Masih lagi dalam edisi pra -Ramadhan..dan masih lagi tak sengaja masak hihi..ikutkan dah lama tak buat trifle bila ada permintaan baru la buat kali ni sebab sabtu lepas tak sengaja(manjang tak sengaja kan) terbeli kek gulung yang sangat la pink kalernya hahahhaha tu yang jadi terbeli sebab kaler beliau sangat menarik punyalah jauh sampai ke KL beli heheh sebenarnya pi Jalan TAR nak cari kain tuk langsir bilik anak dengarnya ada sale tapi tak jumpa lak kedai tu sabooo je laa kan beli la kek sebagai ganti..maka terjadilah puding trifle sebab kalau nak harapkan dak Qaseh perabiskan kek tu takkan nya abis maka adalah lebih baik dibuat puding trifle..
Hurm ade peristiwa lucu masa nak buat ni sebab ingatkan tepung kastardnya masih banyak sekali cuma tinggal lebih kurang satu sudu ja dah la susu dan gula tengah dipanaskan dalam periuk adehlaaaa..pikir-pikir punya ingat nak pi ketuk umah jiran je pinjam tepung sekali google dan selak belog kenkawan jumpa gak penyelesaiannya iaitu dengan menukar la kepada tepung jagung..tawakal je dengan harapan menjadi gakla puding aku ni hihihi
So meh kita layan resepinya masih guna resepi yang sama cuma diubahsuaikan dan ditambah layernya hihihi
Puding Trifle Coklat Sesuci Qaseh Ramadhan(Sebab Qaseh suka makan..byk dia makan sampai comot muka ngan baju)
Bahan-bahan
kek swiss roll - saya guna perisa starwberi yang sangat pink boleh guna kek span yg dibuat seniri lagi best
1/2 tin laici=laici shj tak ambil airnya
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape-guna perisa strawbery jenama nona yg formulasi baru tu
4 sudu besar tepung kastard-takdekan tetiba abis jadi saya tukar kepada 3 sudu tepung jagung
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu
lebih kurang 150gm dark chocholate
250gm cream cheese
200gm whipping cream
lebih kurang 1/4 gula castor
kacang hazelnut dan kepingan almond
untuk lapisan pertama-yang bawah sekali
-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
lapisan kedua
-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 3 sudu tepung jagung dengan 1/2 cwn air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung jagung tadi kacau dan terus kacau dan masukkan juga dark chocholate sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.
lapisan ketiga
-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan atas lapisan yang kedua tadi.kendian susunkan buah laici atau buah apa2 yang digunakan diatasnya.
lapisan keempat
-pukul cream cheese dengan gula castor sampai nampak smooth.pastu masukkan whipping cream dan pukul lagi sampai sebati elok.pastu boleh dilapiskan atas lapisan yang ketiga tu.sejukkan dalam peti sejuk 4-6 jam masa nak hidang baru taburkan kekacang atau apa2 lah yang dirasakan sesuai..buah-buahan pun boleh.saya tabur kekacang je sebab buah non -hado..kekacang ni pun ikutkan tuk dibuat brownies sebenarnya hahah takpelaa buh je la kan.
rupa kek yang sangat pinkishhh gitu..disusun dulu..
puding dah siap sedia tuk dingappp
Separuh daripada bekas ni saya bagi pada jiran dekat dengan rumah yang kekononnya nak pinjam tepung kastard dengan dia tu kan.meskipun tak jadi nak pinjam memang dah niat dihati nak bagi dia,maklumla anak dia sangat suka makan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan cheese..ikutkan nak bagi lagik banyak tapi bekas tak muat pulak.Den ni kalo nak bagi makanan kat tetangga lebih gemar guna bekas tapau pakai buang tu je supaya tak membebankan tetangga nak kena pulang bekas kosong ke apa..so kira halal je terus bekas tu.
Jangan lupa mencuba puding ni sangat sesuai tuk berbuka puasa dan menyejukkan tekak dikala cuaca panas huhuhu..
**Idea menukarkan tepung kastard dengan tepung jagung diambil dari sini..tengss dear tidak tak menjadi trifle ku itu.Tp acik tetap suka guna tepung kastard tau huhu.
Memaparkan catatan dengan label puding trifle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puding trifle. Papar semua catatan
7/26/2011
2/08/2011
Banyaknya nak cerita...
Wahhhh..bizinyaa sampai tak terlayan belog ni hukhuk..sepanjang minggu lepas banyak gak kejadian yang diingini berlaku ade gak yang tak diingini pun berlaku gak ecehhh..biasakkla kan takkan semuanya sempurna pasti ade cacat celanya kan..sabtu lepas order popia comel berbentuk jejari atau nama omputihnya crabstick popia kat mamalyna aka ejan sempatla jumpa beliau ngn Lyna sebelum depa nak berangkat ke Alor Star kan..sedap popia ni kononnya order nak bawa pi piknik kat PD last-last abis dulu hukkk..
yang ni digoreng pagi Ahad 30 Januari tu sebelum nak gik Ikea..siap tapau bawa bekal makan dalam kereta maklumla hari tu kan ujan turun tak renti-renti konpem perut pun lapoo je.kali ni cam tak syok pi Ikea sebab Qaseh wat perangai,walopon dah berkali-kali gak pi Ikea belum pernah saya try meatball yang femes dan dikatakan kononnya sedapp bebenor..so gigih gakla beratur pepanjang,pastu terserempak lak ngan pelakon comel Fouziah Ghous(erk betul ke eja ni)..memang comel la dia pun beratur gak tak sangka orangnya kecik molek je..dalam tb je nampok besoo huhu..kali ni saya makan seorang diri je sebab Qaseh duk ngamuk-ngamuk tarik tangan abahnya ajak gi kat tempat mainan budak...agaknya sebab hati marah maka saya rasa biasa-biasa aja meatball tu takdela kesedapan sesangat seperti yang terbayang di fikiran bolehla..siap tak abih makan nyesal lak amik 10 ketul huks
balik dari Ikea pi umah ex schoolmate saya Wani aka mama Khalis kat Batu Caves memang telah dipelawa beliau beberapa hari sebelum tu..nak jamu nasi ayam katanyaaa...gigih memasak nasi ayam sorang diri meskipun dia baru balik kije shift pagi..Wani seorang nurse kat PCMC..
Ni Ain bekas wartawan yang dah taknak jadi wartawan salah sorang rakan di alam persekolahan yang turut hadir di hari kejadian dia dok tak jauh dari umah Wani so senangla nak mai kan..sebab belum berkeluarga Ain bawa askar-askarnya(anak-anak buah)

budak kecik ni perasan baby..sebuk nak main walker oranggg..
kuah lada erk yeke namanya yang akan dimakan dengan nasi ayam sedang mendidih di atas piyukkk..nyummmm..nyumm
tuan umah kedaung dengan Ain sedang menikmati dessert yang didatangkan khas dari Kajang..begitula saya kalo nak pi mana-mana walopun berangan-angan kononnya hari tu takyah sentuh dapo tetap sentuh dapo kekdahnya..Wani nak makan sangat puding trifle maka saya buatkanlaa ..masing-masing kenkawan saya ade makanan peberetnya hok ni nak makan tu,hat ni makan ni so kalo pi umah depa harusla bawak something kan..

lama kami lepak kat umah Wani..sampai papa Khalis pun dah balik umah hhuhuhu..
balik dari Ikea pi umah ex schoolmate saya Wani aka mama Khalis kat Batu Caves memang telah dipelawa beliau beberapa hari sebelum tu..nak jamu nasi ayam katanyaaa...gigih memasak nasi ayam sorang diri meskipun dia baru balik kije shift pagi..Wani seorang nurse kat PCMC..
budak kecik ni perasan baby..sebuk nak main walker oranggg..
lama kami lepak kat umah Wani..sampai papa Khalis pun dah balik umah hhuhuhu..
cerita pi PD nanti akan menyusul sebabnya gambo tak ade la pulok boleh lupa nak snap gamboo..gambar banyak kat kamera kawan saya tunggu dia upload dulu la..
sesapa nak ajak kami terjah umah anda plakk..,mehlaa kami dengan tak malunya sudi jerrr
Labels:
aktiviti,
famili,
makan ape aje,
puding trifle
12/29/2010
Aahhh rinduuunyaa..
Aduiiii rinduunyaa..rindu pada siapa pada belog lahh..tak sempat tau nak menghapdate..ni pun update curik-curik je mana taknya petang Isnin baru ni ibu mertuaku call habaq nak mai hari Selasa sebab besok diorang nak gik hantar SIL saya sambung belajar kat Batu Pahat so rumahku ini sebagai destinasi persinggahan..malahan mungkin untuk meminjam encik suami sebagai GPS ahakss..
sebetulnya memang dah tahu yang diorang nak ke Batu Pahat minggu ni tapi encik suami cakap mungkin tak jadi nak singgah sini dah tu haram jadah dia nak call kampung tanya konpem ke idak lantas ku pun kira takdela tetamu yang bertandang minggu ni..sedang bersenang-senang tup-tup diorang call mujur tak terus muncul je depan pintu..mau fengsan hakak ape mau dijamu kepada tetamu(maksudku rumah yang bersepah atau bersih,biskut kering atau nasi beriani apakahh..)
so harusla bawak diorang jenjalan tengok keindahan Selangor juga hayati kesesakan lalu lintas yang permai di KL..sempat gak saya buat puding trifle untuk dessert yang sempoi dan dikire cepatla..nak membaking kek bagai idokklaa..sangat sempoi trifle kali ni main taruk je buah ape yang adoo..


Nanti saya ceritakan kemanakah kami pergi jenjalan yea..sebelum tu sesape yang mengetag,bagi award bagai jangan risau nanti saya akan cuba memenuhi permintaan kalians hokey..
sebetulnya memang dah tahu yang diorang nak ke Batu Pahat minggu ni tapi encik suami cakap mungkin tak jadi nak singgah sini dah tu haram jadah dia nak call kampung tanya konpem ke idak lantas ku pun kira takdela tetamu yang bertandang minggu ni..sedang bersenang-senang tup-tup diorang call mujur tak terus muncul je depan pintu..mau fengsan hakak ape mau dijamu kepada tetamu(maksudku rumah yang bersepah atau bersih,biskut kering atau nasi beriani apakahh..)
so harusla bawak diorang jenjalan tengok keindahan Selangor juga hayati kesesakan lalu lintas yang permai di KL..sempat gak saya buat puding trifle untuk dessert yang sempoi dan dikire cepatla..nak membaking kek bagai idokklaa..sangat sempoi trifle kali ni main taruk je buah ape yang adoo..
Nanti saya ceritakan kemanakah kami pergi jenjalan yea..sebelum tu sesape yang mengetag,bagi award bagai jangan risau nanti saya akan cuba memenuhi permintaan kalians hokey..
sesape nak hadiah percuma mehla juin giveaway acik kat belog sini..InsyaAllah ade rejeki lebih acik tambah hadiah lagikk..
Labels:
aktiviti,
Dari dapurku,
famili,
makan ape aje,
puding trifle
12/06/2010
Satu Muharram detik permulaan..
"Satu Muharram detik permulaan perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah"...
Lagu wajib kalau masuk pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah time sekolah dulu beserta lagu tambahan pilihan kumpulan masing-masing seperti lagu sepohon kayu daunnya rimbun,lagu Al Mizan takpun Al Jawaher huhu..
Acik jarang masuk pertandingan nasyid nih maklumla gugup pentas la katakan..kalau join pun duk belah belakang-belakang.Padahal minat gak menyanyi(kantoi impian terlepas..)
Haha rasa cam nak tepek gambo suci bersih time sekolah dulu je tapi malangla takde scanner idok boleh kalians kutuk-kutuk gambo somot kering kontang acik dedolu sebelumplastic surgery lebih jelita seperti hari ni ahaksss..
Kalo time awal Muharram orang mesti buat bubur asyura kan..tapi acik tak suko la kalo yang manis-manis ni takde ke bubur yang lebih mesra lidah pedas ku ini..hihihihi
sesapa tak sengaja rajin masak bubur tuh jangan segan hulurkan daku ye sebekas..
''Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1432H mana-mana rasa perlu diubah pada diri memasing maka berhijrah la kalians kepada sesuatu yang lebih baik''
gambar tiada kaitan dengan entri tapi ianya sungguh mabeless.
Lagu wajib kalau masuk pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah time sekolah dulu beserta lagu tambahan pilihan kumpulan masing-masing seperti lagu sepohon kayu daunnya rimbun,lagu Al Mizan takpun Al Jawaher huhu..
Acik jarang masuk pertandingan nasyid nih maklumla gugup pentas la katakan..kalau join pun duk belah belakang-belakang.Padahal minat gak menyanyi(kantoi impian terlepas..)
Haha rasa cam nak tepek gambo suci bersih time sekolah dulu je tapi malangla takde scanner idok boleh kalians kutuk-kutuk gambo somot kering kontang acik dedolu sebelum
Kalo time awal Muharram orang mesti buat bubur asyura kan..tapi acik tak suko la kalo yang manis-manis ni takde ke bubur yang lebih mesra lidah pedas ku ini..hihihihi
sesapa tak sengaja rajin masak bubur tuh jangan segan hulurkan daku ye sebekas..
''Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1432H mana-mana rasa perlu diubah pada diri memasing maka berhijrah la kalians kepada sesuatu yang lebih baik''
Labels:
ape ape aje,
imbas kembali,
puding trifle
11/22/2010
Pulut Kuning Microwave
Pertama kali saya masak pulut kuning kesnya saya sangat kempunan nak makan pulut kuning ngan rendang daging dahla tak dapek balik kampung dah tu takda sapa ngajak beraya ke rumah..so jemaat aritu adik saya balik bawa daging yang mak kirimkan ade 2 kg lebih gitu je nak bagi banyak adik saya tuh naik bas huhu je so malam tu tak sempat-sempat saya ke rumah dia ambik daging hihik..so Sabtu lepas terjadikla pulut kuning yang di makan dengan rendang daging.
Pulut kuning yang baru kuar panas-panas dari microwave sebenarnya saja ja nak try masak guna microwave padahal periuk kukus ada,boleh gak pulut nih di masak guna rice cooker ya hakak-hakak sekelian..mudah dan cepat je masaknye yang penting takyah nak basuh periuk kukus yang besar kedabak tuh..senang je jom layan resepi mudah ini..
rendang daging dimasak guna resepi CMG..aduii lama tau nunggu kering ada 2jam lebih gitu..ok ke gini rupanya sebab tengok orang lain masak kering kontang nampak daging je..
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut dibasuh bersih
2 cawan air
sehelai daun pandan
sekeping asam keping/gelugor
secawan santan
lebih kurang 2 sudu serbuk kunyit boleh gak guna kunyit hidup
sedikit garam dan gula(sikit je tau)
Cara memasaknya
-rendam beras dalam bekas berisi air selama sejam dan masukkan bancuhan serbuk kunyit yang ditapis dan asam keping.
-kendian tapis beras pulut masukkan kedalam bekas yang boleh dimicrowave beserta air.Kuantiti air mesti sama banyak dengan beras pulut tadi.Masukkan sekali daun pandan.
-tutup bekas dan masukkan kedalam microwave setting high selama 5 minit.
-setelah 5 minit keluarkan dan masukkan santan yang dicampur dengan sedikit garam dan gula.Gaulkan serata dengan garpu dan masukkan semula ke dalam microwave setting medium high selama 5 minit.
-dah siap boleh keluarkan dan boleh dimakan dengan rendang,telur dadar juga sambal tumis dan sebagainya.
Labels:
Dari dapurku,
makan ape aje,
puding trifle
9/27/2010
Kejadian makan-makan -1
Salam senin..seperti yang saya beritahu last week saya ada buat makan-makan kan Sabtu baru-baru ini so syukur majlis dah pon berjalan lancar..terimakaseh sangat kepada mereka yang sudi meluangkan masa berkunjung kerumah saya..berbaloi gak penat berdiri memasak seharian..tahun ni saya masak sendiri semua juadah cuma dibantu oleh dua orang adik perempuan saya tu pon tuk kerja-kerja penyediaan bahan dan melekakan Qaseh supaya tak ganggu saya buat kerja tapi still gak ganggu terpaksela saya masak sambil mengendong anak hahahaha..macam tahun lepas gak kenkawan saya mesti sorang dua je yang mai selebihnya jenjiran dan rakan sekerja encik suami ...:( tapi takpela mungkin memasing sibuk agaknya takkan nak paksa orang datang umah kita lak kan..so jom kite layan dulu menu yang ado..P
Puding Trifle versi buah kiwi..sebab merata mencari buah-buahan campuran semua kedai takda saya perlulah kreatif sikit..nah jadikla gini syukur sangat ramai yang suka siap tapau bawa balik lagik..
nasi impit dengan kuah kacang berdaging stail Johor,rendang daging dendeng stail Perak..yang lelain adelah bahan tuk dimakan ngan bubur lambuk.
bubur lambuk pantai timur..syukur ramai gak yang suke sampaikan jiran saya orang Terengganu bagi markah penuh kat saya huhu..

kueh raya yang turut melibatkan diri dihari kejadian...

ha..ni kes tapau-menapau..lupe plak nak buh gambo kuah nye tadi..saya buat Spagetthi Bolognes request daripada kenkawan sekolah tapi yang mai nye hanya sorang..mujur orang lain semua suke makan gak spagetthi huhu..kesemua juadah yang dimasak adalah request daripada tetamu walaupon ade yang tak menampakkan diri..
kueh raya yang turut melibatkan diri dihari kejadian...
ha..ni kes tapau-menapau..lupe plak nak buh gambo kuah nye tadi..saya buat Spagetthi Bolognes request daripada kenkawan sekolah tapi yang mai nye hanya sorang..mujur orang lain semua suke makan gak spagetthi huhu..kesemua juadah yang dimasak adalah request daripada tetamu walaupon ade yang tak menampakkan diri..
bersambung....
Labels:
Dari dapurku,
puding trifle,
raya
7/19/2010
Resepi Puding Trifle
Salam tempoh hari ada kenkawan yang mintak resepi puding ni so saya akan tunaikanlah permintaan kalian..sebenarnya saya segan nak tepek resepi maklumla saya ni bukanlah terer sangat memasak rasanya kenkawan blogger yang lain lagi terer kan..
resepi ni saya ambil dari majalah dan internet..biasalah saya mesti akan cari banyak resepi pastu cuba cantum dan gabungkan jadi resepi yang mudah tuk saya ikuti..
Puding Trifle
Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu
whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan
Cara-caranye
untuk lapisan pertama-yang bawah sekali
-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
-tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
lapisan kedua
-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga
-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .
saya guna agar-agar serbuk yang pek 20gm tu tapi saya rasa lagi elok guna jelly cristal.Untuk sukatan bahan diatas boleh muat tuk bekas saiz 7/8 x 10..tapi saya guna loyang bulat yang saiz kecil biasa takpa kalau berlebihan boleh letak dalam mangkuk ABC tu lagi senang nak makan..selamat mencuba.
Labels:
Dari dapurku,
makan ape aje,
puding trifle
Langgan:
Catatan (Atom)





