Mereka Yang Terbaik..!

10/18/2012

Selamat menambah usia CPN

Hapdate laju-laju
Aku ada temujanji dengan periuk belanga kat dapur
Sebelum cerita ni basi dan lemau baik aku stori mori dulu
Ekceli Khamis lepas hari jadi aku..yang ke dot dot

Seperti kebiasaan tiada besday parti,tiada hadiah,tiada belon juga tiada kek apatah lagi nugget goreng
Cuma hari itu abam tersayam sanggup mencutikan diri dari keluar mencari rejeki..
beliau teramat sibuk sebenarnya kerja penuh 7 hari seminggu pulangnya lewat malam so bila nak togede-gede haruslah  pandai membuat masa.
Kami cuma keluar makan-makan je sebelum tu pi Klinik Pakar kat Hospital Putrajaya dulu pepagi sebab aku kena ambil ubat sabung nyawa..ubat apa nanti next entry aku stori mori kan yea..itupun jika aku sudah bersedia untuk berkongsi.rahsia ini telah lama kupendamkan
Kiteorang lunch bersama di Seoul Garden IOI Mall Puchong..ni kes TERlayan drama Korea dan rancangan Star King la ni asyik dok tunjuk makan Kimchi dah aku teringin hihi.
pertama kali makan Kimchi sedap jugak..banyak kali gak aku dok ambil hihi..walaupun makan secara buffet gini aku still kawal yea pengambilan makanan..makan sayur je lebih pun.
 
 Untuk tahun ni aku memang tak harapkan apa-apa walaupun kalau ada hadiah mak suka gak..
tetapi yang penting sekali ialah mak aku yang terlantar sakit sejak lepas raya dah mula menunjukkan perubahan yang positif..berbeza sungguh dengan kali terakhir aku tengok mak..langsung tak mampu bangun sendiri..makan pun tak lalu.

Tetapi  2 minggu lepas aku balik kampung kejap balik hari je untuk hantar barang-barang adik aku pasal dia dah berhenti kerja nak jaga mak aku la katanya..ohh mak kelihatan lebih sihat,lebih ceria..pastu asyik nak makan je..dah mula bersembang macam sebelum ini..
Sungguh aku rasa takut sangat bila melihat keadaan mak sebelum ni..aku tak bersedia untuk hadapi kehilangan..
Tahun ni banyak hal terjadi..yang sangat melukakan dan benar-benar menguji ketabahan aku..satu-satunya hal yang menggembirakan ialah hilang berat badan yang membebankan selebihnya tak sudah-sudah perkara menyedihkan berlaku.
Azam selepas dah setahun lebih tua ini ialah nak jadi lebih baik,lebih tabah dan ingin sentiasa positif biar apapun yang berlaku..nak berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita..apakah cita-cita itu teettttt..
Harapan menggunung  semoga aku diberikan kesihatan yang baik dan terus kekal bersemangat nak amalkan gaya hidup sihat.

Nota Jari : Mana aku nak cari kimchi dalam botol atau yang boleh di tapau MIL aku dah lama minta suruh belikan gamaknya kat Jusco ada tak yea..pasaraya lain tak da plak.

4 ulasan:

Nur Hazwani berkata...

happy birthday CPN :D
semoga segala yang diimpikan kamu tu akan tercapai hendaknya, Amin...

p/s: saya pernah jumpa kimchi dalam botol kat tesco tp xpasti halal ke x. rasanya kamu boleh try tgk kat jusco gak.. xpun jaya grocer. situ seme benda ada, hehe ;)

Liz berkata...

Salam, senang je nak buat kimchi ni. Saya selalu buat sendiri sebab tak yakin dengan yang dijual kat pasaraya. Sudahnya kawan2 ramai yang order sebab sekali buat, memang dapat berbekas-bekas.

Kalau nak resipi, boleh email saya di estli82@yahoo.com. Nanti saya bagi :)

Dr K berkata...

Happy Belated Birthday CPN :)

Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dianugerahkan kesihatan berpanjangan...

Saya tak pernah makan apa apa makanan korea..hehehehe...selalu juga baca orang makan kimchi ni

Cik Puan Nurul berkata...

tengs uolsss :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...