petang..memang dia takmo gi sekolah katanya huhu


P/S : Minggu ni cerita pasal Qaseh dulu eh hahah biasalah kan..next week kita cerita pasal 2013 ok..apakah misi dan visi aku untuk tahun ini wahahahaha..

1/03/2013

Saya amat memerlukan bantuan di kala ini..

Dah 2013..taktahu nak mulakan entri cemana..
Setelah berbulan-bulan perkara yang aku risaukan pun berlaku..
semalam hari pertama persekolahan tadika untuk satu-satunya zuriat aku Qaseh..
aku punya risau jangan cakaplah..gemuruh semua ada
sebab aku tak tahu reaksi dia dan aku juga tidak berpengalaman cemana nak uruskan anak-anak yang suka berdrama swasta apabila ditinggalkan di sekolah..
Pepagi semuanya kelihatan berjalan lancar Qaseh bangun pun awal dan tak da drama nak minta dia mandi dan bersiap-siap.
Dia nampak seronok dan teruja dapat pakai beg baru dan kasut baru..
sebenarnya berbanding bebudak lain Qaseh bukan paham sangat pun bila aku cerita pasal sekolah
dia tak pernah meminta nak ke sekolah ke apa..


Ya seperti aku pernah beritahu sebelum ini Qaseh mempunyai masalah nak berkomunikasi dengan baik..dia bukan  jenis mulut pot pet macam murai seperti budak seusianya yang lain..
Ok dia bukan pekak atau bisu..mahupun tak reti bercakap,dia boleh menyebut perkataan tetapi tidak pandai membina ayat sendiri contoh nak bersembang pot pet tu memang tidak pernah..
biasa kalau nak air dia akan hulurkan botol pada aku dan sebut ''Air..''(sepatutnya dia sebut nak minum air)
Dan aku biasanya akan tanya dia semula '' Qaseh nak air ye''?
sama juga bila nak kencing dia akan datang pada aku dan bagitau ''uncing..uncing''
tetapi sekarang dia dah tak bagitau..menonong je dia tanggal seluar dan masuk bilik air kencing dan basuh sendiri(sembur ngan hos paip) walaupun bilik air gelap ke apa.
Lagi satu Qaseh juga jarang bagitau dia lapar atau nak makan sesuatu(yelah kan dia tak pot pet)tetapi melalui bahasa tubuh dan perlakuan dia aku boleh tahu dia tengah lapar..iaitu apabila dia mula dok selongkar sana sini cari makanan.

Kadang-kadang aku rasa rimas bila mak-mak yang lain suka bertanyakan soklan sama yang berulang-ulang pada aku ''eh Qaseh pandai tak sebut nak gi sana sini'' atau '' napa tak pernah dengar suara Qaseh ni '' dan blablabla..walhal aku dah pernah bagitau banyak kali.
ya kalian bertuah anak kalian boleh bercakap dengan baik maka janganlah nak sindir-sindir atau sengaja bertanyakan soklan yang aku tak mampu nak jawab.

Jadi macam mana cikgu-cikgu nanti berdepan dengan Qaseh???
Hal ni sangat merisaukan aku sebab hanya aku seorang je paham macam mana nak berhubung dan berinteraksi dengan Qaseh.
Ok kembali kepada kejadian pagi semalam..semasa sampai di sekolah Qaseh dah mula takut-takut dan malu lebih-lebih lagi ramai orang lelaki(bapak bebudak) yang ade kan,dia taknak masuk dalam kelas dan nak ikut aku balik..puas pujuk dia memang taknak.

Aku ingat nak teman Qaseh sampai balik sebab ini bukan sahaja hari pertama dia masuk tadika tetapi ini juga hari pertama dia akan berpisah seketika dengan aku  dalam hidupnya..memang tak pernah berenggang mahupun berjauhan apatah lagi dijaga orang lain mahupun sedara mara.
Tetapi cikgu minta aku balik umah dulu..nanti-nanti boleh jenguk tengok cemana..kalau aku ada lagi susah dorang nak uruskan Qaseh so aku akur walaupun ada banyak perkara aku nak suarakan.. :(
So aku bawak Qaseh main buai kat luar kelas dan minta seorang cikgu jagakan..lepas tu aku berlari masuk dalam kereta..aku perasan Qaseh kejar aku sambil meraung kat pintu pagar..nampak dia melawan kemain cikgu sampai 2 orang dok pegang dia..

Saat tu naluri keibuan aku sangat tersentuh..menangis-nangis dalam kereta melihat situasi itu tak sampai hati aku dibuatnya tapi abah Qaseh kata suruh aku keringkan hati je.
Memang tak senang duduk aku dibuatnya tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada cikgu..tapi takda pun..so pukul 12 pm kiteorang jemput dia.tak sabar-sabar aku nak peluk Qaseh huhu..
Cikgunya bagitahu Qaseh memang asyik menangis je kejap-kejap je dia diam dia cuma nak duduk atas riba seorang cikgu yang muda tak mahu  dah orang lain.

Balik sekolah semalam Qaseh kelihatan letih dan berpeluh-peluh..dia macam nak mengadu macam-macam heheh..Aku tanya tentang sekolah hari tu dia cuma dok sebut ''kawan...bai kawan-kawan''
Hari ni hari kedua..dan drama sudah bermula sejak pagi hari Qaseh takmahu bangun dan menangis mengamuk..dia taknak ke sekolah hurmmm..

Tapi hangkut gak dia masuk bilik air dan siapkannya..aku tak ikut hantar Qaseh hari ni sebab tak sanggup tengok dia menangis.
dan yeaa..abahnya kata dia menangis meraung-raung lagi..aku yang kat umah turut menangis ..sobss hihihi
Cikgu lak mengadu Qaseh tak boleh berkomunikasi dengan baik..diorang tak paham Qaseh dan Qaseh juga tak memberi respon pada dorang..
hurmmmmm.. :(

Sedikit tentang masalah Qaseh
# terlalu takut dengan suara garau lelaki dan nenek-nenek tua
#tak pandai berkomunikasi dengan baik
#jika ditanya siapa nama dan lelain dia akan buat bodoh sahaja atau menjawab dengan bahasa Jerman aka tak tahu apa dia cakap.
#MIL aku cakap masa suami aku seusia Qaseh dia juga jenis berat mulut dan tak pandai bercakap..memang jenis lambat bercakap.
#Qaseh sebenarnya suka bersembang dia selalu hulur mikrofon mainan pada aku dan bertanya dalam bahasa yang sukar difahami ala2 wartawan..biasanya aku layankan je.
#Dia boleh mengikut dan mengajuk perkataan yang kita sebut tetapi tidak boleh membina ayat.
#Beberapa kenalan bagitau masalah Qaseh sebab dia kurang bergaul dengan kanak-kanak lain dan insyaallah bila bersekolah masalah tu akan dapat di atasi hurmm.

Namun disebalik masalah itu Qaseh sebenarnya anak yang mudah dijaga selain jarang jatuh sakit sejak baby lagi Qaseh jenis yang jarang sekali buat perangai bila nak tidur malam.Tak kira lah kami balik lewat malam ke balik meredah lalu hutan sana sini ke bila tidur malam dia takdelah mengamuk menangis macam sesetengah budak kan..asal malam meraung-raung menangis sampai mak pak tak cukup tidur.
Qaseh juga pandai nak guna komputer dan gadjet-gadjet lain tak pernah dia menyebabkan komputer atau handphone jadi hang ke apa..walau tak pandai membaca tapi dia tahu je mana nak tekan pangkah,nak klik ok ke apa..termasuk nak cari video-video kegemaran bila dia buka you tube dan semua itu aku tak penah ajar pun dia.

**sesapa jika ada tips dan panduan untuk aku menangani masalah komunikasi Qaseh amat aku alu-alukan.Sebelum ni setiap kali aku nak bawak jumpa Pakar Terapi dan sebagainya,Qaseh tetiba menunjukkan perkembangan yang baik macam tetiba tak takut dah ngan orang pastu nampak macam dah mula nak bersembang jadi aku pun tak jadi nak bawak jumpa doktor kan..Tetapi aku risau lak kalau dia masih takleh berkomunikasi dengan baik kat sekolah, sebelum cikgu menempeleng anak aku eloklah aku melakukan sesuatu..ni pun pi sekolah aku terpaksa pakaikan diaper sebab takut dia tahan kencing dan tak reti  bagitau nak ke tandas di sekolah walhal dia dah pandai kencing sendiri cuma nak berak dia je dia mahu berak atas diaper tidak dia akan menahannya tu pun aku bagi dia berak atas cloth diaper memang tak beli dah lampin pakai buang.
(Qaseh mekap muka sendiri guna magic color letak kat mata ala2 pakai eye shadow)

Maaf karangan panjang..lama tak mengarang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...