Mereka Yang Terbaik..!

1/03/2013

Saya amat memerlukan bantuan di kala ini..

Dah 2013..taktahu nak mulakan entri cemana..
Setelah berbulan-bulan perkara yang aku risaukan pun berlaku..
semalam hari pertama persekolahan tadika untuk satu-satunya zuriat aku Qaseh..
aku punya risau jangan cakaplah..gemuruh semua ada
sebab aku tak tahu reaksi dia dan aku juga tidak berpengalaman cemana nak uruskan anak-anak yang suka berdrama swasta apabila ditinggalkan di sekolah..
Pepagi semuanya kelihatan berjalan lancar Qaseh bangun pun awal dan tak da drama nak minta dia mandi dan bersiap-siap.
Dia nampak seronok dan teruja dapat pakai beg baru dan kasut baru..
sebenarnya berbanding bebudak lain Qaseh bukan paham sangat pun bila aku cerita pasal sekolah
dia tak pernah meminta nak ke sekolah ke apa..


Ya seperti aku pernah beritahu sebelum ini Qaseh mempunyai masalah nak berkomunikasi dengan baik..dia bukan  jenis mulut pot pet macam murai seperti budak seusianya yang lain..
Ok dia bukan pekak atau bisu..mahupun tak reti bercakap,dia boleh menyebut perkataan tetapi tidak pandai membina ayat sendiri contoh nak bersembang pot pet tu memang tidak pernah..
biasa kalau nak air dia akan hulurkan botol pada aku dan sebut ''Air..''(sepatutnya dia sebut nak minum air)
Dan aku biasanya akan tanya dia semula '' Qaseh nak air ye''?
sama juga bila nak kencing dia akan datang pada aku dan bagitau ''uncing..uncing''
tetapi sekarang dia dah tak bagitau..menonong je dia tanggal seluar dan masuk bilik air kencing dan basuh sendiri(sembur ngan hos paip) walaupun bilik air gelap ke apa.
Lagi satu Qaseh juga jarang bagitau dia lapar atau nak makan sesuatu(yelah kan dia tak pot pet)tetapi melalui bahasa tubuh dan perlakuan dia aku boleh tahu dia tengah lapar..iaitu apabila dia mula dok selongkar sana sini cari makanan.

Kadang-kadang aku rasa rimas bila mak-mak yang lain suka bertanyakan soklan sama yang berulang-ulang pada aku ''eh Qaseh pandai tak sebut nak gi sana sini'' atau '' napa tak pernah dengar suara Qaseh ni '' dan blablabla..walhal aku dah pernah bagitau banyak kali.
ya kalian bertuah anak kalian boleh bercakap dengan baik maka janganlah nak sindir-sindir atau sengaja bertanyakan soklan yang aku tak mampu nak jawab.

Jadi macam mana cikgu-cikgu nanti berdepan dengan Qaseh???
Hal ni sangat merisaukan aku sebab hanya aku seorang je paham macam mana nak berhubung dan berinteraksi dengan Qaseh.
Ok kembali kepada kejadian pagi semalam..semasa sampai di sekolah Qaseh dah mula takut-takut dan malu lebih-lebih lagi ramai orang lelaki(bapak bebudak) yang ade kan,dia taknak masuk dalam kelas dan nak ikut aku balik..puas pujuk dia memang taknak.

Aku ingat nak teman Qaseh sampai balik sebab ini bukan sahaja hari pertama dia masuk tadika tetapi ini juga hari pertama dia akan berpisah seketika dengan aku  dalam hidupnya..memang tak pernah berenggang mahupun berjauhan apatah lagi dijaga orang lain mahupun sedara mara.
Tetapi cikgu minta aku balik umah dulu..nanti-nanti boleh jenguk tengok cemana..kalau aku ada lagi susah dorang nak uruskan Qaseh so aku akur walaupun ada banyak perkara aku nak suarakan.. :(
So aku bawak Qaseh main buai kat luar kelas dan minta seorang cikgu jagakan..lepas tu aku berlari masuk dalam kereta..aku perasan Qaseh kejar aku sambil meraung kat pintu pagar..nampak dia melawan kemain cikgu sampai 2 orang dok pegang dia..

Saat tu naluri keibuan aku sangat tersentuh..menangis-nangis dalam kereta melihat situasi itu tak sampai hati aku dibuatnya tapi abah Qaseh kata suruh aku keringkan hati je.
Memang tak senang duduk aku dibuatnya tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada cikgu..tapi takda pun..so pukul 12 pm kiteorang jemput dia.tak sabar-sabar aku nak peluk Qaseh huhu..
Cikgunya bagitahu Qaseh memang asyik menangis je kejap-kejap je dia diam dia cuma nak duduk atas riba seorang cikgu yang muda tak mahu  dah orang lain.

Balik sekolah semalam Qaseh kelihatan letih dan berpeluh-peluh..dia macam nak mengadu macam-macam heheh..Aku tanya tentang sekolah hari tu dia cuma dok sebut ''kawan...bai kawan-kawan''
Hari ni hari kedua..dan drama sudah bermula sejak pagi hari Qaseh takmahu bangun dan menangis mengamuk..dia taknak ke sekolah hurmmm..

Tapi hangkut gak dia masuk bilik air dan siapkannya..aku tak ikut hantar Qaseh hari ni sebab tak sanggup tengok dia menangis.
dan yeaa..abahnya kata dia menangis meraung-raung lagi..aku yang kat umah turut menangis ..sobss hihihi
Cikgu lak mengadu Qaseh tak boleh berkomunikasi dengan baik..diorang tak paham Qaseh dan Qaseh juga tak memberi respon pada dorang..
hurmmmmm.. :(

Sedikit tentang masalah Qaseh
# terlalu takut dengan suara garau lelaki dan nenek-nenek tua
#tak pandai berkomunikasi dengan baik
#jika ditanya siapa nama dan lelain dia akan buat bodoh sahaja atau menjawab dengan bahasa Jerman aka tak tahu apa dia cakap.
#MIL aku cakap masa suami aku seusia Qaseh dia juga jenis berat mulut dan tak pandai bercakap..memang jenis lambat bercakap.
#Qaseh sebenarnya suka bersembang dia selalu hulur mikrofon mainan pada aku dan bertanya dalam bahasa yang sukar difahami ala2 wartawan..biasanya aku layankan je.
#Dia boleh mengikut dan mengajuk perkataan yang kita sebut tetapi tidak boleh membina ayat.
#Beberapa kenalan bagitau masalah Qaseh sebab dia kurang bergaul dengan kanak-kanak lain dan insyaallah bila bersekolah masalah tu akan dapat di atasi hurmm.

Namun disebalik masalah itu Qaseh sebenarnya anak yang mudah dijaga selain jarang jatuh sakit sejak baby lagi Qaseh jenis yang jarang sekali buat perangai bila nak tidur malam.Tak kira lah kami balik lewat malam ke balik meredah lalu hutan sana sini ke bila tidur malam dia takdelah mengamuk menangis macam sesetengah budak kan..asal malam meraung-raung menangis sampai mak pak tak cukup tidur.
Qaseh juga pandai nak guna komputer dan gadjet-gadjet lain tak pernah dia menyebabkan komputer atau handphone jadi hang ke apa..walau tak pandai membaca tapi dia tahu je mana nak tekan pangkah,nak klik ok ke apa..termasuk nak cari video-video kegemaran bila dia buka you tube dan semua itu aku tak penah ajar pun dia.

**sesapa jika ada tips dan panduan untuk aku menangani masalah komunikasi Qaseh amat aku alu-alukan.Sebelum ni setiap kali aku nak bawak jumpa Pakar Terapi dan sebagainya,Qaseh tetiba menunjukkan perkembangan yang baik macam tetiba tak takut dah ngan orang pastu nampak macam dah mula nak bersembang jadi aku pun tak jadi nak bawak jumpa doktor kan..Tetapi aku risau lak kalau dia masih takleh berkomunikasi dengan baik kat sekolah, sebelum cikgu menempeleng anak aku eloklah aku melakukan sesuatu..ni pun pi sekolah aku terpaksa pakaikan diaper sebab takut dia tahan kencing dan tak reti  bagitau nak ke tandas di sekolah walhal dia dah pandai kencing sendiri cuma nak berak dia je dia mahu berak atas diaper tidak dia akan menahannya tu pun aku bagi dia berak atas cloth diaper memang tak beli dah lampin pakai buang.
(Qaseh mekap muka sendiri guna magic color letak kat mata ala2 pakai eye shadow)

Maaf karangan panjang..lama tak mengarang

7 ulasan:

♥cikmOt♥ berkata...

hurmm...camner nak bantu ye...
rasanya sesapa yang tahu gimana nak menangangi masalah cam gini. leh la kongsikan kan...

Yaati Nor berkata...

saya rasa cpn nurul boleh bawak Qaseh rujuk ke hospital pakar kanak2 kat HKL.kat sana pakar dia bagus..cuba tgk cara dia pegang pensel mcmn?sebab dari cara pegang pensel boleh tahu budak tu ada masalah ke tak..apa2 pun CPN kena tabah..kdg2 org yang bertanya tu pun tak tahu apa2 dan tak paham perasaan ibu lain..

Dr K berkata...

hahaha..part "terlalu takut dengan suara nenek2 tua " tu yg saya tergelak baca...

Sabar ya dgn perangai manusia yg 'terlebih ramah/bizibody/kepoh' sibuk tanya2 pasal Qaseh...

Tak beritahu awal2 ke dgn cikgu tadika Qaseh tentang masalah dia?

So, mmg tak pernah bawa Qaseh kepada mana mana pakar kanak2 utk di evaluate? Pendapat ikhlas saya, perlu bawa Qaseh..utk di periksa secara teliti hearing system nya, speech system nya...Saya tak mengatakan Qaseh pekak/bisu(macam awak tulis), tapi itu standard procedure basic yg perlu dijalani terlebih dulu...

Dr K berkata...

By the way, kalau duduk sekitar KL, boleh ke Institute Paediatrik HKL utk rujuk kes macam Qaseh ni...di sana ialah pusat paeds terbaik di negara kita

Cik Puan Nurul berkata...

tengs atas semua cadangan
Qaseh ni kidal cara dia pegang pensel mcm org kidal peganglah huhu
Oohh Tengs jauh lah plak HKL tu..takpe akan cuba ke sana..memang plan nya nak pergi rujuk dihospital tapi dengar org cakap dia ok normal cuma kena byk bergaul tu yg xpegi2 jugak huhuhu

Yaati Nor berkata...

xpe plan2 la..tp mintak dulu surat rujuk dari klinik mn2 baru senang HKL nak proses kot..

Unknown berkata...

Hmm susah nak kata..kdg boleb jadi dilema. Bila nak kata everthing-is-normal..maybe lain budak lain development.nya..tapi jauh disudut hati..ttp terdetik..what if klu b betul ini ini bla bla...mcm azri dulu..lambat sgt nak start ckp..dak2 sebaya dia sume dah petah sebut mak abah mama papa dan mcm perkataan lain..dlm tempoh tu mcm2 aku fikir...nak bawak gi speech teraphist pun ada..last2 dia boleh je ckp mcm dak2 lain...sampai naik rimas n advance lak vocab dia...now izzet dah nak masuk 2 tahun pun..satu hape pun x leh sebut lg..asyik tunjuk..bunyi erk erk erk...hehehe mcm abg di a dulu..kesimpulannya...bagi dia masa..give them some exposure skit demi skit...insyallah oklah tu kot...cuma cpt atau lambat je...aku pernah dgr pakar speech kanak2 kat tv dia kata as long kanak2 tu leh faham arahan..klu kita ckp kat dia..it should be fine and normal...pape.pun ikutlah instinct keibuan kita..chewahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...