Mereka Yang Terbaik..!

7/26/2011

Puding Trifle Coklat Sesuci Qaseh Ramadhan

Masih lagi dalam edisi pra -Ramadhan..dan masih lagi tak sengaja masak hihi..ikutkan dah lama tak buat trifle bila ada permintaan baru la buat kali ni sebab sabtu lepas tak sengaja(manjang tak sengaja kan) terbeli kek gulung yang sangat la pink kalernya hahahhaha tu yang jadi terbeli sebab kaler beliau sangat menarik punyalah jauh sampai ke KL beli heheh sebenarnya pi Jalan TAR nak cari kain tuk langsir bilik anak dengarnya ada sale tapi tak jumpa lak kedai tu sabooo je laa kan beli la kek sebagai ganti..maka terjadilah puding trifle sebab kalau nak harapkan dak Qaseh perabiskan kek tu takkan nya abis maka adalah lebih baik dibuat puding trifle..
Hurm ade peristiwa lucu masa nak buat ni sebab ingatkan tepung kastardnya masih banyak sekali cuma tinggal lebih kurang satu sudu ja dah la susu dan gula tengah dipanaskan dalam periuk adehlaaaa..pikir-pikir punya ingat nak pi ketuk umah jiran je pinjam tepung sekali google dan selak belog kenkawan jumpa gak penyelesaiannya iaitu dengan menukar la kepada tepung jagung..tawakal je dengan harapan menjadi gakla puding aku ni hihihi
So meh kita layan resepinya masih guna resepi yang sama cuma diubahsuaikan dan ditambah layernya hihihi
Puding Trifle Coklat Sesuci Qaseh Ramadhan(Sebab Qaseh suka makan..byk dia makan sampai comot muka ngan baju)
Bahan-bahan

kek swiss roll - saya guna perisa starwberi yang sangat pink boleh guna kek span yg dibuat seniri lagi best

1/2 tin laici=laici shj tak ambil airnya

1 tin susu cair

1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape-guna perisa strawbery jenama nona yg formulasi baru tu

4 sudu besar tepung kastard-takdekan tetiba abis jadi saya tukar kepada 3 sudu tepung jagung

sedikit esen vanila

7 sudu gula pasir

1 tin air-sukat guna tin susu

lebih kurang 150gm dark chocholate

250gm cream cheese

200gm whipping cream

lebih kurang 1/4 gula castor

kacang hazelnut dan kepingan almond

untuk lapisan pertama-yang bawah sekali

-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)




lapisan kedua

-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 3 sudu tepung jagung dengan 1/2 cwn air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung jagung tadi kacau dan terus kacau dan masukkan juga dark chocholate sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.


lapisan ketiga

-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan atas lapisan yang kedua tadi.kendian susunkan buah laici atau buah apa2 yang digunakan diatasnya.


lapisan keempat

-pukul cream cheese dengan gula castor sampai nampak smooth.pastu masukkan whipping cream dan pukul lagi sampai sebati elok.pastu boleh dilapiskan atas lapisan yang ketiga tu.sejukkan dalam peti sejuk 4-6 jam masa nak hidang baru taburkan kekacang atau apa2 lah yang dirasakan sesuai..buah-buahan pun boleh.saya tabur kekacang je sebab buah non -hado..kekacang ni pun ikutkan tuk dibuat brownies sebenarnya hahah takpelaa buh je la kan.
 rupa kek yang sangat pinkishhh gitu..disusun dulu..
puding dah siap sedia tuk dingappp
Separuh daripada bekas ni saya bagi pada jiran dekat dengan rumah yang kekononnya nak pinjam tepung kastard dengan dia tu kan.meskipun tak jadi nak pinjam memang dah niat dihati  nak bagi dia,maklumla anak dia sangat suka makan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan cheese..ikutkan nak bagi lagik banyak tapi bekas tak muat pulak.Den ni kalo nak bagi makanan kat tetangga lebih gemar guna bekas tapau pakai buang tu je supaya tak membebankan tetangga nak kena pulang bekas kosong ke apa..so kira halal je terus bekas tu.
Jangan lupa mencuba puding ni sangat sesuai tuk berbuka puasa dan menyejukkan tekak dikala cuaca panas huhuhu..
**Idea menukarkan tepung kastard dengan tepung jagung diambil dari sini..tengss dear tidak tak menjadi trifle ku itu.Tp acik tetap suka guna tepung kastard tau huhu.

3 ulasan:

♥cikmOt♥ berkata...

best tul nama puding..siap ada nama qaseh sekali...tumpang glamer ek...heheh

Cik Puan Nurul berkata...

huhu yela sebab kemain lagi dia beriya -riya makan..teringat dulu dia lahir masa bln puasa,misi kat sepital panggil dia seputeh qaseh ramadhan tp xmo la letak seputeh..sesuci lagi sesuai..feel sesuci lebaran kekdahnya hahahahahah

*Mawar Nafastari* berkata...

pasal password tu i try n error je! hihi.. kebetulan terkena! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...