Mereka Yang Terbaik..!

7/04/2011

Shepherd Pie dan abang tiak wangi

Monday blues...perut rasa ketat..selera terkunci rasa loya mual semua ada..bukan morning sickness yeaa..lidah ni rasa tawar je nak makan menda-menda yang masam dan pedas saje..
Sabtu lepas pepagi buta bangun rebus kentang segala..rajinkan hujung minggu bangun awal-awal ala hari-hari pun bangun awal den mana ada cuti macam orang lain.puncanya sebab petang Jumaat tu tertengok rancangan Selebriti Knorr kot gitula nama rancangan artis lumba-lumba masak untuk tabung amal ..kebetulan salah satu menu diorang masak adalah Shepherd Pie terus rasa teringin nak buat.
Pernah makan sekali je masa jamuan potluck lama dulu..cuma tak terbuat-buat kehkehkeh..senang je pun buatnya guna resepi daripada CMG.
Resepi sheperd pie
Rujukan :CMG
BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

Rupa pie acik ni kureng menarik berikutan inti tu saje malas kasi kering konon nak bior dia lembab-lembab gitu sekali bila bako dia jadi mendidih plak aiseh nyaris tak rosak pie acikk tau..lagi pula keju mozarella yg digunakan juga tak berapa nak best hehe sebab guna yang tak berapa nak mahal yang biasa guna takdela plak kat kedai so beli jela yang mana-mana janji mozarella.bahan-bahan pun tak ikut sukatan sangat main masuk je hehhe sebab bukan nak buat banyak sangat masuk mulut sendiri gak akhirnya yang penting encik suami makan bertambah-tambah suka plak dia ngan western food biasanya kureng je dia kali ni kemain lagi berselera.
lepas mentekedarah tengahari tu kiteorang pi Alamanda pi terapi diri kekdahnya(sopingla apa lagik)ekceli selain cari barang dapur nak cari storage box untuk isi material kerja-kerja jahitan.Ingat kalau sempat boleh nengok wayang tapi macam takde mood plak so sebelum nak balik nampak plak ade promosi ke pelancaran ke apa tak taulaa yang pasti ada Siti Saleha dan Remy Ishak tapi diorang tak serentak la sebab lelain produkkan.Si Nora Elena tu duta Enchanteur so sessi beramah mesra dengan beliau sebelah pagi kot sebab masa acik sampai sessi dia dah nak abis..comel gak beliau putih gebu gituu..
Sebelah petang baru muncul abang tiak wangi kita ni..Remy Ishak ramai kemain peminat dia yang datang jauh dari Singapura pun ramai..dalam filem Cun kemain merembes body beliau kan taf tak ingat tapi kat luar body taf merembes tu tak nampaklaa...gilooo ko nak tayang body merembess depan orang ramai kang ade yang inzal tak memasal ...
Nah layan gambo sepintas lalu je malas ahh nak beriya-riya amik gambo beliau..kang ada yang jeles plak kakakakakaka...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...