Mereka Yang Terbaik..!

1/28/2011

Kawan baikku yang kacak bergaya

Walopun acik ni tak ramai yang sayang..tak begitu diperlukan orang tak ramai yang mencari bila senang tapi bila susah gheti lak mencari ..namun begitu masih ade yang menyayangi acik seadanya..lain tak bukan fresh dari perut..jeng..jeng.. Beliau seorang yang suka bergaya dan selalu perasan kacak..mana tak tumpahnya kekacakan kalau tidak ke muka ye dakkk..pojaan malaya gituuu..bila rambut ko nak panjang mengurai nak barula terserlah kekacakkan mu itewww..
sudah berusia 2 tahun 4 bulan masih mahu tidoo bawah ketiak mak,rajin membantu mak didapur..suka makan spagetthi carbonara,tak suka pakai seluar dan selimut memalam kerana lemak dibahagian peha yang berlipat sudah cukup 'memanaskan'..
beliau juga suka menari dan menyanyi,mengusik maknya dengan menyembunyikan barang-barang kesayangan si emak,suka shopping dan jenjalan..sangat nakal suka main air dan mandi lelama,suka pakai baju seksa seksi kalau boleh nak kemban cam artis gik majlis anugerah..
suka pakai mekap terutama bedak muka dan lipstik malah berangan-angan depan cermin sambil muncungkan mulut..sangat suka dengar maknya bacakan buku cerita,pandai memujuk..


  • bila mak sedih..Qaseh akan peluk mak dan tepuk-tepuk belakang mak sambil mengomel2 seolah sedang memujuk pastu siap sebut''lailahaillallah''tetiba cam nak mendodoi lakkkk.

  • sejak dulu kalau cakap 'salam' dia akan amik tangan mak dan cium..kalau suruh baca Bismillah akan tadah tangan.

  • suka peluk dan cium pipi mak,kalu cakap''sayang mak''dia memahaminya sebagai cium pipi kiri kanan dan peluk kuat-kuat.

  • kalau menyusu dia tak lupa nak ajak Pinki dan Bear(patung bear ) dia menyusu sekali kira cam tanderm nursing la.

  • dah pandai membebel dan memujuk Pinki dan Bear,kalau depa 'degil' Qaseh akan campakkannya dalam sinki sambil marah-marah hukss.

  • masih pelat bercakap namun ada gak beberapa perkataan yang dia boleh sebut dan cuba untuk sebutnya.

  • suka meniru orang cakap kat telefon,pegang remote tv buat macam mikrofon,dah pandai pakai kasut sendiri,tiru orang solat.

  • suka ketawaa kuat-kuat,suka baby lelaki sajoook..yang pompuan suka gak tapi gitu-gitu je.

Banyak lagik tentang kawan baik acikkkk ni nanti cite bebanyak orang muakkk plakkannnn..:)

1/25/2011

Periuk percuma

Minggu lepas encik suami ade annual dinner..macam biasa mesti ade lucky draw kan so..jeng...jeng dapat piyuk percuma hukhuk..periuk lagik hehe tahun lepas dapat set periuk gak..memula ingat rice cooker yang biasa-biasa tu rupenya multi function rice steamer..okla tu memang dah lama idamkan periuk nasi baru memandangkan periuk nasi yang ade ni cap ayam punye beli masa dalam pantang dulu sebab periuk nasi yang sebelum tu rosak..tak daya nak masak nasi guna dapur gas nak-nak dengan nak layan anak kecik kang lupe lak hangit nasi kat dapo.. memula ingat periuk ni cikai-cikai je sekali tengok harga..mak aihhh boleh tahan gak huhu..kata encik suami ramai gak member-member kat opis dia minta tukar hadiah huhu..yang best kalau cabutan bertuah ni semua orang dapat hadiah yang beza saiz atau harga jela..



besar gak periuk ni kapasiti 1.8 liter boleh la kan..tengok kat google ada kaler merah mesti cantik yang ni gold kot huhu..



ade dua periuk dalam nya..ni periuk dalam dan penutupnya



pinggan pengukus..kira leh masak memacam nasi kukus,kek,kuih muih dan lauk pauk.




ni rupa periuk luar..gamaknya leh goreng lauk kot dalam ni huhu..tak pernah guna periuk stim cenggini ada sesape pernah guna dak huhu..mungkin pasni leh la buat nasi ayam ke apa..memula ingat dapatla periuk tekanan ke ape ni pun dah kira ok kan..







1/24/2011

isnin yang damai..hidungku buat hal plak

Tak berapa sihat..asik duk hacummm..hacummm je start hari Sabtu lagik hukkss,tu la lenkali jangan mandi memalam padahal sebelum ni penah je mandi memalam nak-nak kalau time peknen badan asik panas je 2-3 kali mandi hahahah..malam tadik serius rasa tak berdaya sangat sebab takde ubat selesema bantai je ubat air Cik Qaseh hukhuk..minum 2ml je kot tapi kesannya aduiii langsung lena tak sedarkan diri..biasanya saya ni jenis bangun malam 2-3 kali sekali penangan ubat selesema ni walopun secoit je diminumnya sedar-sedar dah pagik je..

Kalians nampak tak apa ni..ni cucuq udang buat minggu lepas minggu ni baru nak gitau ahakss..kenkadangkan kalau tak lalu nak makan nasi saya buatla cucur udangla,mi goreng ke apa..asalnya nak buat nasik impit tapi tetiba malas nak tunggu lambat so buat cucur udang je..yang pasti mesti kuah kacang sebab saya ni memang penggemar tegar kuah kacang apa sahaja menu yang membabitkan kuah kacang memang saya suka tak kisah versi apa pun.Saya pernah buat kuah kacang yang dimakan dengan gado-gado memang lain sangat rasanya sebab buh limau kasturi dan kicap selain cilipadi tapi saya tetap suka.Kalau cucur udang lak tak suka buat yang kembung-kembung buh soda bebanyak tu,macam orang meniaga buat pastu banyak je minyak saya lebih suka buat ala jemput-jemput je atau bakwan(macam cucur gak banyak taugeh dan dimakan dengan cilipadi,mknn org seberang)


Hari ni nak share tentang resepi kuah kacang peberet saya ni..sebenarnya tak ingat berapa banyak kali saya melakukan ujian makmal ececeh tuk dapatkan kuah kacang yang super duper mabeless..banyak kali tau asal makan kat rumah orang dan rasanya sedap balik umah mesti nak terai sampai puas hati..tidak kalau tak puas hati gak(mengikut piawaian lidahku,orang lain rasa dah puas dah)pipi ni rasa macam kene tampo je nak-nak kalau semalam kita baru hidangkan kat orang kuah kacang arini bila bertandang ke rumah orang tu plak dia gik hidang kuah kacang yang lagi mabeless daripada yang kita masak ..sobsss serius rasa cam kena sindir je hukhuk..

okey ni bagitau resepinya mungkin kalians ade resepi yang lagi hebat takpela boleh share gak kan..

Resepi Kuah Kacang mabeless(setelah dibuat ujikaji berpuluh kali)


Bahan-bahan

100-300gm kacang tanah(agak-agak je ni pasal tak timbang pun)digoreng dengan minyak seperti buat kacang goreng tu,kulit ari2 tak perlu buang.

Bahan-bahan yang dikisar

-5 biji bawang merah

-3 ulas bawang putih

-6-8 batang serai(saya guna 8 batang sebab serai saya agak kecut)

-lebih kurang 2 inci lengkuas

-10-15 tangkai cili kering(yang telah direndam/rebus ngan air panas)

-kira segenggam udang kering atau sedikit belacan pon boleh

Bahan-bahan lain

-sedikit air asam jawa

-gula nesan/gula melaka(saya guna sekeping)ikut korang kalo rasa masih kureng leh lebihkannya

-1-2 sudu gula perang

-garam secukup rasa

-air ikutla banyak mana nak bubuh asalkan jangan cair sangat atau pekat sangat


Cara-cara

-kacang tanah yang dah digoreng tadik dikisar hancur boleh asingkan separuh kisar halus separuh lagik kisar kasar tapi saya kisar halus je semua atas permintaan encik suami.

-tumiskan semua bahan kisar tadik dalam kuali sampai naik bau dan pecah minyak.

-kendian masukkan air asam jawa dan air lalu kacau sekali sekala sampai mendidih.

-masukkan pula kacang tanah,gula perang,gula melaka dan garam.kecikkan api dan kacau selalu sehingga kuah pekat .


*kacang tanah sengaja digoreng dengan minyak dan tidak dibuang kulit ari2 untuk mendapatkan warna kuah yang menarik(petua MIL saya)

*penggunaan serai yang banyak dan gula melaka akan menyedapkan lagi kuah kacang.

*harus dimasak lama dan dikacau selalu di atas api yang kecil.

*lebih enak dan mabeless jika dimasak sehari sebelum dijamu kepada orang,lagi banyak kali diperhangatkan lagi sedap.kalau pekat boleh campur air.

*boleh juga dicampurkan dengan daging yang dipotong kecil(sangat sedap)


Kalau kalians pun ade rahsia nak dapatkan kuah kacang yang mabeless jangan kedekut nak share petua ke apa yekkk..nanti leh acik terai huhu..
P/S:eeew.. mencik tul tau kalo selesema or sakit tekak ni mesti kahaknya berdarah nape ekkk..selalu cenggitu.



1/21/2011

Mintakkkkk Perhatiannn..

Sehari semalam aku dan xclassmate merayau-rayauuu...semalam cuti umum tanpa plan kami merayau-rayau tanpa tujuan eceh menuju ke sebuah pantai peranginan yang terkenal di pantai barat Malaysiaaa..
maka hari ni sesapa yang pernah menginap di mana-mana tempat persinggahan yang terkenal di pantai barat itu sileer promot padaku kediaman yang terbaikk..

pada semua bekas-bekas rakan sedarjah,sekelas,sekolah,boipren,sekendeless..atau rakan blogger sendiri sile menghubungi saya pada kadar segera jika kalians mempunyai kelapangan tak tau nak pi mana pada cuti umum yang akan datang pada bulan februari ini

sekiannnnnnnnnnnn...

1/19/2011

Benarkah susu saya tidak cukup?

Terimakasih kepada MommaMia yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..ni ayat yang dikopi pes daripada kiriman sms MommaMia.



''nurul alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.'



Menurut Suhaili(si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya.

Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut memberitahu bahawa Suhaili mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya)Malah dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan Kamariah dr susuibu.com siler rujuk link ini



Kadangkala dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!)Nasihat saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu, pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6 kali atau lebih. Selain dari itu, perhatikan juga pertambahan berat badannya. Jika naik secara normal, ini bermakna bayi memang mendapat cukup susu.

**Rujuk pusat perubatan berdekatan untuk mengetahui pertambahan berat badan bayi anda.



Tentang masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz..itu adalah keadaan normal bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.



Jika bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka menghisap.Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3 hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang seterusnya susu peralihan mula keluar. So payudara si ibu akan mula bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu.Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya kenyang.Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.





Suhaili ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.Sememangnya ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang,pernah seorang rakan saya yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. Namun jika si ibu merasa perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dan arif tentang hal ini.



*Tidak semua pakar perubatan adalah mereka yang pro tentang penyusuan susu ibu lebih-lebih lagi jika bukan dalam bidang pengkhususan mereka maka sebaiknya berjumpalah mereka yang sememangnya pro tentang penyusuan ibu.

1/18/2011

Saya bengang dengan makhluk ungu tuh..

Hari ni lewat menjengah belog..bangunnya kemain awal tapi ni baru leh nak membalas emel bagai dan mengurusi kerja-kerja 'opis'(dan..dan je kan) sebabnya budak kecik tu bangun awal pulok sesubuh hari dah bangun haissh kalau beliau ade jangan harapla nak berbelog bukan apa nanti kena berebut dengannya pulokk..seronokla beliau pagik tadik bangun awal boleh merempit naik motor ngan abahnya gik kedai sebelum abahnya gik kijee..maklumla abahnya manjang sibuk akhir-akhir ni weken lepas je budak kecik sedih(padahal maknya yang lebih) tak dapat gik memana sebab abahnya kije full sampai tengah malam harus rerajin katanya tak lama lagik Tahun Baru Cina meskipun kita tak beraya tapi bos beraya maka kalau bos senang hati kita gak yang terkena tempiasnya hahaha.. so demi mengubat kesepian kami anak beranak abah Qaseh belanje kami makan..kekdahnya makan kat restoran Village View(tempat biasa) cuma kat cawangan lain je yang tak jauh dari Hentian Kajang tuh biasa makan kat Sungai Ramal tu takpela mana-mana pun sama hukhuk.. chicken boxing peberet abah Qaseh..sejak 6 tahun lepas tah bila bini dia nak buat asyik tangguh je kan hukhuk

nyummmm..nyumm kerabu ikan bilis ni yang best selalu kalo kat restoran Mali kat Kajang tu dia campur mangga sekali ni tak tapi still pedas terangkat..lama tak buat kerabu mangga harus ni buatnya..kami makan tomyam pedas gak haritu...tuk cik Qaseh roti telur nak roti pisang dah abis pulok.

ntah mimpi bende selalunya saya jarang minum ais kalo makan kat luar biasa mesti amik yang suam-suam kat rumah pun jarang minum ais dan-dan hari tu leh lak minum ice blended mocha ni hikhik..sebenarnya nak minum lai chi kang suam tapi non adooo pulakkk..not bad sedapp gak tapi buat daku semput dan kelelahan hahaha xmo dahla minum ais hukhuk.


hah nak tau makhluk ungu mana hok saya hamun tuh..sape lagi beliau nilahhh...





Kenapa..?sebabnya salahku jua memperkenalkan dengan cik Qaseh maka beliau hari-hari bangun pagik sibuk nak buka PC layan video Barney ni nyanyi tu belum dia godek-godek video dia masa dia kecik debab dulu pastu gelak sorang-sorang..maknya nak pinjam PC tuk hapdate belog pun tak boleh sebab lagi mudah kalo hapdate guna PC,kerana pandanganku lebih terang tapi sekarang ni susahla dah kena kongker dengan beliau,la ni abih jahanam lak keyboard dibuatnya duk ketuk-ketuk bila bengang video Barney dia dah abis..ni duk pikir harus ke idak nak beli CD Barney kat beliau huhuhu..


1/17/2011

Adegan yang tak ingin kita lihat..

Okey..ni cite dah agak basi kiranya..ala tahun lepas punye cita la..tahun lepas pun baru beberapa hari je pun kan berlalu..cite masa kat umah FIL kat Jengka..aksi-aksi yang jarang acik lihat.. Budak kecik ni memang pantang sungguh nampak gadjet-gadjet canggih sibukla beliau nak mengusharnya..kalo perlu menggoda harus beliau lakukan asalkan dapat menatap lantas bermain juga menjahanamkan sekalik hukhuk..sementelah Si Betis Besar haremm jadah nak pedulik dengan godaan Si Budak Kecik yang cuba mengendeng..


agak bosan menunggu puas sudah mengurut-ngurut kepala Si Betis Besar tapi masih tidak diberi peluang..

eh..makin rapat plakk...layan jela itik penyek ni..last-last setelah lama menunggu.. Si Betis Besar
menghulurkan mende alah yang sejak tadik jadi idaman kalbu ''nah..bateri dah abis'(nada pelat)

bengang lahh Si Budak Kecik yang menunggu kemain lama...huwaaa.. jeritan nyaring kedengaran petang itu memecah kesunyiann ecehhh..lantas mengganggu tidoo dipetang hari yang kedinginan.


Nota Penting!

Si Budak Kecik=sepupu Betis Besar

Si Betis Besar=sepupu Budak Kecik

gadjet idaman=henpon moksu depa


Nota Sendu:Pagik ni berderai air mata,hingus segala sebab membaca kisah sedih kehidupan seorang wanita juga seorang ibu yang pernah menyayangi seorang lelaki yang kasihnya telah beralih arah bukan pada wanita lain tapi pada betina lain.


1/14/2011

Ilmu yang hampir lupa untuk dikongsikan

Salam Jemaat..hari ni saya nak bagi kuliah Jumaat sat sapa nak dengar angkat ketiak memasing huhu..kalo sebut ceramah ke apa mesti tak da sapa nak dengar kan lainla konsert tak offer pun dah ade yang relakan diri tuk join ye tak..saya hampir terlupa sebab banyak perkara berlaku akhir-akhir ni..seperti biasa bulan lepas aka tahun lepas la kiranya..Support Group Meeting(SGM) ataupun pertemuan kumpulan sokongan ibu-ibu telah berlangsung dengan jayanya di port biasa Tasik Chempaka Bangi(skema abis) tajuk yang sangat menarik iaitu Educating People Around Us On Breastfeeding ..saya juga telah diberi kepercayaan oleh Puan Kamariah untuk jadi moderator hari itu..aduii memula tu segan gak sebab takut Qaseh buat hal tapi dah awal-awal pagi beliau dah minta katanya''cubala...'' maka acik selamba kodok gakla muehehehe..

Satu perkara yang saya harapkan kiranya ada muka-muka baru yang hadir SGM akan datang nanti dikalangan rakan blogger saya ni huhu..mehla tak kira anda seorang ibu yang menyusukan ke,tak menyusukan ke atau bakal ibu ke jomla ikut serta..jangan segan bukan kena bayar pun yang penting dapat share ilmu kat sini kita santai-santai je tak perlu risau jika kalians tak tahu pasal susu ibu ke apa..pandangan setiap orang yang hadir amatla penting. Ni hasil bentangan kumpulan saya tak siap lagik time ni..banyak input yang saya dapat harini pandangan daripada ibu-ibu yang baru join,bakal ibu pun ade..kagum dengan semangat diorang ni taklupa gak dari ''otai-otai'' lama yang tak penah menyepikan diri sentiasa menunjukkan muka berkongsi ilmu.

Akak baju purple tu baru pestime join suami dia pun eksaited gak nak join kumpulan bapa-bapa..baguslah time tengah peknen ni la yang sepatutnya ilmu digali sebanyak yang boleh.


Ni pembentangan daripada kumpulan bapa-bapa..untuk pengetahuan korang abang baju itam tu baru pestime gak join isterinya dalam kumpulan saya masih study kat UIAM katanya..kagummm saya ngan abang ni dia bercakap kat depan tu punyala lama,panjang lebar dia beri penerangan..susah nak jumpa kaum bapa yang peka tentang penyusuan ibu harap semangat brother ni berpanjangan la yek jangan nanti warm-hot chicken shit udahhh huhu




seperti biasa posing jangan tak posing...


Secara keseluruhannya sememangnya satu cabaran yang amat besar bila kita ingin menyampaikan ilmu tentang penyusuan kepada orang yang berada di sekeliling,penyusuan itu sendiri adalah satu cabang kecil dalam dunia perubatan perkara yang terkadang tak begitu di ambil tahu sedangkan ianya begitu penting sebenarnya.Saya sendiri berdepan dengan bermacam kerenah dan dugaan ade yang hingga mengguriskan hati dan menitiskan airmata.Niat saya hanya satu untuk berkongsi pengetahuan kepada orang lain sebab saya sendiri pernah mengalami kesukaran di mana tiada tempat untuk mengadu masalah hanya kesabaran hati yang menguatkan keyakinan untuk terus menyusukan anak sedangkan ketika itu orang di sekeliling langsung tidak memberi sokongan.Saya pernah ditertawakan ketika mahu mengikuti kursus Peer Counselor dulu sebab saya beritahu saya akan memberi bimbingan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan secara sukararela dan percuma..salahkah membuat kebaikan secara percuma?segala-galanya perlukan duit tapi duit bukanla segala-galanya..


Untuk mereka yang selalu berterimakasih dengan ilmu yang saya share di blog ni saya ucapkan terimakasih kembali ternyata kalians sangat sporting dan merendah diri.Bukan semua orang bersetuju dengan apa yang saya cuba sampaikan,saya tahu semua orang telah melakukan yang terbaik tuk anak-anak kalians tak kirala samaada kalians menyusukan atau tidak.Jika kalians tidak menyusukan anak dengan susu ibu atas alasan yang tertentu itu hak kalians saya cuma menyampaikan apa yang benar mungkin orang lain melihat pada sudut perspektif yang berbeza.Begitu juga dengan penerimaan orang bukan semua orang mahu mengakui kesilapan diri, bila keegoan memenuhi diri maka apa yang orang lain cuba sampai kan akan disalahertikan dan diputarbelitkan fakta..ini perkara yang normal hari-hari pun berlaku.


Pilihan ditangan kalianss..terima atau tidak terpulangla yang penting nawaitu kalians tak tersasar dan bukannya hangat-hangat chicken shit..tapi jangan rasa rendah diri kalau tak berjaya..kegagalan hari ni tak bermakna untuk selamanya..daripada kegagalan kita bangkit menuju kejayaan(ceh..jangan muntah ijau)


Jom kalau berminat nak share ilmu jangan lupa mai Tasik Chempaka Bandar Baru Bangi 23hb Januari 2011 ni..bawakla anak,suami bibik or sape-sapela yang nak ikut.


psstt ade'sesuatu' akan diberikan untuk komen yang terbaik pada entri ni..bukan janji tapi pasti!




1/13/2011

Lawatan ke klinik sambil belajar..

Hari ni kelewatan sedikit menjenguk belog picisan ini dan belog kenkawan..sebab kena bangun pepagi tau eh saya memang bangun pagi..Qaseh la kena bangun pepagik muahaha biasakan anak dara sorang tu bangun lambat maka harini harus paksa rela bangun awal sebab nak gik klinik kesihatan,kali ni harus pergi sebab dah banyak bulan asyik tangguh je..kang membebel lak nurse..biasa appoitment kiteorang sebelah petang tapi kali ni pagik pulokk..lemauu betul kalo nak gik klinik ni memandangkan orang kemain ramai..tapi gigihkan jugak takde maknenya nak gik bawa anak checkup kat klinik private ke mende kalau sekadar pemeriksaan biasa-biasa gini..dah gomen bagi kemudahan free gunakan jela sebaiknya idok takde maknela bayo cukai pintu bagai,cukai pendapatan dan bermacam cukai itu ini..udah kelaut pulok membebel..

Tapi kan tadik mujur la tak lama meskipun banyak la step nak kena ikut sekejap jumpa nurse pelatih,kang jumpa nurse pulok cuma tak jumpa doktor dan arini tak payah beratur amik ubat..yahooo tidak lagik lamala duk kat sana..tapi ade drama sebabak yang menarik tau(dan..dan)ekceli bukan drama tapi nurse bahagian pergigian nak bagi sedikit penerangan bergambar tentang perjagaan gigi susu kanak-kanak..maka banyakla soklan-soklan ditanya.Pastu kan nurse tu macam tertarik apabila mengetahui yang Qaseh masih menyusu badan dan qaseh juga hanya mengambil minum susu segar dalam kotak tu(bukan susu formula) time sarapan,biasanya saya campurkan susu segar dengan malt coklat seperti milo atau seangkatan dengannya.saya biasa pakai susu segar jenama Magnolia yang biasanya biasanya kalo kat Carrefour tu duk kat bahagian frozen sebab susu segar jenis ni dia punya expired date dia lebih kurang 2 -3 minggu maknanya kurangla kandungan pengawet didalamnya kalau yang expired date nya tahun depan baru abis paham-paham sendiri la kan...

maka situasi bertukar dimana saya plak yang beri penerangan dan nurse itu plak mendengar muehehe..udah terbiasa terbawak-bawak plak.

Gambar tiada kaitan dengan entri tapi mereka ini ade kaitan ngan saya..ekekeke..depa ni sebahagian daripada FIL saya datang jauh dari Negara Pahang untuk melancong ke Negara Selangor coti sekolah baru-baru ini.Maka kami bawakla gi nengok pokok-pokok yang berlampu itu.Time coti sekolah je depa ade chance nak mai sini sebab ibu mertua ku tu ustazah merangkap cekgu besar sekali mengajar kat sekolah agama rakyat tuk bebudak sekolah rendah tu..

1/12/2011

Kurus mengaku gemokkk..

Serius..aku rimas dengan makhluk bumi yang suka bagitau orang dia gemukkkkk tahap anak gajah padahal berat dia bawah 50kg..aku tau bape berat anak gajah tuh..

Kalo berat engko bawah 50kg dah sama berat ngan anak gajah abis aku ni...?sah..sah dah sama cam raksasa kan..

Terhina aku tau bila orang kurus rasa dia gemokkk..sebab aku yang baru nak perasan kurus ni rasa macam sengal sangat tau..

Ade sorang makhluk bumi ni suka sangat cakap dia gemokk la,tembam la,anak dia komen dia gemokk la memacamla last-last aku dah bertemu empat mata ngan beliau..zasss takde rupe cam mak orang pun cam budak tingkatan tiga adalah..tang mana gemukk pun aku tak tahu dahla hari tu dia pakai baju yang agak ketat sedikit lantas menampakkan susuk tubuhnya slim dan seksi meskipun dia baru je 2-3 bulan beranak anaknya yang kedua caesar lak tu..tapi perut dia flat wa cakap luuu..

So aku yang buta atau dia yang rabun atau nak menayangkan kat orang berat dia 48kg dah bising rasa cam gemokk sangat..

Seriusss aku lemass..sentap mak tau ngeee..dia memang kurus dan akan sentiasa kurus meskipun dah beranak pinak still nampak macam budak tingkatan tiga patutnya bersyukur jelaa kan..orang lain berabis beribu ringgit haremmm jadah nak kurus..lainla kalo dia tu kemetot tinggi pun 3 kaki takpun 4 kaki je aku kesahla jugak dengan berat tuh,ni sama inci je ngan aku..

Kalau dah masih buleh muat baju saiz XS dan S siler jangan cakap diri tu gemokk lain la aku ni masuk butik je baru nak pegang baju promoter mulut longkang dah sound..''kak..yang ni takda saiz besar semua kecik-kecik jerrr''

Cehhh...macam tau-tau je aku berminat ngan baju tu mana tau aku nak beli untuk orang lain punya ke langsung tak peka dengan perasaan orang lain..lain kali kalo nak jadik salesgirl ke promoter ke meh berguru dengan aku..ni tidak gigih nak masamkan muka bila nampak customer..

Ade sapa lagik rasa tubuh anokresia nervosa dia tuh macam body anak gajah..?meh pinjam cermin kat umah ni..cermin ni jujur dan mentipu orang.


Gambar takde kaitan dengan cerita..tapi ada kaitan dengan perutku..talapia masak sweet sour sempoi yang sempat di sediakan sebelum aku jenjalan kat jalan TAR ahad lepas..aku makan ikan murah je janji sodappp..

1/10/2011

Jalan TAR vs AJL

Okey semalam pecah rekod saya yang last jejak jalan TAR adalah sebelum kahwin..selama ni kalau gik hostel adik saya yang kat Bangsar tu dan mengkalau lalu ke KL saya hanya mampu memandang sajes bangunan Sogo yang tersergam indah itu,jangan harap orang tua tu nak bawak gi sinun..kalau nak gi soping KL naik motor dan komuter saje beliau mahu cehhh..maka semalam sampai gak daku kat jalan TAR nun memula kenkonon nak gi naik tren bagai dah elok parking keta kat stesen komuter pastu tak jadikla sebab time tu dah pukul 2.30 kang lambatlak balik umah so naik keta la jugak..KL tak jam pun parking takdela susah pun nak dapat semalam.Gik jalan tar beli satu barang je pastu balik,memula tu jeling-jeling gak selendang gipsi yang begitu memikat tapi orang tuh dah jeling tajam ngeee..lagipun dah janji nak beli yang dikehendaki sajok.


On the way nak balik rumah encik suami sibuk nak singgah kat Bukit Jalil..gigih menapak dari parking lot ke Stadium Putra Bukit Jalil sebab kat luar stadium tu ade siaran luat Hot fm.Ada Fafau ngan AG..masa gik tu dah nampak orang beratur berderet kat luar pintu masuk stadium tu padahal baru nak masuk pukul 5 pm gitu..


deejay kesayangan encik suami..Fafau,gambar di snap oleh sorang mamat yang poyos mengoffer diri tuk snap gmbo kiteorang pastu komplen2 lak kamera daku..taula kameraku ni takde hidung tunggula nanti..*macam biasa pic harus di crop*


Fafau duk rehat-rehat..



tak sangka lak baru tengok Fafau kat Melodi dan..dan terjumpa beliau plak..




deejay kesayangan beliau lagik..saya tak pasan pun mamat ni tapi encik suami nampak je padahal AG ni duk kat belakang khemah tu sambil borak ngan sapa tah..ok beliau ni tak sombong siap tanya kiteorang tak tengok ke nanti AJL.





layan jela beliau nak bergamboo..






iklan sat comelkan keta kelisa ni..









sape kenal ini pompuan sila angkat ketiak memasing...itu minah namanya Jena Jen nombor 2.Siap bawak bunga plastik lagikk..ade peminat gak weh beliau ni sebab ternmpak bebudak pompuan duk bergambo ngan beliau nih..kagum dgn minah ni punyala fanatik ngan kak Ziana,mana ada dia pun ada teringat dia miming masa kat konsert Mentor tahun sudah gila kentang sporting gilerr..lawak pun ade.






1/07/2011

Sesekali ingin jadik penerimaa...

Yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinya dibalas

walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi ingin sekali sekala jadi penerima

cukup dengan salam dan manis doa



Cehhh agak ade unsur kejiwangan sikit situ..ala suke ati la kan dah nama nya makhluk bumi sah-sah ada perasaan juga jiwa sentimental yang kental kan..

Ohh dah lama saya mau bicara soal ini..semalam saya jenjalan la kat belog sape tah lupe lak kan ade la dia bicara tentang giveaway dan contest..siyes saya sangat kagum dan respek kat depa yang mempunyai kelapangan dan gigih join giveaway atau contest ni sebab saya ni kalo hok senang-senang tuh sempat la saya join kenkadang tu dah plan dah nak join tup-tup halamakk dah expired sobss takde rejeki :(

Tapi takpe mana yang sempat kita join la kan..giveaway tu mudah sikit tapi tang contest cam susah sikit kan..saya sendiri pun penah anjurkan setakat ni dua giveaway dan satu contest jangan lupa salah satunya sedang berlangsung kat sini..tak tahu napa sukar nak gambarkan rasa macam seronok bila ade peserta yang menang dan terima hadiah kenkadang tu kan rasa malas nak letak due date dia lama-lama sebab tak sabar nak bagi hadiah tapi kesian plak mana tau ade yang tak sempat nak join so kasi peluang la jugakkan..barula adil lagik saksama kan..

Secara personal saya menganggap anjurkan giveaway atau contest sebagai sedekah ianya seperti berkongsi kegembiraan kita dengan orang lain.Contohnya macam kita dapat rezeki lebih ke,menang contest yang melibatkan hadiah yang super duper ke..so hati senang maka tak salah la kan kita share dengan orang lain kita hepi orang lain pun tumpang hepi gakk.Tak semestinya hadiah tu kena besar or mahal-mahal kan sesape pun asalkan menda tu namanya hadiah kalo dapat semua pun suka melainkan kalo orang tu tu jenis makhluk tak tahu nak hargai pemberian oranggg..ngeee tak shukee

Macam saya ni lak memang dari dulu kalau ade rezeki lebih memang suka nak share ngan orang,tapi saya tak suka orang meminta-minta biarlah saya ikhlas hati bagi seperais takmo orang call or mesej tanya nak hadiah besday ke mende tak suke gitu..saya jenis nak bagi secara dendiam bior memula orang ingat saya ni cam kedekut je atau lupa ke tup-tup nah..''seprais..! muahahaha kan lagik bes kalo gitu.bukan pe kalo ade permintaan bagai ni kalo tertiba terlupa atau tak dapat nak bagi ke kang orang berharap je mula la rasa bersalah je kan.

Eh dah kelaut lak melalut..sebenarnya tak salah pun nak buat giveaway or contest kalau kita memang dah konpem la nak bagi orang hadiah jangan tipu dah la yeak tak baik tau..lagik satu kalau boleh bagila hadiah yang paling kita suka dan sayang bukannya sebab lebihan sisa ke apa tak patut tau..mak saya selalu pesan kalau nak bagi sesuatu kat orang bagila yang paling kita sayang,yang paling elok dan paling kita suka maksudnya bukan la bagi insan yang paling kita sayang ke menda tapi cam nak bagi makanan ke bagi yang elok-elok la yang kepot-kepot atau hangit ke apa janganla bagi..yang hanjing pun tak sudi nak makan yang tu kita bagi sebab banyak sangat lebihan kat umah tak elok tau camtu.Contoh ade jiran saya ni dia nak bagi buah cempedak tau tapi dia buka sesiap buah tu pilih ulas yang elok letak dalam bekas takdela dia bagi sebijik cempedak sekali kupas buruk la plak penuh ulat kan..terus kempunan orang tak memasal.Macam saya sendiri sebagai penganjur giveaway dan sebagainya pun cuba sedaya upaya beri yang terbaik tapi kalo orang tak suke takleh buat apa la kan..

Malahan setiap hasil kerastangan yang saya jahit untuk customer tu pun selalula saya rasa berat hati nak packing dan post rasa sayang sangat apatah lagik kalo yang memang limited edition dibuat khas tuk diberi hadiah kat orang ye takk..



Cemana pun yang paling penting dan harus di ingat kita kenala hargai setiap pemberian orang..tak semestinya kena balas balik apa yang orang bagi atau pujian melangit macam pengampu sekadar ucapan terima kasih dan tunjuk kat orang tu kita suka dengan hadiah dia,contoh hantar gambar kita pakai baju dia bagi ke apa..takpun cam anak buah saya,hadiahkan dia baju dan-dan tu juga dia gik tanggal baju gik mandi terus pakai baju kita bagi tadi.Pastu asik nak pakai je baju tu..tapi tak semua orang camtu ade gak yang hati kering orang bagi hadiah dia letak merata je,kita lak gik kutip simpan leklok..ngee geram je.Sama gak ngan makanan kalo orang bagai janganla tak makan lak,paling elok depan-depan orang tu kita ngap hahaahah camtula cara nak hargai pemberian orang..

Sesekalik nak gak jadik penerima.. ucapan terima kasih..!



Gambar takde kaitan dengan drama sebabak dia atas.. tapi dua makhluk comel ni punyai kaitan antara satu sama lain..



p/s: Teringat kat sorang jiran kat kampung ni dia alim warak tapi tersangat kedekut,masa kecik-kecik dulu kalo nak mintak buah jambu air kat umah dia,dia just suh kiteorang amik yang jatuh berterabur atas tanah yang bercampur aduk ngan chicken shit belaan dia..baik punye jiran.

1/05/2011

Serius..rasa rendah diri yang amat

Pagi yang gelap kini sudah terang..panas boleh jemur baju tidak mendung je manjang..lately penyakit malas semakin menjadik-jadik muahhaha dan..dan malas..Qaseh semakin cerewet dalam bab makan yang saya perasan dia suka makan nasi dengan lauk yang berkuah seperti sup ayam,sayur masak lemak terutama labu kuning selain tu yang disukainya spagetthi atau pasta nak-nak kalo spagetthi carbonara..dan baru-baru ni saya terai buat spagetthi carbonara yang buh telur macam sesetengah orang penah buat tu,biasa saya tak buh telur dan hasilnya.. Gini ler ghupenya..abis gak dipelahap dak Qaseh ni..mudah je bahan-bahannya tapi time saya buat ni banyak bahan utama yang tak dicampur sebab wat pun tetiba je sebab Qaseh takmo makan nasi so saya kenala masak something yang lain kan.

Resepi Spaghetti Carbonara mudah

Bahan-bahan(untuk sorang budak kecik makan)

sedikit spagetthi tak kira apa jenis..saya guna yang jenis halus skit tu

udang dibuang kulit

sotong di potong kecil

sedikit cendawan butang dalam tin

whipping cream yang dalam kotak tu tak de pun takpe

sedikit susu segar

sos carbonara cendawan prego yang dalam tin tu(saya tak bubuh sebab dah habis stok kat rumah)

sedikit bawang putih dicincang

sebiji telur

boleh gak nak masukkan sayur seperti carrot yang dipotong dadu

minyak zaitun

sedikit butter

garam jika perlu



Cara memasak

-panaskan minyak zaitun dan butter sampai berbuih dalam kuali kendian masukkan bawang putih.

-kendian masukkan sedikit udang dan sotong.Kacau nampak dah masak sedikit.

-masukkan cendawan butang yang telah dipotong dan juga sos carbonara.Ikut suka nak letak banyak mana.

-sementara tuh pecahkan telur dalam mangkuk dan kocak-kocakkannya.Campurkan sedikit susu segar dan whipping cream(kalau ada).

-tuangkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali dan kacau rata dan terus tutupkan api.

-tuangkan ke atas spagetthi yang direbus tadi dan gaul rata.



Ada macam-macam versi spagetthi carbonara ni yang mudah ada yang susah pun ada terpulang pada anda janji anak-anak suka makan.



Sebelum tu dengan rendah diri saya menerima award yang sebetulnya tak layak saya menerimanya ahakss jauh tu mai dari Ostolia lagi..orang sebelah umah pun tak pernah bagi apa-apa kalau makan masakan saya selain angkat ibu jari ke atas mujur kat atas kalau ibu jari ke bawah tak ke harukkk terpaksa berguru ngan Chef Wan pasnih muehehehe..

Saya terima award ni daripada TopsyTurvyMum tengss bebeh pasnih siler bagi hat yang mengenyangkan perut plakk ekk..kecik pinggan hang bagi Stadium Bung Karno(dan..dan) hamba tadahkan.







Dah dapat award kena jawab soklan perah otak plak..pulakkk dahh layan jelaa jauh tu award ni nak kena naik flight lagi eekekeke



1. Sejak bila memasak dan apa masakan?

-Sejak kenal apa itu dapo gas muahahaha..dakla seingat saya paling banyak saya masak ialah tanah kesnya sebab suka sangat main pondok-pondok dan biasanya saya jadi mak.Suka sangat goreng tanah sebab bila kena api dia jadi kering cam biskut.Pastu selalu time ujan saya ngan abang saya akan main masak-masak bunga kertas dalam tin planta kendian tuangkan atas pasir yang diletakkan dalam bekas maka jadikla air batu campur kretip tak..rasanya masakan yang pes betul-betul saya masak ialah megi dan juga telur mato kerbau tak ingat umur berapa yang pasti lum baligh lagi(dan..dan)



2. Sapa galak memasak?
-Status saya sebagai perempuan memang menggalakan saya untuk menukarkan ikan-ikan dan sayur mayur dipasar bertukar menjadik hidangan yang lazat.Saya masih ingat masa form 2 saya dengan seorang classmate join pertandingan memasak cikgu kemahiran hidup la yang anjurkan.Masa tu ade 2-3 kumpulan lain join gak.Kiteorang masak nasi goreng biasa resepi macam mak saya buat pepagi.Nasi goreng kitaorang tak berhias cantek cam masakan orang lain tapi bila tengok muka juri(cikgu) menyuapkan nasi ke mulut saya dah dapat saspek kami akan menang nak-nak dia suap banyak kali lak tu..dan kami menang hari tu.Kejadian itu juga menggalakkan saya untuk terus rajin memasak..



3. Masakkan yg suka masak?

-Kalau ikut hati dah tentula nak masak yang mudah-mudah je..tapi kebiasaannya saya masak apa yang orang lain suka makan.So perut orang dalam umah ni yang menentukan apa yang akan saya masak hikss.



4. Tag org rajin jenguk blog:

-saya tak begitu tahu siapa yang rajen jenguk belog picisan saya ni..tapi saya anggap orang yang rajin mengomen kat belog ni sebagai insan yang rajin menyinggah la yea jeng..jeng terimala dengan seikhlas hati ye hakak-hakak sekelian

-elly & emmy

-mamalyna

-nani rostam

-yaati nor

Siapa pun anda..kalians adalah chef terhebat pernah famili kalians miliki...siler vangga dengan diri memasinngggg..:)..dan untuk silent reader yang selalu drop kat sini siler gak amik award ni..

1/04/2011

Rosak khayalanku..

Adehh mulut sakit..susah nak makan tensi betul..cepatla baik wahai mulutku perut ni dahla tak pernah kenyang kesian beliau tau..weh korang layan tak novel-novel melayu nih hiks..saya ni memang suka membaca stok novel kat umah ni pun dah tahap ala-ala library la kehkeh padahal dah tak banyak ade yang pinjam tak reti nak pulang haissshhh..

Kebetulan malam tadik tertengok cerita Trilogi Cinta kat TV1 pastu rasa macam pernah tengok cerita tuh kekdahnya rupanya drama tu diadaptasikan dari novel Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem..memang best novel ni siap ade sekuel nya lagi..hero dalam drama bersiri ni lain tak bukan pakcik Rosyam Nor,Pojiah Ghous jadi Norjinah,Amyza Adnan pegang watak Salmi,Siti Fazurina pegang watak Norseha adik tiri Norjinah..kalau buat drama bersiri ni ok la sikit sebab cerita dapat dikembangkan dengan baik tapi kalu dibuat filem tu yang hakak risauuu muahahaha.. Tapi saya ade gak dapat tahu yang novel yang berulang-ulang kali saya baca iaitu Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari pun di filemkan..pengarah yang mengarahkannya Osman Ali.Belum tahu cemana filemnya pasal belum ditayangkan lagi tapi saya suka gak ngan pilem Osman Ali contohnya Anak Halal tu..

Cuma tang pelakon tuh macam hakak tak berapa kenan je kuikuikui..mana taknya selama ni Hariz dan Izzah tu hidup dalam khayalan den je tak memasal bile dipilemkan terganggu lak dek muka pelakonnya..

Pelakon utama filem ni Aaron Aziz sebagai Haris,Maya Karin sebagai Izzah,Lisa Surihani sebagai Mila Amylia,Umie Aida sebagai Wafiah..hok lelain saya perasan ade Bront Palare pun berlakon.Sukar membayangkan Maya Karin sebagai Izzah sebab Izzah adalah gadis kampung yang mude belia sesangat tapi mungkin pengarah ada sebab tersendiri kenapa beliau dipilih..



Hurmm kalau diikutkan dalam novel cerita ni banyak babak lomentik tahap 18 sx yang boleh membuai perasaann...sukee sangatt Izzah yang inesen dan Haris anak orang kaya(ekceli anak pemandu dijadikan ank angkat orang kaya)yang berlagak dan panas baran.Novel ni bersambung-sambung kalau tak silap ada tiga siri malas nak cek dalam gobok simpanan novelku.


Lisa Surihani pegang watak Mila Amylia model dan pelakon yang akan jadik madu si Izzah ni nanti..kira watak antagonis la jugakk tapi bukan la jahat kijam sangat pun.Apahal pun kite tunggu jela nanti pilem ni ditayangkann...


sedikit sinopsis novel Ombak Rindu..

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Bagusla bila pengarah dan produser pilem pun dah mula nak adaptasikan novel ke filem..ala-ala hollywood gitu tapi kalau bleh biarla filem tu dibuat ngan bajet besarr baru la gempakkk,pelakon pun semua hebat-hebat..sebab sakit ati gak bila kita yang dah baca sesuatu novel tu pastu dah terbayang dah heronya cemana tup-tup sekali keluar filem hero muka jambu cannot go yang berlakonn...eiiiwww


Pesanan penaja:Tunggguuu filem hebat yang diadaptasikan daripada karya Ramli Awang Murshid..hero pujaanku tetap Adyputra,Remy Ishak dan Pahrin Ahmad muahahahaha kalau bleh nak hero yang muka kasar takmo jambu-jambu kulit putih melepak nih.






1/03/2011

Saya seorang yang sangat pemalu..

Sudah 2011..yeahhh maknanya makin tua la acikk kann..tapi takpe dengan air wuduk tanda-tanda penuaan tidak akan kelihatan..tapi bagi sesetengah manosia tu air wuduk bleh mancungkan hidung,runcingkan dagu lantas menghilangkan segala lelemaks dibadan..muahhahaa dashyat tuh..asal ditanya apekah rahsia anda semakin gojess jawapannya air wudukk sajokkk...

Eh dah kelaut plak..sebenarnyakan saya gerammmmm...sesangat ni nak luahkan perasaan ni,setelah semuanya selesai FIL dan selamat sampai kampung malahan kami pun dah selamat sampai sini..sebab Jemaat lepas kekdahnya dapat coti mengejut so kami pun pakat ikut FIL balik kampung sekalik memandangkan udah lama benorr idokk menjenguk ayam, itik, lembu dan juga kambing dikampung maka pulangla kami dari perantauan.Tapi isu yang nak diketengahkan di sini adalah mengenai anak dara kami yang terkena sindrom malu-maluan tahap gaban yang melampau..

Sebelum ni saya ade cerita yang beliau ni kan suka tutup muka kalau terserempak dengan tetangga,kekadang tu jiran depan buka pintu pun dia dah menyorok kat belakang saya sambil tutup mata.so hari selasa lepas masa FIL sampai umah tu derang dah call suruh buka pintu awal-awal sebab anak buah saya si Aiman dah tak menahan nak terkucil maklumla istana saya ni dah ghupe penjara banyak pintu nak kene buka so saya pun buka la dulu meskipun depa lum naik atas lagik pastu terus masak air..dan-dan tu gak Qaseh nampak je pintu terbuka dia pun apelagi lelaju gik pakai kasut pastu siap sedia nak melarikkan diri dari rumah tapi masa dia baru nak melangkah keluar telinga tajam dia terdengar bising-bising suara orang nak keluar dari lif sebab malu yang amat dia terus sembamkan muka meniarap atas lantai taknak pandang orang.Terkejutla FIL yang sampai tu tertanya-tanya kenapakah sedemikian keadaan si Qaseh.Saya pun angkatla Qaseh dan beliau terus melekapkan muka beliau ke bahu saya langsung takmo turun atau pandang orang.Berjam gak keadaannya sampai berpeluh-peluh dibuatnya.Rimas dibuatnya saya letak dia dalam bilik kendian dia tertido sensorang.Dia langsung taknak jumpa mak-mak dan pak sedara nya kecuali saya atau abahnya dan juga Aiman sebab Aiman tu dak kecik yang tua-tua semua dia taknak tengok terutama mak tok dia..Qaseh memang tak suka ngan orang tua tahap nenek dan datuk taktau la napa gerammmm betuii..

selama berhari-hari depa ade kat umah Qaseh masih bersikap gitu cuma kenkadang ok pastu duk melekat ngan saya asal bangun pagi je dia akan memerap dulu atas katil pastu tutup muka nak keluar bilik pun dia intai-intai dulu orang.

Perangai dia tu terbawak-bawak sampai la balik kampung mertua kat Jengka dia asik nak ikut bontot saya menjerit-jerit kalau orang lain nak pegang dia kecuali bebudak kecik baya dia je yang dia suka.Kiteorang balik tido semalam je kat Jengka kendian hari sabtu kami balik Lanchang plak umah mak pak saya,yang geramnya hari sabtu tu dia memang asik wat pangai menangis je, sebab dia tak sabar-sabar nak keluar umah bayangkanla bila nampak pintu kereta terbuka dia tak nyempat-nyempat nak masuk.Duk je la kereta terus diam..gilooo la harap tak berasa la hati mak tok ngan perangai Qaseh.

Tetapi perangai ngengade dia tu berpanjangan sampai ke Lanchang malahan masa kami singgah kat Temerloh gik umah kakak saya pun dia wat pangai yang sama maka sekejapan jela kami menyinggah.Dekat umah mak pak saya pun semua orang tertanya-tanya napa Qaseh macam tu letih nak bagi jawapan muahaha..langsung taknak berenggang ngan saya kalau tak dia menangis macam kena cubit kecuali bila masuk bilik air kemain suka lagii main air time tu amboi kuat tak ingat dia ketawa tapi bila nampak orang lain terus tekup muka.

Semalam bila dia tahu yang kami nak balik Kajang yela dah nampak kiteorang laki bini ni bersiap-siap lagik la menjadik-jadik perangai dia amboi dah tak sabar-sabar nak balik asyik mengamuk je maka sebab tensen sesangat dia asyik nak ngamuk maka dengan berat hati kami cecepatla balik Kajang.Rasa bersalah plak ngan mak dan abah sebab langsung tak dapat nak pegang Qaseh,orang tua baru je panggil nama dia pun dia dah macam ngeri sangat terus menangis..

Perangai ngengada Qaseh ni baru je bermula sejak bulan lepas sebelum ni takde la malu pun.Cuma ngan orang tua memang dia tak berminat sangat tapi takdela sampai menangis kalau orang tua pegang dia cuma dia tak suka jela tapi sekarang ni menjadik-jadikla..tau tak tempat yang dia takde nak malu-malu atau ngengada adalah shopping mall..sebab shopping adalah peberet beliauu..



Tengok cengginila dia akan menekup muka ngan selimut taknak orang kacau dia sanggup tu sambil duk minum air pun dia tekup lagik muka dia..tak taula cemana nak buat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...