Mereka Yang Terbaik..!

6/27/2012

Lupakan fesyen makcik-makcik hokay..anda berhak bergaya tidak kira apa jua bentuk tubuh badan anda.

Aku percaya setiap kali kita membuat sesuatu perubahan kita akan nampak awet muda..apabila kita bertukar kerja,membuat sesuatu yang baru dan menukar gaya waima hanya potong 2-3 inci rambut..kita akan segar dan  rasa muda betul tak.
Kali ini aku nak berkongsi dengan kalian fesyen-fesyen yang aku gemari dan serba sedikit review website atau butik-butik di alam maya yang aku gemari.

Selepas beranak 3-4 tahun lepas aku rasa badan ni memang tak layak nak melawa,harus pakai baju yang besar melebeh dan tudung sauk ada awning cepat dan mudah walaupun aku sebetulnya tidak sesuai dengan tudung awning material lycra sebab lepas beranak bahagian atas tubuhku seperti bahu dan dada jadi lebih bidang dengan kata lain lebar sedikit so tudung lycra akan memburukkan lagi keadaan(nampak gemok)..nak-nak jenis bahagian depannya bulat kan so tudung yang sesuai untuk bentuk tubuh ku adalah jenis yang depannya berbentuk tirus  segi tiga gitu so pemakaian shawl atau tudung bawal adalah sangat bersesuaian  terutama dari material lembut seperti cotton ,voile atau chiffon.

Fesyen makcik-makcik bagi pandangan aku(pandangan korang taktau lah) ialah apabila seseorang wanita itu memakai blouse berbutang hadapan dengan corak bunga besar dabak dan warna yang kusam ditambah pula dengan handbag atau tote bag besar gedabak boleh muat 3 biji durian..atau paling hazab kemana saja pergi pakai tshirt berkolar milik suami dah tu lengan pendek disuaipadan dengan jeans saiz besar sampai kena lipat berlapis-lapis bahagian bawah tu(tolonglah bawak pi kedai alter seluar jeans tu kak senah oii)
Jika anda bertubuh besar jangan risau dan takut nak bergaya yang penting keyakinan diri..pakaian yang cantik terlihat apabila si pemakainya kelihatan selesa takda lah asyik dok menarik-narik baju betulkan itu ini..so pakailah pakaian mengikut saiz anda dan keselesaan anda.

Risau nak bergaya macam orang muda nanti nampak seksi?sebenarnya tak semua fesyen terkini itu seksi dan menyesakkan nafas asal sahaja anda tahu menyesuaipadan terutama jika anda berhijab.
Pilihan aku untuk kelihatan cantik dan bergaya  tetapi sopan adalah maxi dress..tahukah anda sebelum ni aku sangat risau dan takut untuk mengenakan maxi dress risau terlihat gemok dan atau lebih kejam disangka sedang mengandung.Walhalnya pemakaian maxi dress mahupun skirt labuh bukan sahaja kelihatan sopan malah menyerlah ciri feminin anda yang selama ini ke sana ke mari dengan seluar dan blouse mahupun tshirt kan.
Gambar adalah dari Thepoplook.com(salah satu butik online kegemaran aku)

Saja tepek contoh maxi dress satu sleeveless dan satu lagi long sleeve(kedua-duanya ada di dalam almari cuma berbeza warna)..anda boleh gayakan sama ada dengan jaket,cardigan mahupun half tops boleh juga di pakai dengan inner tapi aku tak suka sebab inner biasanya ketat melekap pada badan dan macam serabut je kan..boleh di pakai mana-mana majlis termasuk kenduri kahwin atau berhari raya..yang best material yang lembut dan selesa.kebiasaannya boleh muat hingga saiz XL(UK14)

Slinky Pleat Maxi Dress(purple berry) dan  POPPY Ophelia Maxi Dress(dark purple) disebabkan aku suka warna purple maka ini aku muatkan di lemari buruk pakaianku..memang sangat best dan berbaloi..untuk melihat bagaimana ia digayakan dengan begitu cantik dan pelbagai gaya oleh Shea Rasol(sangat suka dengan gaya beliau) boleh tengok sini dan sini  juga di bawah ini
Tidakkah ia berbaloi untuk kelihatan ayu dan sopan sebegini?
Jika anda ibu yang menyusu anak pun masih boleh memakai maxi dress sama ada pakai yang jenis sleeveless(pastikan longgar dan kain memeri) sebab mudah nak selak untuk menyusu atau memilih jenis yang berbutang seperti ini
 Cukup setakat ini dulu kang nak menepek banyak sangat gambar boleh muntah hijau kalian..ni sebenarnya baru mukadimah hahahaha..nanti aku akan buat review tentang website mahupun butik-butik online yang memberi servis terbaik selama aku berurusan dengan mereka..ada tips-tips dan panduan untuk mengenal pasti hehehehhe..
tak lupa nak review tentang fesyen muslimah di kalangan blogger yang menjadi pilihan aku selama ini..

P/S : Daripada tidak pernah suka pakai maxi dress sejak mengandung kini sudah hampir penuh dalam almari dengan pelbagai maxi dress..ternyata si dia juga lebih suka aku memakai 'kain' daripada berseluar kesana kemari.ThePoplook.com merupakan pilihan utama aku jika ingin mencari maxi dress,mahupun blouse dan juga tops. Terdapat dalam pelbagai rekaan,saiz dan ketinggian tubuh badan  selain servis yang sangat tip top.










8 ulasan:

Irfa berkata...

makcik2 ?
baca 'Fesyen makcik-makcik bagi pandangan aku(pandangan korang taktau lah) ialah apabila seseorang wanita itu memakai blouse berbutang hadapan dengan corak bunga besar dabak dan warna yang kusam ditambah pula dengan handbag atau tote bag besar gedabak boleh muat 3 biji durian..'
rasa cam kena kat batang idung sendiri je cuma part jeans tu x la..

emm..tiba2 terus klik thepoplook ;)

TopsyTurvyMum berkata...

Wahh...cun2 belaka!
Tunggu spring/summer baru nak bermaxi nih:D
Aku pun jaarang beno dah berseluor. Sejuk2 pun berskirt jugak. Dalam pakai leggings.

Nanak berkata...

sy pakai tshirt hasben masa 3rd trimester..hikhik..tapi cuma dlm rumah n pegi pasar je la..hahaha..

hani syahida berkata...

sy pun selalu shopping TPL :)

ZurainiSwarnoD'Amor berkata...

heeee.. sista, ade nk ltgo ophelia hijau tu x ?
017 7466557 ain :)

a s z berkata...

Slm sis nk letgo x slinky pleat tu? Kalau nk letgo emel kt sy k asmalina_501@yahoo.com

Stanza Qalbi berkata...

nak slinky pleat tu.. cantik.. ! >,<

Tanpa Nama berkata...

salam sis kalo nk let go slinky purple berry & dress button color brown tu pls do let me know ya..habibi_maisarah@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...