Mereka Yang Terbaik..!

7/17/2012

Ada apa dalam tudung saji misteri?


''
''
''
''

''

''

''

''

''

''

''
''

''
''
taraaaaaaa...

Asam pedas sardin  stail CPN..kegemaran seisi keluarga lebih enak di simpan semalaman esok pagi cicah roti hihihi

Kari Sardin ibu mertuaku..pertama kali makan kari sardin heheheh
Motif semua lauk sardin ni pehal lak..ok sebetulnya Khamis lalu ibu mertua dan adik ipar datang umah bermalam satu malam sebab Jumaat pagi dorang nak pi tengok majlis konvo Mak Saudara sebelah suami di Putrajaya..so dorang sampai petang jadinya sempatlah  masak seringkas yang boleh hihi sebabnya tak tahu nak masak lauk apa jemu nak masak ayam ke apa biasanya MIL tak kisah sangat so pikir-pikir masak asam pedas sardin,ikan goreng,sayur peria pastu kononnya nak buat sambal belacan dan ulam-ulaman sudahnya nan hado tetiba malas sebab rasa dah banyak sangat lauk..mana taknya masa MIL sampai menantunya ini tengah dok menumis nak masak asam pedas di hulurnya mangkuk tingkat ada kuih muih,lauk kari sardin dan kacang panjang goreng....Untuk pencuci mulut sempat gak saya buat Tiramisu sebab itu kegemaran ipar duai kalau dorang mai sini manjang tanya tak buat tiramisu ke sama gak kalo balik kampung.

Ingat nak kensel tak jadi nak letak sardin dalam asam pedas malangnya tin sardin dah buka malas nak simpan dah masak jelah..lagipun MIL cakap ada seketul je ikan dalam kari yang beliau bawak tu..rupanya beliau pun boring tak tau nak masak apa lagi bosan katanya makan lauk lain tu yang masak sardin gak..
sebenarnya saya hanya  masakkan lauk pauk ni je tapi saya tak makan beria pun cuma ambik sikit kuah dan sayur peria je juga telur rebus walopun asam pedas adalah kegemaranku sobs..sebabnya malam tu nak pi gym so memang 3-4 jam sebelum workout tak ambil karbohidrat ..

MIL ada kat umah pun gigih gak nak pi gym? ala lagipun dah mintak izin sebab dorang nak pi jenjalan kat Putrajaya kekdahnya adik ipar nak tengok dulu tempat konvo takut tak tahu jalankan so lebih baiklah den tak join dorang pi gym ada pekdahnya jugak macamlah tak pernah gi Putrajaya kan hihihi..


Nota jari jemari : Insyaallah nanti nak share resepi puding istimewa sempena Ramadhan untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam tetapi masih ingin menikmati pencuci mulut..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...