Mereka Yang Terbaik..!

8/03/2011

Mango mousse...mudah,sedap dan berkhasiat disukai ramai

Sebagai pencinta buah-buahan terutama mangga..maka memang pantang nampak mesti nak makan hehe..hari ni kudrat tak berapa nak ada tapi nak gak berceloteh hehe sekadar berkongsi je pun..ni yang dibuat isnin lepas..resepi dah berkurun ada amik dari Kzai..yang mana sumber asal dari myresepi..
selalu beli mangga tak dan nak simpan nak buat dah abis dulu huhuhu tinggal sebijik baru teringat..sedappp tau sejuk je kena kat tekak sesuai la dengan cuaca panas sekarang ni kan..memang kering tekak berpuasa..lagi satu mudah je nak buat tak perlu masak segala..yang penting berkhasiat dan disukai oleh semua peringkat umur gitu..buah mangga yang saya gunakan kecik je saiznya..

Resepi mango mousse
Bahan-bahan ( 3-4 orang )

    * 200g yogurt tanpa perisa
    * 100ml susu segar
    * 1-2 biji mango
    * 16g gula
    * 5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara

   1. Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer. Mix sehingga semuanya sebati.
   2. Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
   3. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
   4. Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan.
   5. Note: Kalau mango tu manis, boleh kurangkan gula. Kalau takde fresh mango, boleh guna yg dalam tin.

Yummyyy..dapat dalam 5 bekas yang last saje tuang dalam gelas..ikutkan nak hias dengan nata de coco sekali tapi buleh lupa lak heheh tak pe yang penting sedappppp...gebu..pekat memikat.
demi menjaga kesihatan sepanjang ramadhan ni kiteorang memang berbuka minum green tea suam-suam kuku je baik untuk penyahtoksin kalo nak minum air manis pun just segelas je..kalo nak lebih baik minumla jus buah-buahan yang sememangnya kaya dengan serat dan khasiat tersendiri...
jeng...jeng...
Carrot susu yang mengenyangkan hahahahaha seriyes kenyang sebab memang kalo minum carrot susu amik sekali hampasnya ituuuu ...ok takleh nengok lelama seksa batinku hohohhoho..

2 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

Nasib la tengok mango mousse tgh hari time posa hahaha..
yogurt ada lam esbok tuuuu...

Cik Puan Nurul berkata...

aku yg menaip pun terasa hazabbb apekah lagi yg melihat2 uhuksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...