Mereka Yang Terbaik..!

12/15/2010

Homemade Cheezy Wedges yang mudah dan juga sedapp

Sapa suka makan cheezy wedges KFC silerr angkat ketiak memasing cehhh..saya memang penggemarnya kenkadang gik kepsi semata-mata nak beli cheezy wedges je punn.Tapi sebenarnya ia boleh dibuat sendiri kat rumah malahan lebih murah dan boleh dibuat banyak nak-nak kalau famili yang ramai kan.Dulu saya penah tanya adik ipar saya yang pernah kerja kat KFC sekejap pasal cemana nak buat cheezy yang kuning tuh dia cakap diorang guna serbuk je just bancuh ngan air panas pastu paipkanla atas kentang tuh,sama gakla ngan mashed potato semuanya serbuk yang dibancuh ngan air panas..so kalau nak tahu resepi mudah cheezy wedges versi homemade jom layannnnnnss...zasss

Resepi Cheezy Wedges

Bahan-bahan:

Beberapa biji kentang segar(saya guna 4 biji,leh gak guna potato wedges yang frozen)

Tepung goreng serbaguna(saya guna jenama Nona tapi rasanya tak sedap sangat maybe bleh try guna jenama lain gak)

Lada sulah(jika perlu)

Sedikit garam(jika perlu)

Sedikit serbuk paprika(jika perlu kalau dah guna tepung goreng ayam hot & spicy tak perlu buh apa dah)

Mayonis

Serbuk Jalapeno Cheese(boleh didapati di kedai frozen food)



Cara-cara:

-Potong kentang berbaji atau berbentuk wedges jangan dibuang kulitnya.

Rebus kentang sehingga empuk.
-Gaulkan kentang yang telah direbus dengan tepung goreng serbaguna.

-Gorengkan didalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

-Angkat dan toskan minyak yang berlebihan

-Campurkan sedikit air panas ke dalam serbuk Jalapeno Cheese(ikut sukala nak pekat ke cair janji boleh dipaipkan atas wedges nanti)

-Paipkan keatas wedges diselang selikan dengan mayonis mengikut citarasa kalians.

-Hidangkan dan ngappla sesama famili kalianss.

-Sangat rangup hokay tang kulit wedges tu nyummm.

Ni la dia rupa serbuk Jalapeno Cheese yang ni kira pack yang kecil di beli di kedai Lazim Frozen Food kat Sekyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi.Ada pack besar lagik tapi biasala kalau encik suami yang belikan bukannnya dia nak beli bebanyak haissh.Dekat kedai Yummy Bakery Seksyen 9 tu pun rasanya ade gak tapi encik suami cakap yang tu dalam bentuk cecair dan dibungkus dalam pack besar jenama Lady Choice tapi dia pun tak pasti tu memang cheezy ke mende so saya tak bagik le beli kalo salah beli kang perang pulak kat umah ni kang..muehehe.

Tapi yang pasti memang rasa dia sama cam KFC punya,tapi mayonis KFC pun sedap la sama rasa cam cheezy yang kuning memang ade ke mayo yang rasanya masin gitu.

nak tau resepi cheezy wedges yang gunakan keju cheddar yang oren tu klik sini



P/S:Gerammm la plak malam tadik tengok The Biggest Loser Asia season 2 finale pakwe den si Nai yang ganteng tuh tak menang ade la plak si Raj yang suke main taktik keji tu menang adehhh..tak shukee tauu..nak buat guana takdok rezeki lerr tuh..tapi suke tengok Fish yang anggun dan juga Scott yang semakin ensem setelah ketiadaan lemak berlebihan.

8 ulasan:

siti nurkhijah berkata...

pernah jumpa blog yang juai japaleno ni...
100gram RM15...kat kedai tak pernah tanyak plak

Cik Puan Nurul berkata...

mahalnya 100gm RM15 ni akak beli sebekas tu RM3 je tau.tu pun ade lagi leh guna.ade gak yg dipack lagi besar ikutla.rasanya penah dengar rm19.90 kut kalu 500gm kalu xsalah la ade gak penah dengar org jual on9.

FaFa Remina berkata...

kak , kita nak try buat la.. tp confuse skit, klu nk buat sos oren tu, guna susu apa?? and cheese slice yg akak guna tu jenis apa?? yg kita tau chesdale ja.. pastu wrna putih..huhu

cheeze maz berkata...

salam...

akak jual 200gram (tidak termasuk courier) hanya RM 10.00 sahaja. boleh order di maznah.zarith@yahoo.com / 014 2143662/ lawati blog : http://cheezemaz.blogspot.com / fb : Cheeze Maz

Tanpa Nama berkata...

I'm gone to inform my little brother, that he should also visit this webpage on regular basis to get updated from most recent information.

Here is my web blog - how do U Become a Nutritionist

Tanpa Nama berkata...

Excellent post. Keep posting such kind of information
on your page. Im really impressed by your site.
Hi there, You have performed a fantastic job. I'll definitely digg it and in my opinion suggest to my friends. I'm confident they will be
benefited from this web site.

Also visit my web blog: visit The Up coming internet Page

Tanpa Nama berkata...

I have learn several just right stuff here. Certainly value bookmarking for
revisiting. I surprise how so much attempt you put to make this kind of wonderful informative website.


Feel free to surf to my web-site - click the up coming post

Nick Jijie berkata...

Saya ada jual serbuk jalapeno cheese sama ngan kfc pkai..rm30/pkt..500grm/pkt col nick 0199528539

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...