- filem ni boleh di klasifikasi kan sebagai filem berat..bukan sebuah filem komedi ke apa kira sebuah filem serius la walaupun ade sedikit scene yang boleh kita gelak tapi bukan gelak terbahak-bahak ok tu pun scene anak-anak si Aidil biasalaa budak-budak tapi dialog diorang pun sangat memberi kesan tau.
- kalau nak tengok filem ni dengan mood yang sangat teruja memang silap waktulaa sebab filem ni memerlukan korang memberi seluruh tumpuan sebab jika korang hilang fokus,bising sana sini korang akan jadi blurr dan tak faham jalan cerita sebab setiap scene dan setiap dialog harus dilihat dan didengar bebetul tidak korang akan tertanya-tanya napa begitu napa begini..pastu mulala korang akan rasa boring sebab tak faham padahal semuanya dah diceritakan melalui dialog..filem ni juga tidak sesuai untuk golongan yang suka enjoy,mat-mat rempit,malas berfikir dan cepat bosan sebab filem ni sememangnya mahukan kita berfikir dan mentafsir sendiri setiap penceritaanya dengan begitu mendalam.
- memang banyak babak-babak yang boleh mengalirkan air mata tapi jangan bengang atau marah bila baru korang nak feel sedih-sedih,air mata baru nak bergenang tetiba scene dah berubah rasa sedih korang akan terhenti sebab seperti yang Kabir Bhatia cakap dalam the making of(TMO) memang diorang sengaja buat camtu..sebab tak mahukan filem ni sedihnya meleret-leret tak mahu penonoton terbawa-bawa pulak perasaan sedih macam tengok filem hindi tu kan..sampai banjir korang nangis kan tapi dalam filem ni memang korang akan menangis tapi takdelaa sampai banjir..ia lebih kepada perasaan dalaman kitalaa.
- filem ni menceritakan kisah selepas 6-7 tahun kisah Adam dan Nur selepas episod akhir kat drama tu,sebab tu anak-anak Aidil pun dah besar..filem ni memang sarat dengan kesedihan dan dugaan yang tidak henti-henti menguji keluarga diorang ni,lagi satu filem ni menggunakan teknik flashback so kalo korang jenis tak suka atau tak faham jenis filem sebegini memang korang akan blurr dan di awal cerita korang akan rasa boring lebih-lebih lagi bila wujud beberapa watak yang korang rasa macam tak penting sedangkan ianya semua berkait rapat dan menghidupkan lagi jalan cerita ni.
- sinematografinya memang tidak mengecewakan..perghhh sangat cantik okay nak-nak scene masa adam membawa Nur bercuti ke Jordan selepas Nur keguguran rasa macam nak gik Jordan time tu jugak hahahaha..bak kata Nur 'cantiknya macam lukisan' dan Adam jawab' lukisan Allah'..dialog yang simple tapi sangat dalam maksudnyaa sebab tu perlukan penghayatan yang tinggi ketika menonton filem ni.
- antara babak sedih yang membuat hati acik jadi sayu yang amat masa Nur keguguran time tu derang laki bini baru lepas solat time Adam duk kemas sejadah,Nur berdiri tersedu-sedu depan dia sambil pandang ke bawah sebab darah dok mengalir dia keguguran..ohh time ni muka Adam sangatlaaa tak reti nak cakap cemana..dan air mata acik tumpah jua tatkala masa Adam bawa Nur kat kampung untuk berpantang tu Adam menangis teresak-esak depan abang dia Aidil sebab terlalu sedih..dia sedih sebab tak tahan melihat Nur sedih dan rasa lemah dengan ujian yang tak henti-henti melanda..ha masa ni kita akan teringat Adam pernah kehilangan anak dia dengan bini mat saleh dia dulu masa dia 'nakal' duk kat Australia dulu..sebab tu Adam sangat sedihh.scene Adam dan mak dia belek album juga buat acik mengalirkan air mata..sangat mendalam ok dialog mak dia time tu.
- scene masa diorang kemalangan keretapi juga sangat dramatik..bila Nur tercampak dan tidak sedarkan diri Adam masa tu sangat ketakutan..risau kalau Nur dah takdaa..sampaikan dia menadah tangan di padang pasir tu berdoa pada ALLAH..''Ambilla apa saja asalkan jangan Nur''..betapa sayangnya dia pada si isteri namun tidak melupakan pada sang pencipta.(hoh masa ni rasa cam nak kawen je ngan Adam bila dia berdoa camtu..sangat sweet ok)
suka juga scene ni masa kat Jordan,Nur Amina nampak matang dan tegas ketika mencari Adam yang hilang..ok Adam hilang sebab sebelum tu diorang kemalangan keretapi dan cincin Nur tercicir kat situ maka adam gigih nak gik balik kat tempat kemalangan semata-mata nak cari cincin tu balik..ramai yang komen kat forum-forum scene ni nampak cam tak logik hanya kerana cincin sebentuk sanggup redah padang pasir cari sampai diri sendiri lak hilang sebabnya korang tak fokus dan tak dengar dialog Adam bebetul,Adam cakap dulu dia pernah tolak cincin tu(ni masa dalam drama bersiri ye sebab tu kena tengok drama dulu)pada Nur so walau apa sekali dia tetap akan kembalikan cincin tu pada jari Nur..itu janji diaa.so ni bukan soal logik ke apa..sini tentang betapa mendalamnya perasaan cinta Adam pada Nur..dan cincin tu merupakan simbolik terhadap pencintaan dorang sebab tu cincin kahwin yang pernah Adam benci sesangat pada cincin tu dulu.
ha ni watak-watak tempelan yang nampak pada awalnya macam korang tak faham je..tapi masing-masing memainkan peranan penting dalam filem ni..masa ni gak korang akan tengok ada perubahan pada pekerjaan Nur dan Adam kalau dalam drama Adam dan Nur jadi arkitek kan kalo tak silap laa so maybe dalam filem ni dorang secara sambilan buat kelas untuk remaja-remaja bermasalah..ada scene di mana penulis skrip ni 'memerli' secara halus golongan ustaz yang hanya mahu mengajar orang-orang yang sudah diberi hidayah dan menutup aurat saja..jangan terkejut kemunculan Beto Khusyairy sebagai ustaz kerek itu huhu..
babak yang sangat mendebarkan..ingat dialog ni..''nama lu je ustaz,tapi perangai lu macam anjing!''..ha ni dialog si Shafie Naswip dia jadi budak liar dalam filem ni kira dia watak antagonis la..dia serang si Aidil pasal ada salah faham dia ingat aidil nak rampas awek dia Juriah..ganas tul si Mukhsin ni hahha..memang dia pandai belakon laaa.
masa ni ingat Adam akan mati dah ..sebab dia nampak nazak sangat,adam menderita sakit jantung kesan kejadian letupan bom masa kat mumbai dulu(dalam drama NurKasih Adam hilang berbulan-bulan di Mumbai kena culik)tapi siapa tahu takdir ALLAH..tak semestinya yang sedang tenat tu akan mati jika belum sampai waktunya dan yang sihat walafiat pula akan di pergi..
babak lomentik..hehhehe dan jeles ok..(sengal..)
secara keseluruhan filem ni dikira best as a film la tapi nampak macam banyak cerita yang nak dimuatkan dalam masa hampir 2jam tu so maybe ade yang tidak fokus akan blurr sebab semua adegan dan dialog mewakili keseluruhan ceritaa..endingnya juga agak mengejutkan dan mengelirukan tetapi kalau korang paham bebetul dan kaitkan dengan segala kisah pencintaan diorang sejak dari drama bersiri lagik korang akan paham kenapa ending dia begitu..betapa mendalamnya cinta Nur pada Adam sejak zaman persekolahan lagi Nur dah minat pada Adam masa tu senior dia secara dendiam..bila Nur abis sekolah mak bapak diorang jodohkan Adam dan Nur walopun Adam menentang hebat hal tu..punyala bencinya dia pada Nur..Adam dulu nakal dan study kat oversea time tu..sebab dia tak cintakan Nur dan ada awek mat saleh.Tapi dia kawen gak dalam kepaksaan,bila malam pertama dia langsung taknak sentuh dengan Nur dan lepas kawen terus pergi ke oversea dan tinggalkan Nur terkontang-kanting..tapi Nur isteri yang baik dia tetap menanti si suami dan menyimpan rahsia perihal rumahtangga dia yang tak bahagia daripada pengetahuan keluarga sampai Nur sambung belajar kat UIA dan grad..masa tu Adam mendapat hidayah setelah melalui beberapa tragedi kat oversea dan ingin kembali semula pada Nur..sebab tu adam sangat sayang pada Nur sebab Nur banyak menderita sepanjang perkahwinan derang sering diuji tapi cinta Nur tetap pada Adam..huhu ecehhhh dasyatnyaaaa laa sekali CPN beri ulasan..muahahhahahaah...Banyak mesej-mesej penting dalam filem dan wajar di tonton korang..malah ade scene yang boleh mendatangkan keinsafan dan kesedaran pada korang..huh panjang la nak cerita baik tengok sendiri hehe.
Nota CPN: rasanya kalau dibuat drama dan watak dikembangkan lagi mesti tangkap syahdu tapi dah memang penulis skrip mahu noktahkan kisah cinta penuh emosi ni dalam bentuk filem so bukanlaah tak ok..ok je tapi lagi best la rasanya kalau dibuat drama bersiri tapi bimbang plak ia akan jadi meleret-leret gamaknyaa huhu..apapun lagu-lagu dalam filem ni semua best belaka..
4 ulasan:
aku kena ajak laki tengok citer ni...ajak kekawan nanti golongan sasaran tak amik pedulik..
kalu ajak laki, baru dia tau hargai bini skit..ni tak, kalu aku jari luka kena pisau masa potong bawang pun dia tak endah..
Betul tu dlm cerita ni mmg sgt sesuai weh tuk laki bini..seorg isteri yg sgt hargai suami,kesetiaan tiada berbelah bagi..pengorbanan seorang abang..janji seorang abang sampai ke akhir hayat tak pernah dimungkiri..
Kalau keluar youtube habaq mai okeh..
aku drama pun tak tengok ada hati nak ygk pelem diaa hakhakhak..
agaknya baru 2 minit dah tidoo tak paham citerr..
apakah endingnyaa??
wehh..aku rasa bersepah je kot kt youtube drama tu..rasanya baru lagi 2-3 minggu ni tv3 dok tayang drama dia setiap petang hari ni episod last hahah aritu blk mesia xsempat ehh ngk..ko try tgk kat tonton.com situ ade kak rasanya yg versi drama bersirinyaa hihihi..jgn penin2 weh
Catat Ulasan