Mereka Yang Terbaik..!

10/11/2010

Happy Birthday Cik Puan Nurul

Salam senin..hari ni 11 Oktober adalah hari ulangtahun kelahiran Cik Puan Nurul(CPN) beliau yang kekal jelita malahan masih mahu merahsiakan usia sebenar demi menjaga hati pihak tertentu yang mungkin jeles takpun makan ati dek keremajaan yang dimiliki beliau.
''Sesungguhnye penuaan itu satu anugerah meskipun ade yang anggapnya disaster" ujar CPN dalam satu temubual yang tertutup bersama media antarabangsa yang cuba mencungkil rahsia keremajaan CPN.
Walaupon besday CPN adelah hari ini tapi beliau telah meraikannya malam tadi sambil menonton angkasawan bersanding,tanpa kek dan lilin CPN hanya masak makanan kegemarannya dan makan dengan lahap tanpa memberi sebarang ucapan..tak peduli pon dengan tetamu ajak-ajak ayam beliau yang sibuk memberi kritikan terhadap pakaian silver pengantin lah,kek roket lah semua itu tak diperdulikan beliau..
"eh apesal besday girl dah makan dolu ni.."ujar Munigha(memang nama sebonar) tetamu VIP CPN yang riso melihat kerakusan CPN mengkekah setiap sudut yang ada pada ketam muahahaha..bimbang lauk akan abis tetamu VIP itu lelaju ambik pinggan dan terus makan nasi dengan lahapnye..
Dek kesibukan CPN mengkedarah beliau sampai lupe menayang kamera digital canggih beliau tuk snap setiap kejadian yang berlaku..maka tiada pic sewaktu kejadian mencekik dapat dirakamkan maka tiada air liur yang meleleh ketika entri ini dibaca oleh pembaca VIP sekelian..err menu yang dihidangkan ketika hari kejadian bertemakan seafood menu itu adelah nasi putih dimakan dengan sotong berempah madu,sebekas casserol jenama corelle ketam pedas cerana,sebesen kerang bercili,taugeh goreng belacan ngan udang (menu yang tak sempat dimasak simpan balik dalam esbok)jus tembikai yang diblen dua jag dan juga dessert last minit koktail buah-buahan campuran yang dibikin oleh 2 orang tetamu VIP tadi secara paksa rela..
errk tetamu VIP yang melahap dengan rakus itu diajak makan bersama CPN atas dasar depa itu adelah antara juara kuat makan kat kantin sekolah dan juga individu yang sentiasa memuji keenakkan lauk pauk yang dimasak CPN tanpa unsur pembodekkan..sekian mekaseh

Pesanan Penaip:Jangan tertanya-tanya atau cuba menyiasat ala-ala CSI tentang CPN kerana beliau sentiasa ade dihati kalian..jangan lupe wish besday kat beliau yang senantiasa dahagakan ucapan syahdu iteww..

4 ulasan:

along berkata...

Happy birthday CPN...semoga sentiasa muda walaupon tiap tahun angka bertambah...

Elly Emmy berkata...

hapi besday pada CPN yang sentiasa muda remaja itewww..

Cik Puan Nurul berkata...

tengkiu yg wish my besday tuh

alinalan berkata...

Happie belated bufday dear!!
semoga dimurahkan lagi rezeki & berbahagia selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...