Mereka Yang Terbaik..!

9/28/2012

Kisah kehilangan berat badan saya..

Aku terima banyak maklum balas dan pertanyaan daripada manusia di sekitar aku..baik yang bertanya secara direct mahupun yang PM sana sini dan sebagainya..
ayat paling takleh blah apakah rahsianya..wah gituuu rahsia uolss kalau rahsia takleh lah bagitau orang dak..
sebenarnya aku nak sambung entri aku yang tertangguh sebelum ni kan tetapi masa aku agak mencemburui  so aku takleh nak buat karangan 1000 patah perkataan lagi..
bukan apa bila nak menceritakan perihal berkaitan dengan tips dan segala mak nenek kisah yang menyedihkan ini (wah gituuu sedihlah uolsss) banyak menda kerna kaji selidik sebelum aku tepek kat entri kang silapharibulan tersalah bagi info tak ke saja je..

So pada uolss yang sebelum ni bertanya memacam tu kan mohon bersabar insyaallah dalam masa terdekat ini aku akan  berkongsi kisah kejayaan dan tips-tips yang berkaitan.
Sebenarnya aku serba salah nak cerita nanti ada yang kata aku beriak-riakkan ikut hati aku tak koser nak selitkan cerita pasal ni tapi setelah bertanya sana sini pada teman-teman seperjuangan..banyak yang bagi sokongan dan maklumbalas positif.

Maka nya atas niat ingin berkongsi perkara yang baik yang boleh memberi motivasi pada orang takda salahnya kan lagipun aku bukan nak promot produk ke apa.
Lagipun susah aku nak menaip karangan setiap kali orang PM aku baik aku tulis dalam blog je dak..nah terus boleh rujuk terus sampai ke anak cucu..

Hurrmm perkara lain yang aku khuatirkan ialah kena lah ada gambo sebelum dan selepas kan..ini masalah terbesar aku caitt besar lah sangat.
Bukan takda gambo tapi kerisauan aku pada  sesetengah peniaga produk kecantikkan atau kesihatan dan kuruskan badan dengan biadabnya menggunakan gambo orang lain tanpa keizinan sesuka hati nak claim gambo testimoni depa..walhal selamba badak pi cilok kat blog orang..

Kejiss sangat hokay..susah payah orang tu kuruskan badan tanpa sebarang obat-obatan dengan penat lelah tetiba jadi mangsa si peniaga yang tahu nak untung jer..bukan sekali dua tau aku terjumpa dah banyak kali bila tanya empunya badan terpinga-pinga dia tak tahu gambo dia telah dipergunakan..choii sangat-sangat.
Malahan pengakuan daripada seorang kenalan yang dah lama berjaya kuruskan badan  secara sihat bagitau aku ..beliau sendiri pernah ditawarkan ongkos yang lumayan dari tokey produk kuruskan badan terkemuka untuk membeli gambar beliau tapi member ni menolaknya sebab tak sanggup nak bersengkongkol menipu orang ramai lebih baik dia buat kerja percuma bercerita tips-tips kurangkan berat badan secara sihat kat blog je.

##Caitt ingat kan nak tulis 100 patah perkataan je sekali berpatah-patah juga.

2 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Ceritalah...;)

Boleh tepek gambar BEFORE & AFTER tu, cuma kena letak WaTERMARK besar besar, so that si pencopet gambar tak boleh nak edit..;)

Irfa berkata...

la.igt dah ada citer
teruja terus klik ;)
saya masih lom berjaya.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...