Mereka Yang Terbaik..!

5/25/2012

Aku hilangkan ketakutan diri dengan berdepan dengan ketakutan itu..

Wahh..tetiba petang Jemaat plak menghapdate belog..
Tajuk entri yang aku rasa cam berbelit ahh lantaklah janji sampai maksudnya 

Pernah tak rasa takut dok kat bangunan tinggi..kalau boleh nak elakkan je kan tapi sebenarnya kalau kita cuba melawan dan melatih minda kita untuk berdepan dengan ketakutan itu setiap hari lama kelamaan minda kita semacam sudah terbiasa dan kita akan jadi lebih kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup betul tak?Ni aku bagi contoh jela hakikatnya dulu-dulu aku takut gak dok atas bangunan tinggi..sekarang ni dah memang berumahtangga di atas bangunan yang tinggi
Tetapi bukan mudahkan nak mendepani ketakutan ni sudah tentunya melibatkan emosi,mental dan fizikal.

Aku percaya ramai orang terutama perempuan la jenis yang takut hidup nya sendirian seumur hidup forever alone gitu..apa-apa yang nak dibuat semuanya nak berteman mesti nak ada kawan baik selamanya sentiasa nak berada dalam zon selesa.

Contohnya macam aku join gym kan kalau orang lain mesti segan dahla tak kenal sapa-sapa pastu sorang diri je menonong tak kenal orang takda kawan baik selamanya huhu

Tetapi aku tak pernah fikir pun camtu sebabnya aku punya misi bukan nak mencari kawan sebaliknya untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih menyihatkan.kadang-kadang terasa gak cam kekok segan segala tapi aku buat bodoh aja mujurlah ada Qaseh menemani ..hihi selamber badak je bawak anak aku tengok sejak aku selamba badak bawak anak kecik orang lain terikut-ikut gak selamba badak jugak hahahaha..nak buat cemana Qaseh takmo tinggal ngan abahnya huhu kecuali dia tertido ke apa memang tak bawaklah.

Aku rasa kalau nak dipikirkan kena berteman setiap waktu semua menda nak mudah memang tak kemana-mana la kita.. membiarkan diri berada di zon selesa hanya akan membunuh keyakinan kita secara perlahan -lahan dan meletakkan kita dalam keadaan ketakutan sentiasa..

Hidup ni sukar sebenarnya banyak cabaran dan rintangan perlu kita hadapi sama juga bila kita rasa tidak selesa,rimas berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam orang..kita rasa stress dan merungut saban waktu dengan perangai orang lain yang gitu gini tapi sebenarnya itulah risiko yang perlu kita hadapi jika nak hidup di dunia ni jika takmahu pi la terjun bangunan ke apa kan..jangan bazirkan masa dalam hidup kita untuk  memikirkan tentang orang lain kenapa perangai dia gitu gini..gasaklah yang bermasalah sebenarnya diri kita sendiri yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan hanya mahu berada dalam zon selesa..contoh kita rasa meluat melihat kawan kita yang suka ketawa atau bergurau senda walhalnya dia tak salah pun kerana itu memang sifat diri dia tetapi kita yang tetiba merasa terseksa..berlapanglah dada dan menerima keadaan orang apa adanya mereka.

Oklah malas nak mengomel panjang nah untuk uolss yang sudi bertandang kerumah..jangan pulangkan pinggan kosong tau dan jangan pecahkan pinggan antik ni plak..pinggan ni di cilok dari lemari mak aku ketika aku membantu beliau mengemas hehe amik 4 biji saiz besar-besar punya..dengan keizinan tau huhu..aku kenan sangat sebab  teringat zaman kanak-kanak dulu makan nasi guna pinggan gini kan.
psst hari ni besday mak aku yang ke 60 tahun..dah warga emas dah mak aku..selamat hari jadi mak walopun mak tak baca pun belog aku ni
kari kepala ikan merah..ikut resepi Babas je tapi aku ubah la sikit iaitu tambah santan sedikit je dalam setengah cawan je..umah ni makan lauk bersantan sebulan sekali je huhu.


1 ulasan:

nurbijen berkata...

saya sangat setuju... mcm saya, tak kisah even orang panggil "lone ranger" - sbb saya suka buat hal sendiri kalau takde orang nak teman :)

tapi saya puas sebab dapat buat benda yang saya suka dan tak terikat dengan jadual orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...