Mereka Yang Terbaik..!

7/24/2012

Edisi Ramadhan : Puding Sihat dengan Kuah Yakult

Salam Ramadhan pada semua..
hari ni nyaris 'tuang' sahur mujur sempat bangun
pengajarannya jangan sesekali memejam kembali mata apabila jam berbunyi
walau seminit dua kerana ia boleh jadi sejam dua..hikhikhik
Oklah seperti yang dijanjikan sebelum ini..CPN nak berkongsi resepi puding yang menyihatkan bagi mereka yang sedang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sedang dalam proses mengurangkan berat badan.
kurang gula dan penuh dengan khasiat..
resepi asal puding ni dari sini tapi telah didurhakakan dan dirombak penuh sopan untuk dapatkan hidangan pencuci mulut yang istimewa ini..


Seperti yang pernah di beritahu CPN memang sejak awal tahun telah mengurangkan atau tidak menyentuh lagi makanan yang mengandungi gula yang tinggi malah gula putih juga telah diharamkan di rumah ini hanya gula perang,beras perang dan roti perang saja.So puding ini juga menggunakan gula perang jom layan dulu resepi.

 Bahan-bahan untuk membuat puding ini ialah ;
6gm serbuk agar-agar plain -jika guna 10gm lebihkan bahan cecair(susu/air) mengikut seperti yang tertera di belakang pek
400ml susu segar rendah lemak
1/4 cawan gula perang- andai ingin manis boleh lebihkan
100gm yogurt plain tanpa gula-saya guna yogurt natural dutch lady memang tidak ada rasa manis tersembunyi
buah-buahan segar dipotong dadu - sebaiknya gunakan buah segar  yang beralkali(epal,pic,apricot,anggur dll)elakkan guna buah-buahan berasid tinggi(buah sitrus yang masam dan buah dalam tin)
sedikit Nata de coco
sedikit air untuk larutkan agar-agar dan gula
1-2 botol kecil minuman berkultur Yakult Ace Light kurang manis

Cara membuat
- Basahkan acuan puding dengan air dan letakkan sedikit  buah-buahan yang dipotong dan nata de coco
- didihkan sedikit air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga larut setelah itu masukkan susu segar dan yogurt pastikan menggunakan api yang sederhana kecil dan kacau selalu.
-pastikan masak tidak terlalu lama dalam 2-3 minit cukup mendidih cepat-cepat tutup api.Susu segar tidak boleh direbus terlalu lama bimbang nutrisi di dalamnya rosak untuk lebih selamat boleh juga dimasak secara doube boiling.
-biarkan sejuk seketika 1-2 minit jangan sampai beku pula dalam periuk.
-tuangkan ke dalam acuan yang telah di letakkan campuran buah dan nata de coco tadi.Biarkan seketika hingga wap panas hilang bolehlah disejukkan di dalam peti sejuk.
-hidangkan bersama dengan sebotol kecil minuman berkultur Yakult Ace Light yang kurang manis,boleh diletakkan buah-buahan lain sebagai hiasan jika perlu.

Info sihat

- Yogurt tanpa gula ---------->berhati-hati memilih yogurt pastikan pilih yang natural tanpa sebarang perisa dan gula tambahan,yogurt low fat yang banyak terdapat di pasaraya biasanya mengandungi gula yang tersembunyi bila makan manis leting..yogurt sangat baik untuk sistem perhadaman,meningkatkan sistem imun,menguatkan tulang,menurunkan kadar kolestrol,membantu menurunkan berat badan dan mencegah jangkitan pada vagina juga baik untuk wanita bersalin.

-Minuman  susu kultur -------->saya memilih Yakult Ace Light(bungkusan biru)kerana selain tidak dicampurkan mana-mana perisa buah-buahan hanya plain dan perisa original ia juga kurang manis.Minuman susu berkultur juga baik untuk penghidap gastrik maka sesuailah di ambil ketika berbuka puasa.

-Nata de coco------>kaya dengan serat membantu menyingkirkan najis-najis lama di dalam perut.mengelakkan sembelit berak batu tapi elakkan ambil dengan sirapnya sekali sebaiknya asingkan kerana sirap yang terdapat bersama nata de coco biasanya terlalu tinggi kandungan gula.

##Elakkan mencampurkan susu dengan buah-buahan citrus yang berasid kerana akan mengganggu penghadaman dan menimbulkan alahan  kerana asid yang terkandung dalam buah akan membekukan protein dalam susu maka protein jadi sukar untuk di serap tubuh.

**Sumber rujukan
http://www.mindbodygreen.com
http://www.livestrong.com




4 ulasan:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

waduhhhhhh sodapnyerrrr

Cik Puan Nurul berkata...

huhu makannya tak lagi dah cakap sedap hihi ni kurg manis pasti ade yg kurang gemar

GreenJade berkata...

sedapnye..boleh cuba buat. thx sis :)

anif abdullah| AA berkata...

waduhh.. mengundang!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...