Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label senaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senaman. Papar semua catatan

10/02/2012

My Weight Loss Journey Part 2 - Motivasi untuk kurangkan berat badan.

Kembali menyambung cerita..
Terima kasih pada yang sudi membaca sama ada anda pengikut blog ini mahupun pembaca senyap yang suka skodeng dalam diam.
Ramai yang salah faham ingat aku ni ada ambil sebarang produk kuruskan badan dan sebagainya..hakikat yang sebenar TIADA.
Setelah bergelut dengan memacam cara,kini aku hanya percaya pada kaedah yang satu iaitu kembali kepada fitrah..
Banyak yang aku nak tulis kat sini tetapi tak tahu nak tulis  yang mana dulu huhuhu
Pertamanya aku nak kasi tips pada korang yang telah merasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan..ingin perbetulkan semuanya..ingin menjalani hidup yang sihat dan normal.

 1) NEKAD
- Semua orang boleh cakap,memang nak buat sangat ni..memang nak kurus sangat tetapi sejauh mana keinginan korang adakah selari dengan usaha yang dibuat atau hangat-hangat tahik ayam?apabila korang nekad nak berubah korang harus konsisten dan kekalkan momentum itu..tak boleh berhenti tetiba.Takda alasan itu ini..Just do it!

2)POSITIF
- Bukan mudah untuk sentiasa positif..terutama pada kaki-kaki sentap.Sekali kena sindir dah rasa down sangat..rasa dunia dah terbalik.Terasa semua orang membenci dan asyik bersangka buruk.Ingat yea..fedulik la apa pun kata-kata negatif yang dilempar orang yang penting teruskan apa yang kita sedang buat..buktikan pada mereka yang pandang rendah pada kita selama ni,yang rasa kita takkan mampu kurangkan berat walau 1gm pun.

3)ILMU
-Sebelum nak memulakan sebarang program diet dan sebagainya pastikan korang menggali sebanyak ilmu yang boleh..Banyak bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam.Pastikan jangan tersilap merujuk..nanti dapat ilmu yang salah lagi menyesatkan sudahnya diet entah kemana..berat makin bertambah.Aku banyak menggali ilmu dan  dapatkan tips-tips daripada  Kevin Zahri,Sususejat,Livestrong dan lelain lagi.Nasihat aku sebelum mencuba sebarang diet dan senaman pastikan korang mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4)USAHA
- Jangan pernah berputus asa jika pernah gagal..aku sendiri alami keadaan dipanggil diet yo-yo..ingat tak aku pernah bagi tahu awal tahun 2011 aku pernah cuba tetapi dek hati yang tidak kuat aku gagal dan berat naik mendadak semula..tetapi aku kembali dengan semangat juang yang tinggi untuk 'berperang' habis-habisan..ia bukan semata-mata nak target jadi kurus ke apa tetapi menukar terus gaya hidup sihat untuk selamanya.Bukan semata-mata nak kawal makan sampai beberapa bulan je tetapi hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.Sejujurnya aku ada gangguan hormon di mana berat memang mudah naik tetapi nak turun tersangat susah kena berusaha 2 kali ganda berbanding orang lain..so itulah yang aku lakukan..dan ianya berbaloi.

5)PEMBAKAR LELEMAKS SEMANGAT
-Apa yang buat korang bersungguh-sungguh nak buang segala lelemaks jahat yang bersarang dalam badan korang tu?Nak kelihatan cantik menawan?Nak hidup lama?Nak buktikan pada famili korang pun boleh kurus?Nak buktikan pada ex-boipreng/gelpreng/laki/bini yang dorang buat silap besar tinggalkan korang sebab saiz korang membesar bagai juara tu?Nak buktikan pada orang-orang sekitar yang suka mempuakakan korang dengan kata-kata nista bahawa suatu hari nanti...
Tahukah korang setiap kali aku rasa down,rasa malas nak teruskan dan bermacam lagi waktu itulah segala umpat keji,segala kata cacian orang yang telah kau berikan membuatku rasa kosong..kosong itu menerjah dalam kotak fikiran.
Komen-komen seperti hanya lelaki gila seks sahaja yang sanggup tidur dengan pompuan gemok,anak badak,tembam,perut boncit,berat nanang,dagu berlapis dan bermacam2 lagi berlegar-legar hingga aku rasa semacam mahu mengamuk..wahh gitu semangat kembali meluap-luap.So berterima kasih la pada mereka-mereka yang selama ini mencaci maki kita kerana mereka telah bercakap benar mengenai keadaan diri kita..kalau tak sampai sudah kita tak sedar diri.

6) SABAR
- Aku tahu tipikal orang kita kalau boleh semua menda nak cepat kalau boleh serta merta nak kurus..Hallo nak gemok pun makan tahun ni kan plak nak kurus.Tolonglah buang sikap pemalas tu dan tanamkan sifat sabar dalam diri..ingat sabar itu cantik..aku tak pernah nak letak target nak hilang 10kg dalam sebulan dan sebagainya sebab aku taknak nanti mulalah rasa kecewa dan putus asa bila hanya mampu hilang 1kg je sebulan.Tidak mengapa jika hanya hilang 1kg sekalipun sekurang-kurangnya masih hilang juga berat..teruskan sahaja berusaha insyaallah sampai satu ketika nanti korang sendiri takkan sedar akan perubahan yang terjadi tahu-tahu orang ramai mula menegur akan perubahan pada tubuh korang percayalah.

Sebenarnya ada banyak lagi nak aku taipkan di sini tetapi masa sangat mencemburui apa yang aku tuliskan kat sini semuanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sendiri..andai korang tak bersetuju ianya terpulang.Setiap orang punyai pendapat memasing aku cuma berkongsi pengalaman sendiri.
Khas untuk korang supaya lebih rasa teruja dan bersemangat nak kembali ke 'jalan yang benar'
Aku rasa nak gelak bila tengok gambo ni..hadoilah sorok badan dalam kebun teh pun tak mampu nak sorok fakta yang sememangnya aku mengebu segebu-gebunya..tapi itu tahun lepas di zaman gelap aku dulu..sekarang dah insaf dan inilah yang terbaru
"
"

"

"

"

"



10/01/2012

My weight loss journey part 1

Isnin adalah hari yang sesuai untuk menghapdate blog sebab isnin adalah hari permulaan bagi kebanyakkan orang..kalau nak kongsi apa-apa cerita hari isnin atau hari-hari bekerja adalah masa yang sesuai..kalau hapdate hujung minggu orang tak dapat baca sebab biasanya hujung minggu orang sibuk dengan pelbagai aktiviti maka blog akan dibiarkan sepi..
Wahhh mukadimah kemain ko..oklah malas nak merepek aku nak sambung semula cerita aku yang yang tergantung dulu..berdebar-berdebar tau nak taip ni tapi setelah diberi sokongan padu oleh orang yang tersayang beliau kata
''takpalah share lah kalau hal itu bermanfaat untuk orang kira ..amal jariah tu''

Dalam cerita sebelum ni aku bagitau yang aku berhenti amalkan diet dan bersenam setelah 2 bulan aku buat tak datangkan hasil kan so bila kita berhenti maka berat kita akan naik mendadak..yelah mana taknya 2 bulan kontrol makan lepas dah putus asa terus mencekik tanpa rasa bersalah maka jadi apam la ko jawabnya..
Aku ni kan jenis lepas mandi mesti dok merenung setiap inci tubuh depan cermin..eleh takyah pelik ntah-ntah korang pun sama kan..tapi berkemban lah yek bukan berbogel tau..
bila aku dok depan cermin aku merasa sangat pelik dan sakit hati..pasai apa sakit hati sebab aku rasa macam melihat tubuh orang lain.
Terutama bila tengok bahu yang mendebab dan melebar..pipi yang bambam bagaikan di pam-pam
''ni badan makcik-makcik ke badan anak dara nih''(tetiba perasan diri tu anak dara)
Lagi parah bila banyak baju-baju dan seluar sudah tak muat..asik nak beli seluar baru ketat manjang,sampaikan bila beli baju konpem tak muat terutama bahagian bahu memang takkan lepas punya.Namun aku tetap simpan baju dan seluar yang tak muat tu dengan harapan menggunung satu hari nanti aku akan dapat menyarungkannya ke tubuh ku ini..
Setelah sering di sindir,dipuaka orang sana sini..asal nampak muka aku takda lain orang nak tegur kan..sampaikan kaki aku terseliuh sebab terpijak lubang masa berjalan waktu malam pun orang tetap nak kaitkannya dengan kedebabkan tubuh aku ni yang menjadi punca utama..uwaaa sakit hati sungguh rasa..
Ok boringkan baca karangan tanpa gambo..ok nah layannnnn
ini gambo tahun lepas bulan Julai rasanya time nak pergi Cameron Highland dengan famili mertua aku..bebudak 2 orang tu Qaseh dan sepupunya Aiman...yang gergasi kat belakang bebudak kenit tu tak perlu diperkenalkan lagi hihi..aku lerr tu.Bagi sesetengah orang aku bukanlah gomok sangat tapi sebagai pemegang rekod underweight selama bertahun-tahun dari dulukala.. ini adalah bencana..Lagipun takkan nak tunggu sampai Obese tahap 4  atau tunggu sampai laki nak muntah hadap muka aku baru nak gigih kecutkan badan ye dak.
Yang ni awal tahun ni rasanya..ada lagi gambo penuh yang lebih bencana tapi tak tahu aku simpan kat mana..maklumlah gambo ada beribu-ribu pasal hobi aku suka tangkap gambo tapi gambo sendiri tak banyak aku banyak ambik gambo orang je..
Berfotogedik di samping orang yang bertubuh petite adalah bencana yang ditempah kehkehkeh..gergasi sungguh aku rasa..ni adalah antara gambo yang TERlatest sebelum transformasi aku bermula gambo time reunion sekolah hujung Februari lalu..sebenarnya time ni aku dah mula bersenam dan jaga makan cuma sebab baru sebulan so belum menampakkan apa-apa perubahan..Time reunion ni takda siapa berani mempuakakan aku sebab aku dah warning awal-awal sapa-sapa berani cakap aku gomok akan aku makan mereka hidup-hidup..
dan untuk uolss..
jeng..

jeng..

jeng..

Jajaps..sebetulnya gambo terbaru aku ade di mukabuku dan rata-rata orang dah tengok kan tetapi uolss tak tengok perbezaan dulu dan kini..so inilah
Gambo yang terbaru tu pakai maxi dress so tak nampak sangatlah tang badan tu kan dah tu maxi dress tu jenis yang sedikit besar dan longgar..sebab aku sekarang ni banyak pakai maxi dress berbanding seluar..mana taknya seluar semua dah longgar-longgar takda masa lagi nak pi alter ada selai dua je yang muat elok tu pun seluar lama yang aku selongkar semula dari storage box.
Oklah aku bagi sikit-sikit dulu gambo yeaa..nanti di part-part yang seterusnya aku akan tepek lagi gambo untuk tatapan uolss..

meskipun aku telah mencapai berat ideal,boleh pakai baju saiz S(dulu XL),boleh pakai baju-baju lama zaman bujang, BMI sudah normal serta telah turun berat sebanyak DUA angka tetapi aku belum mendapat berat idaman di mana untuk memudahkan aku mengekalkan berat badan..ingat nak menten lagi susah daripada mencapai target sekurang-kurangnya perlu turun lagi 5-6 kg daripada berat ideal.

Lagipun bukan berat badan yang perlu dirisaukan sesangat yang penting body fat mesti berkurang..sebab sebelum ni body fat aku tinggi wooo 44% gitu..yang terbaru aku tak tahu sebab belum berkesempatan nak cek maybe bulan depan baru tahu sebab scale aku takde function untuk ukur body fat(Dah jahanam)..sebelum ni ukur guna scale yang  kat gym punya.

**Insyaallah sambungan entri seterusnya aku akan kongsikan bersama mengenai rejim-regim senaman yang telah aku jalani,apakah motivasi aku untuk terus gigih membako lelelamaks serta menu-menu dalam diet seharian aku..
Apa-apa soklan nak tanya boleh tanya..

9/11/2012

Bukan sekadar menurunkan berat badan tetapi menukar terus gaya hidup sihat untuk selamanya

Maaf sebab lambat nak hapdate tentang hal yang pernah aku janjikan sebelum ini..
Untuk pengetahuan semua aku bukanlah pakar kecergasan mahupun pemakanan yang bertauliah maka apa yang aku kongsikan di sini berdasarkan pengalaman diri sendiri dan juga hasil rujukan daripada mereka yang lebih pakar.

Sebagai mukadimah,biarlah aku kisahkan tentang diri aku dahulu..
Sejak kanak-kanak hingga dewasa aku tak pernah mengalami apa itu kegemukkan..sebaliknya aku adalah seorang yang underweight kurus kering kontang..tak becak kata kawan-kawan aku yang lelaki di zaman remaja dulu..apa ke maknanya pun aku tak tahu.Tetapi biasa sangatlah di ejek dan di sindir sebagai cicak kobin lah dan memacam lagi.
Pernah sekali aku berdiri depan cermin sambil memperagakan tubuh kering ku ini..kakak aku selamba je melahar aku ''tak payah nak tengok sangat..punggung pun takda''
kejam sangat kan..

sampai aku rasa nak minum susu yang boleh menaikkan berat badan lagi time tu hikhik..
Aku mula mengalami peningkatan berat badan secara perlahan-lahan jika tidak salah setelah aku bertunang,sebenarnya aku ada gastrik dan aku selalu sangat skip makan kira tak menentulah waktu makan.Jadi selalulah kena gastrik sampai pengsan pun ada.Dah bertunang ada yang tersayang kan beliau seringlah menasihati aku supaya makan jangan tak makan..
Bila aku dah mula suka makan aku dah takda skip-skip lagi makan dah tu  kerja shift memang tak menentu dahlah tidur pun tak menentu makan pun sama tak kira malam pagi petang kan.

Kemudian bila dah kahwin..aku pun macam biasa seronok nak masak untuk suami dahtu tak reti plak nak masak sikit..masak ala-ala nak bagi satu keluarga makan padahal 2 orang je yang makan kan..time ni aku masih bersaiz S tetapi sudah mula rasa ketat sana sini.

Hampir setiap hari aku jadi DBKL tukang habiskan sisa makanan sebelum nak basuh pinggan kan..yela sayanglah nak buang dahtu apalagi ngap masuk mulut la kan.
Setelah mengandung berat takdalah naik banyak sangat lebih kurang 12kg ini pun aku anggarkan berdasarkan berat yang di timbang masa kali pertama buat buku merah tu kan.

Semuanya bermula selepas bersalin disebabkan melahirkan anak secara pembedahan aku tak berpeluang nak pakai bengkung ketat-ketat(masa ni tak tahu ada bengkung moden)tak bertungku beria.Selera makan time dalam pantang pun boleh tahan gak asyik lapar je hihi.

Lepas habis pantang  aku timbang berat adalah hilang dalam 10 kg dan berat itu statik hingga anak umur setahun.. tambahan waktu tu rajin gak aku bersenam secara perlahan-lahan di taman setiap minggu.masuk tahun kedua makan dah tak berapa nak jaga dah tu rajin plak mencuba pelbagai resepi itu ini kan.Usia pun semakin meningkat,metabolisma pun semakin menurun jika kurang bersenam dan jaga makan maka berat senanglah naik kan.Berat mula naik..aku ada gaklah mencuba macam-macam siap pernah beli produk kuruskan badan yang popular dan  mahal harganya tapi aku cuba satu kotak je..tak berbaloi pun nak teruskan sebab memang tak mendatangkan apa-apa kesan pun.

Kesudahannya awal tahun lepas aku bertekad nak kurangkan berat melalui cara yang paling selamat dan tidak mahal iaitu kawal makan dan bersenam  malangnya aku cuma berusaha sekerat jalan..2 bulan berusaha dengan ilmu yang kurang beserta semangat juang yang suam-suam kuku tengok berat susah nak turun aku berputus asa dan kembali melantak sesuka hati..akibatnya suatu mimpi ngeri yang menjadi kenyataan melanda hidup aku..apakah yang terjadi pada aku?ketahuinya pada entri yang akan datang..
jeng..jeng..
jangan marah arr

 Bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...