Mereka Yang Terbaik..!

5/23/2011

Haram menonton filem Nur Kasih..??????????

Hoh tetiba je kan..relakss jangan panik mengkalo korang dah menonton filem Nur Kasih hukhuk..ekceli acik lum sempat lagik menjengah pawagam-pawagam berdekatan untuk merasai kesyahduan seperti bagai dikata orang lain yang dah gi nengok..biasaknya acik selalu nengok kan kalo ade filem best keluar hari pertama lagi acik dah tertenggek depan panggung wayang..tapi pasal kesibukan yang di buat-dibuat melanda tak dapek la nak nolongnyaa..
Pastu tadik acik gugel-gugel la cari review pasal filem ni,padahal sejak minggu lepas lagi duk godek-godek cari sekali terjumpa 'haram menonton filem Nur Kasih' haha sebenarnya nak diberitahu tentang hukum menonton wayangla gamaknya..
Cemana ni kalau haram..tiket dah beli ni takkan nak bazir gitu je kan..sebenarnya dah lama acik dengar pasal hukum menonton wayang ni tapi kalau google cari banyak la plak versi mengenai hal ni nak percaya mana satu pun tak tau kan sebab ade yang cakap boleh asal tidak melanggar hukum dan syarat-syarat tertentu contohnya jangan ade unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah kita bila menonton sesuatu filem tu..juga yang menyebabkan kita lalai terhadap suruhan agama iaitu solat 5 waktu.
Kalau di ikutkan menonton wayang ni pun sama gak cam nengok tv bezanya suasananya lah..disebabkan nengok wayang tu dalam gelap dan bercampur lelaki dan perempuan maka semua orang akan fikir tentang maksiat betul tak?pengalaman acik yang dah banyak kali menonton wayang ni kira semua seat dah pernah merasa yang belakang sekali,yang tengah-tengah,yang tepi juga depan sekali bebetul depan skrin semua dah pernah rasa tak pernah lagik acik terserempak dengan aksi-aksi tak senonoh mungkin acik yang tak perasan gamaknya tak tau laa..(maklumla biasanya nengok cite komedi semua orang tak berenti ketawa..takde masa nak beromen bagai semua dok pokus kat skrin kalo cerita romen-romen maybe la kot)yang pasti cuma paling annoying bila orang belakang tendang-tendang seat kita bajet macam duk atas sofa kat umah bapak dia dan juga penonton yang tak reti duk diam sepanjang tayangan dia duk bising-bising mau je nak kubaling botol air kat muka tu hahahahha..
lagipun dulu-dulu masa remajew kalau nengok wayang pun suka nengok cite kartun,aksi ke atau epik ke,komedi ke takdela gi nengok filem romantik ke apa..pergi pun dengan kenkawan perempuan bila dah gik ramai-ramai penuhla sebaris seat takdela lelaki pun yang join..kita-kita je yang ade hehhe..
Bila dah kawen dan beranak pinak dah tentu gi panggung ngan suami ye dak..bila dah bawak si kenit biasanya acik menonton filem melayu la sebab durasi masa tayangannya tak panjang sangat paling lama pun 2 jam je tu pun sebab termasuk iklan bagai la kan..bukan apa kalau nengok movie omputih yang panjang-panjang takut anak buat hal ngamuk bagai.Tapi syukurla sekarang ni Qaseh dah terbiasa dia pun takdela buat perangai ke apa biasanya dia tidur je separuh masa je dia nengok selebihnya dia tidur plak hehehhee..dan acik pun kalau nengok wayang musti pilih seat yang belah tepi sekali tepi dinding supaya senang acik nak nyusukan anak so takdela rasa renyah atau leceh ok je..yang penting bagaimana kita menangani situasi tu.kalau seat kat situ semua full maka memang tak beli la tiket wayang tu..
Ok sama juga tentang waktu solat,acik dah pernah sentuh bab ni dulu acik memang takkan nengok filem kalau masa dia time bertindan dengan waktu solat..waktu terbaik sama ada kul 10pg atau pun selepas Maghrib atau tengah malam ke..kalau lepas Zohor pun ok juga janji cerita tu tamat time tu baru nak masuk Asar ke so takdelaa nanti kite terus tak solat atau melewat-lewatkan lak solat tu..kadang-kadang tu hairan juga pernah acik beratur beli tiket,masa tu beratur sekali dengan kawan encik suami dia nak tengok wayang gak tapi cite yang dia nak tengok tu waktu tayangan nya pukul 7 lebih gitu..dah tu bila dia nak solat Maghribnya tak yakin la acik dia sanggup kuar panggung time cite baru nak mula gik lari solat kat surau ke apa..kalo memang dia buat camtu baguslaa huhu..
Pokok pangkalnya dengan niat korangla..kalau dah merancang nak tengok wayang cita romantis bagai dah tu nengok lak dengan pakwe ke apa..pastu plan nak buat wayang sendiri gak sambil nengok memang haram jadah la jadinyaa..maksiat ni kalau nak kira kat tempat terang berderang pun leh jadik tau hahah tak caya lihatla sekeliling anda,ade yang cakap kalau filem tu mendedahkan aurat dan sebagainya memang haram tuk ditonton hurm sama gak ngan cite kat tv la..ikutkan memang bersepah-sepah je yang tak menutup aurat kat tv tu haha so pasnih sila pilih rancangan yang bersesuaian la ye tuk ditonton,masalahnya ade ke rancangan yang sesuai tu
Ini pendapat peribadi acik,kalau salah sila marah tegur tapi semua orang ade pendapat memasing..sebab acik memang beli tiket wayang memang dengan niat nak tengok wayang,bukan tak suka nak layan dvd ke astro first ke apa tapi acik ade alasan tersendiri..acik ni orang yang mencintai seni(eceh..dulu pernah verangan nak masuk Aswara dan belajar tentang penulisan skrip dulu la..)bila tengok wayang acik bukanlaa macam sesetengah orang layan filem tu sebab pelakon utamanya,sebab ada babak kereta kejar-kejar,sebab ada babak gaduh2 bukan..bukan sebab tu tapi acik tengok semua termasuk sinematografinya,plot,jalan ceritanya, dialog yang superb penuh ayat-ayat yang mendalam,adakah penggunaaan CGI yang murah lantas mencacatkan keseluruhan cerita..yang penting mesej yang disampaikan itu sampai ke tidak hahaha..dah biasa dah tengok trailer kemain gempak bila tengok full filem tu adeh rasa nak terjun bangunan pun aderr..rugik je beli tiket wayang kalau tau baik tunggu raya je nanti musti ade kat tv hehehe.
Selain Mamat Khalid dah tentulaa Kabir Bahtiar merupakan direktor peberet acik.sejak nengok filem Cinta lagi malah kalau tengok drama-drama dia pun kita dah tau tu hasil kerja dia cukup nengok sinematografinya menyejukkan mata memandang tul tak..tapi acik biasa lebih suka tengok filem dia berbanding drama sebab ada gak yang acik tak bapa nak gemor seperti Manjalara dan Sutera Maya ke apa tah..kureng skitlaa maybe sebab pelakon dia kot huhu.
So sesapa diantara 19 juta yang follow cite Nur Kasih kat TV3 dulu ni lah time nya tuk korang mengubat rindu dengan nengok filem ni..usahlah pedulik kalau dalam filem pelakon-pelakon tu nampak sangat baik ke apa tapi di luar filem lain lak diri mereka sebenar dah namanya pelakon dik non oii..kita sendiri pun 'pelakon' di atas pentas yang kita bina sendiri..

P/S:acik ade tiket wayangnya sapa nak join acik nengok..lalalallalala..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...