Mereka Yang Terbaik..!

5/31/2011

Mak selalu pesan kalau nak bagi orang sesuatu bagilah yang paling elok dan paling kita sayang..

Kalau yang kita sayang sikit pun kita boleh bagi juga..tapi pastikan benda tu kita sayang laa bukannya yang kita dah tak suka yang menunggu masa untuk dibakulsampahkan,barang reject,makanan yang tak abis yang tak sedap,yang kepot-kepot,yang keras kekung nak kunyah pun seksa(pernah kena,ishh merana gigi ahkak tau)

"

"

"

"

"

"

"

"

"
cer teka..cer teka..apakemenda ni hehehhe..sayang sangat ngan menda ni masa nak serahkan pada tuannyaa..tapi ahkak pasrah huehue..nak tahu ushar sini.

**gusi tak sembuh lagi maseh sakit tauu..derita bila nak mengunyah makanan..ohhh sobsssssss*

5/30/2011

Mengidam sup urat keting lagi..

Mood suam-suam bahasa pagik ni ..gusi masih bengkak sejak hari sabtu seksa nak makan,orang kata selain sakit nak beranak,kesakitan yang paling perit bila sakit gigi..tapi saya bukan sakit gigi tapi gusi bengak macam nak tumbuh gigi baru lak..nak tumbuh gigi bongsu gamaknya.
sakit pada bahagian gusi juga boleh mencetuskan amarah pada orang di sekeliling huehuehue..hati-hati jangan bikin gua panas hati hokay..kikikiki
Malam jumaat last week kebetulan kiteorang ade urusan kat Bangi pastu ajak la encik suami yang time tu demam pi makan kat Restoran Sup Urat Keting UK kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sebelum ni sokmo je lalu-lalang kat restoran tapi tak pernah singgah maklumla kalau sup-sup daging ke tulang apatah lagi keting ni bukan peberet encik suami kalau dia makan pun sup daging jela atau sup ayam katanya tak biasa makan sejak kecik berbeza dengan saya yang memang tak pernah double standard terhadap makanan apatah lagi nak cerewet bagai nak-nak kalau jenis yang berkuah..huiiissss my feveret tuhhhh.
Restoran ni manjang penuh orang tapi ternampak lak kat belakang restoran ade satu lagi restoran yang sama hehe wahh dah bukak lagi besar siap tambah lagi satu..so kiteorang pergi yang baru tu la sebab tak ramai sangat orang lagi pun memang dah parking kereta depan tu kan.So kami masuk dan pilih meja bebetul depan kaunter malas dah nak cari port lain lagi pulak Qaseh tidur time tu.memula ingat nak tapau je bungkus takmau makan situ last-last encik suami kata makan kat situ jelaa dia tak kisah pangku qaseh yang sedang tidor tu sambil makan(kekdahnya bergilir-gilir le makan sorang pegang anak sorang makan hehe)
Servis ok je kat restoran ni takdela lama mana menunggu,makanan pun sedap la meskipun tak puas hati dengan kangkung yang dipotong agak panjang untuk kangkung belacan susah pulak nak makan muehehe..dan yang paling mabeless dah tentula sup urat ketingnyaa Gambar ehsan Google..lupa nak bawak kamera hari tu..sup urat keting ni yang paling mahal diantara sup yang lelain..RM7 semangkuk kalau tak silap laa..sedap dan pedas sup ni.Meskipun bagi sesetengah orang komen harga kat restoran ni agak mahal bagi saya kalau sedap dan puas hati takpe jangan udahlaa mahal tak sedap pulak pastu tak abis hahaha sangat tak berbaloi ok..sebelum ni pernah dengar servis waiter kat sini kureng mesra pelanggan la bla-bla tapi masa saya gik baru ni ok je..baru duduk diorang dah tanya nak makan apa.
so saya tekan button 'like' untuk restoran ni boleh la masuk list sama macam restoran kegemaran kami Village View..boleh la kalau nak bawak orang kampung datang makan situ..pada saya la kan kalau kita order makanan tu kalau tak mau lambat better order makanan yang boleh di masak sekali maksudnya kalau makanan tu berbeza-beza contohnya ada 7 orang makan semua makan makanan yang berbeza konpemlaa lambat skitkan hanya orang yang tak reti masak atau tak pernah memasak memangla tak faham yang mana la boleh nak masak semua makanan dalam masa 5-6 minit..ko nak cepat gikla makan kat restoran fastfood ye dakk.
Kadang-kadang pelik gak orang kita suka komplen itu ini pada restoran melayu dan lebih suka melantak kat kopitiam/mamak yang belum tentu halal haramnyaa..pastu bila orang kecoh tak halal bagai barulaa sedar diri muehehhehe..

Nota CPN:Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu terutama pada Hari Raya Haji.Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.

5/27/2011

Sejarah mungkin berulang..gamaknya balasan dosa masa silam

Masa kecil-kecil dulu mak saya selalu membebel-bebel cakap kat kiteorang adik beradik bila malas nak tolong mak kat dapur nanti bila dah kahwin dan beranak pinak anak korang pun akan buat menda yang sama..masa tu barulah korang tau cemana rasanya bila anak-anak tak dengar kata..sebab takut jadi camtu kiteorang terkocoh-kocoh la tolong mak takpela melepas kartun Doraemon ke,Sailormon ke apa..pernah dengar tak orang selalu cakap kalau kita ni masa kecik nakal,degil tak dengor kata nanti anak kita pun sama camtu meskipun bila dah tua bangka kita ni alim warak serupa pak lebai.tapi nakal tak beerti jahat..worang kata juga kalau budak tu nakal dia cerdik...worang kata laaa..tapi seriyes saya masa kecik baik je tak pernah ade record kacau,buli,pukul,gigit ke anak-anak jiran takda yea.. saya yang kena buli adelaaa hehehhe.Degil tu memang la ada..tapi bukan la degil nak cari pasal ngan orang ke..kaki gaduh ke bukan sama sekali..
Tapi kan peristiwa malam kelmarin buat jantung berdegup kencang..rasa marah meluap-luap tapi masih ditahan-ditahan lagik,lantas terfikir apalah dosaku yang lalu sehingga dihukum begini ecehh nak tau apa yang terjadi.. jadah ni..apa 'air putih' atas lantai ni ....tengok lagik bebetul..ia sebenarnyaa


"


"


"


"


"


"


"


"


"


"


"


"


"


"


''
ok dah nampak bukan..air putih tu sebenarnya susu..susu segar dalam kotak tu.budak tecik sorang ni hobinya asal celik mata kalau tak 'kemas' umah dia 'kemas' peti sejuk itulaah hobi dia hari-hari dari pagi membawak ke malam bila orang tak perasan dia akan cari jalan tuk tarik perhatian orang..kelmarin masa tengah sibuk menjahit dalam bilik, encik suami panggil suruh tengok dak tecik ni kat dapur..adehhhhh rupanya dia amik susu dalam peti sejuk pastu tuangkan kat lantai siap'berenang-renang' lagi..saya tak marah walau sakitnya ati nengok..




tengok..makin menjadi-jadi..lagi saya panggil dia suruh bangun dia buat tak reti je..lagi seronok ehhh






menayang pelbagai aksi siap gelak-gelak lagi..hoh pastu saya terus angkat dia dan mandikan dia semula meskipun dia baru je lagi mandi takpelaaa..mak pasrahhhh iskhhh.iskh..kendian dah mandi bagai dia duk ngan abah dia tengok tv..omaknya la yang gigih pi mop lantai segala sehari entah berapa kali lantai tu kena mop haishhhh..peliknya tak kurus-kurus gak maknya.


ingatkan segalanya dah ok la..sambung balik kerja yang tertangguh tak lama tu dengar suara si kenit menangis-nangis,suara abahnya merengus-rengus sambil berdiri depan pintu bilik..maknya ni pun berhentila wat kije lagi pi tengok apa la yang anak dok nangis guling-guling depan tv tu..kali ni maknya rasa nak fengsannnnnn...bila nampak kotak susu tergolek kosong atas lantai dapor dengan susu penuh atas lantai kalau tadi sikit je susu yang tumpah kali seluruh ruang dapur abis penuh dengan cecair putih tu..uwaaa rasa nak nangis tapi tak nangis pun..adehlaaa si kenit masih ngamuk-ngamuk nangis kat depan tv dengann tak berbajunya gamaknya dia 'berenang-renang'lagi tapi kena marah plak dengan abahnya tu yang ngamuk-ngamuk..sekali lagi mak yang tak pernah ada masa berehat ni pi mop lantai dapur kemas apa yang patut dahla memalam buta tak sudah-sudah lagi aktiviti si kenit bila nak tidur pun tak tau..dah siap mengemop Qaseh masih menangis malah makin menjadi-jadi lak saya angkat dia dan pujuk dia,hurm bila duk dalam dakapan maknya terus berhenti nangis huhu..




*** apabila anak mengamuk,menangis melalak jangan marah,jerit dan tengking sebaliknya peluk dan dakaplaa dia erat-erat,secara tenang beritahu yang kita tak suka apa yang dia buat insyaallah si kecil akan berhenti menangis.Si kecil belajar daripada apa yang kita buat,kalau kita pun turut baran dan menjerit-jerit amukan si kecil akan bertambah menjadi-jadi dan tak mustahil dia akan mengulangi kembalik perbuatan menjerit-jerit dan menengking-nengking tu sampai dewasa..melayani kerenah si kecil menuntut kesabaran yang sangat tinggi.













5/26/2011

Hantu Makan Orang..

Malas benornya nak cerita pasal hantu urband legend ni tapi pasal hari ni hari Khamis..eh apakah kaitannya..sebab malam ni malam Jemaat kot wakakakakaka..ok jangan pandang belakang seriau tetiba..korang pernah dengar cerita hantu makan orang korang tau baru malam tadi acik tau pasal cerita ni sangat femes dan dikaitkan plak dengan Highway Karak..cisss berdebah laluan utama tu nak balik kampung acik kat Lanchang bukan itu sahaja pekan Karak juga tempat shopping acik masa sekolah selalu gak kesana..sebetulnya dah lama orang sebut pasal puaka di Highway Karak terutama jalan lama KL- Bentong tu tapi kiteorang memang tak suka lalu kat situ last pernah lalu pun suatu senja masa tu baru peknen kan Qaseh sebab nak singgah umah kakak acik kat Raub..iskhh memang tak suka jalan tu meskipun orang kata shortcut kalau time jam sesuai sangat bukan apa jalannya agak sunyi hutan kiri kanan risau kalau rosak kereta tetiba nak cari sapa lagik-lagik kalau bawak anak kecik..so memang lalu highway baru la ikut LPT tu..walopun ade org kabo lalu jalan lama jimat sikit duit tol ahhh dulik laa yang penting keselamatan dan keselesaan..
Kembalik kepada topik,cerita hantu makan orang ni acik tau selepas baca kat sini..malas acik nak copy-paste ceritanya so korang baca sendiri la betul atau tidak ntahlaahhh tapi sepanjang acik lalu duk berulang kali balik kampung bertahun-tahun ni setakat ni takdela lagi kena apa-apa,lagipun kiteorang memang akan balik siang hari jarang sangat balik malam-malam memang acik takmo balik kampung malam-malam buta sebabnya biasanya jalan sesak nak-nak kalau hujung minggu,taknak nyusahkan orang tua kat kampung tengah malam buta bukak pintu..last sebab takut hahha..takut apa takut semua menda hikhikhik.
Tetapi pernah gak kiteorang balik memalam contoh masa nak raya tahun lepas kul 3 pagi kiteorang masih stuck kat highway masa tu kabus tebal,sejuk tak hengat tapi tak takut plak sebab ramai giler orang lain sama terkandas gak..pastu lebih kurang 2 minggu lepas pun balik memalam gak senja lagi time tu bertolak sebab hantar MIL balik Jengka sebelum tu ade kenduri kazen bertunang kat Shah Alam tak sampai hati nak biorkan MIL dan Tok balik naik bas kiteorang nekad hantar petang Ahad gak balik Jengka pastu gerak pepagik subuh esoknya balik KL.
Apasal tetiba sebut pasal cerita hantu ni sebabnyaa hari ni filem Karak-Laluan Puaka tu keluar kat panggung dengarnya semua cerita-cerita hantu yang orang duk sebut sejak dulu ada dikisahkan dalam filem tu..acik takde kepingin nak tengok jangan tanya sebab apa wakakakakaka..tapi semalam terbaca kat forum ade orang Karak rasa terguris gak pasal tajuk filem tu hurmmm no komen la pasal ni.so kalo korang peminat cerita seram boleh la menontonnyaa lebih afdal kalau menonton malam karang,amik tiket midnight ehh..


5/25/2011

Serius!giler kentang sedap tak ingat..!!

Lama tak cerita pasal masakan..kekdahnya baru minggu lepas je cakap pasal makan..CPN dengan makanan memang harus dipisahkan jika tidak makin mengembang dari sehari kehari..bila dah kembang memang wajib jadik mangsa sindiran..hati sapa yang sentap?sentap hati mak noksss..tapi menu pembuka selera yang satu ni memang sukar dipisahkan daripada acikk..haishh boleh gaduh laki bini kalau tak mendapat(apakah???)pembuka selera yang sangat superbb..sekali makan nak makan lagi dan taknak kongsi-kongsi ngan orang lain hakhakhak apakahhh itu..jeng..jeng

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

''

"

ok cukup sakit tangan dok tekan enter..taraaaaa mempersembahkann
lahhhhhhh..pebenda nih?inilah tempoyak ikan bilis panas-panas dari kuali..dulu pernah dah cerita pasal makanan enak ni tapi hader haku kesah,nak tayang lagik sebab suka sangat hehe sebab kali ni ade bahan lain yang di campurkan tengkiu pada Puan Herni yang telah mensajeskan acik memasukkan kacang botol yang dihiris halus..seriyes sedaappppp hokay.sebelum ni kalo rajin pun bubuh terung pipit je padahal tak makan pun terung tu tapi bila bubuh kacang botol walawehhhh..terangkat siot terasa rangupnya kacang botol ditambah pulak dengan ikan bilis yang dah sedia rangup dan garing bila bersatu dengan tempoyak yang manis masam dan pedas makan pulak dengan nasik panas,juga boleh dicicah dengan roti.. apa pun boleh..hah saat entri ini ditulis acik sudah rasa lapar kembalik teringat-ingat sama itu tempoyak.
resepinya mudah sajokkk
~ikan bilis digureng garing jangan hangus sudahlaa,bawang besar di mayang,kacang botol di hiris halus,cilipadi suka hati banyak mana ditumbuk dengan sedikit kunyit hidup,garam dan gula secukup rasa.
~masuk sedikit minyak dalam kuali,tumiskan bawang besar dan bahan yang ditumbuk(cilipadi dan kunyit idup)pastu masukkan tempoyak dan sedikit air(ikut suka la) agak-agak mengelegak dan nampak pekat sedikit masukkan gula dan garam secukup rasa kalo tempoyak tu dah manis takmo masukkan gula pun takpe pastu masukkan kacang botol dan ikan bilis tadi.gaul bagi serata pastu angkat dan hidangkan.
**boleh je kalau nak masukkan daun kunyit yang dimayang ke,jering tanam ke,petai ke ikut selera anak tekak korang la hahahah..

Makanan yang enak ini tak sesuai tuk orang yang sedang berdiet takut makan nasik bertambah-tambah,juga tidak sesuai untuk orang bando yang kononnya tak makan tempoyak,durian makanla tu pun seulas dua sahaja..ekekekeke tapi sangat digalakkan kepada kipas susah mati tempoyak doyann..Disebabkan harga tempoyak yang mahal di pasaran dan juga agak sukar diperolehi stok bekalan acik dapat menikmatinya hanya sekali sekala kadang tu kan hanya mampu menahan rasa kempunan maka sesapa yang sudi menghulurkan barang sebalang dua tempoyak amatla digalakkan sekiaan..


5/24/2011

Berapa banyak babi yang dah dimakan??

Tetiba orang dok kecoh pasal kek resepi rahsia yang sangat femes tu mengandungi DNA babi dalam tepungnya.. rasanya ramai orang Malaysia khususnya orang islam dah melantak kek kat sana kan..eleh jangan tipu derr..tapi acik pun sama saja padahal 2 minggu lepas baru je lagi acik melantak kek tu masa tu tak tau pun ade kecoh-kecoh macam ni seperti yang dinyatakan kat sini..
kendian tadi acik godek-godek pasal isu ni lagi pun mende ni pun takde kecoh-kecoh lagi kat berita ke apa orang pun bukan semuanya tau..pastu terbaca lak maklum balas dari pihak resepi rahsia,
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut, klik sini untuk maklumat selanjutnya

Rasanya ni sama la dengan kes milo dan sardin ayam brands dulu..apa-apapun kita kena selidik dulu bimbang berlaku salah faham lagi.Tapi kan kalau nak diikutkan kenapa kita selalu bising-bising gegar dengan makanan yang dijual dalam restoran dan sebagainya..adakah makanan yang kita beli kat gerai-gerai tepi jalan tu betul-betul halalnya sebab takde pun makcik jual goreng pisang tu gantung sijil halal ke apa,halal bukan sahaja merangkumi soal kandungan bahan-bahan dari sumber tak halal saja tapi soal kebersihan juga di ambil kira..kalau dah jual tepi longkang,tepung yang digunakan adakah halal jugak hahahha..kita mungkin fikir alah dah orang melayu,islam plak yang jual opkos la halal tapi ia tak dibuktikan pun kan.
Sebenarnya ade segelintir orang bila dia nak makan kat sesebuah restoran tu bukan dia tengok restoran tu ade sijil halal ke tidak tapi tengok pelanggan kat dalam tu ada tak orang melayu atau islam..kalau ada laju jela masuk,sama gak la bila nak beli goreng pisang ke apa kita tengok si penjual tu pakai tudung,muke melayu ok jalann..sama macam makan kat kedai mamak nengok banyak je ayat Al-Quran digantungkan ok beress konpem halal..hahhaha
kita sebenarnya kena pandai pilih tempat walau sebaiknya masak jela kat umah sendiri tapi cemana kalau tak pandai masak dah tentula kene makan kat luar kan..dah kalau banyak sangat kekeliruan payah gak kan tak tau mana satu halal ke tidak,sepatutnya tak perlu rasa risau kan bukannya kite dok kat ostolia ke apa sampai rasa macam sukar bebenor nak cari makanan halal kat Malaysia ni sampaikan ikan keli pun jangan sebarangan beli hahhaha..ada jugak yang dikira tak halal sebab ikan keli tu makan makanan yang tak halal.
so bagi mengelakkan kekeliruan sesapa la kalau ade buat bisnes-bisnes makanan ni seeloknya korang dapatkan sijil pengesahan halal daripada Jakim..susah jugak esok-esok kalau ade yang tak puas hati ke apa siapa yang susah kan..

Nota CPN:Teringat hanya makan buah je sepanjang 2-3 hari ketika travel kat Vietnam dulu..punyela takut nak makan menda lain..bebetul diet hehhe

Review Nur Kasih The Movie (NKTM) kisah epik cinta yang syahdu..

Rasanya dah ramai orang yang sudah berkesempatan tengok filem ni kan tapi takpa acik nak gak buat ulasan pasal filem ni sebab dah tengok so kena la bagi pendapatan barang sebaris dua ayat ye dak..acik tengok malam tadik yeaa memulanya nak tengok sabtu lepas tapi sebab panggung full house terpaksalaa beli tiket untuk hari semalam je takpaa janji dapat tengok juga kan..first nak bagitau kalau kalian di antara 19 juta penonton yang follow drama Nur Kasih memang wajar sangatlah korang nengok sebab pastinya korang akan lebih mendalami filem ni dan kalau tak pernah follow pun takpa sebab di awal cerita ada diberitahu sedikit tapi lebih baik kiranya korang khatam dulu 2-3 kali drama bersiri tu dulu nak-nak kalau korang ni yang jenis susah nak faham sesebuah filem berat seperti NKTM ni..ini ulasan acik mengenai filem ini..kalo korangnya lain pendapat tak kisah ni pendapat acik ok..
  • filem ni boleh di klasifikasi kan sebagai filem berat..bukan sebuah filem komedi ke apa kira sebuah filem serius la walaupun ade sedikit scene yang boleh kita gelak tapi bukan gelak terbahak-bahak ok tu pun scene anak-anak si Aidil biasalaa budak-budak tapi dialog diorang pun sangat memberi kesan tau.
  • kalau nak tengok filem ni dengan mood yang sangat teruja memang silap waktulaa sebab filem ni memerlukan korang memberi seluruh tumpuan sebab jika korang hilang fokus,bising sana sini korang akan jadi blurr dan tak faham jalan cerita sebab setiap scene dan setiap dialog harus dilihat dan didengar bebetul tidak korang akan tertanya-tanya napa begitu napa begini..pastu mulala korang akan rasa boring sebab tak faham padahal semuanya dah diceritakan melalui dialog..filem ni juga tidak sesuai untuk golongan yang suka enjoy,mat-mat rempit,malas berfikir dan cepat bosan sebab filem ni sememangnya mahukan kita berfikir dan mentafsir sendiri setiap penceritaanya dengan begitu mendalam.
  • memang banyak babak-babak yang boleh mengalirkan air mata tapi jangan bengang atau marah bila baru korang nak feel sedih-sedih,air mata baru nak bergenang tetiba scene dah berubah rasa sedih korang akan terhenti sebab seperti yang Kabir Bhatia cakap dalam the making of(TMO) memang diorang sengaja buat camtu..sebab tak mahukan filem ni sedihnya meleret-leret tak mahu penonoton terbawa-bawa pulak perasaan sedih macam tengok filem hindi tu kan..sampai banjir korang nangis kan tapi dalam filem ni memang korang akan menangis tapi takdelaa sampai banjir..ia lebih kepada perasaan dalaman kitalaa.
  • filem ni menceritakan kisah selepas 6-7 tahun kisah Adam dan Nur selepas episod akhir kat drama tu,sebab tu anak-anak Aidil pun dah besar..filem ni memang sarat dengan kesedihan dan dugaan yang tidak henti-henti menguji keluarga diorang ni,lagi satu filem ni menggunakan teknik flashback so kalo korang jenis tak suka atau tak faham jenis filem sebegini memang korang akan blurr dan di awal cerita korang akan rasa boring lebih-lebih lagi bila wujud beberapa watak yang korang rasa macam tak penting sedangkan ianya semua berkait rapat dan menghidupkan lagi jalan cerita ni.
  • sinematografinya memang tidak mengecewakan..perghhh sangat cantik okay nak-nak scene masa adam membawa Nur bercuti ke Jordan selepas Nur keguguran rasa macam nak gik Jordan time tu jugak hahahaha..bak kata Nur 'cantiknya macam lukisan' dan Adam jawab' lukisan Allah'..dialog yang simple tapi sangat dalam maksudnyaa sebab tu perlukan penghayatan yang tinggi ketika menonton filem ni.
  • antara babak sedih yang membuat hati acik jadi sayu yang amat masa Nur keguguran time tu derang laki bini baru lepas solat time Adam duk kemas sejadah,Nur berdiri tersedu-sedu depan dia sambil pandang ke bawah sebab darah dok mengalir dia keguguran..ohh time ni muka Adam sangatlaaa tak reti nak cakap cemana..dan air mata acik tumpah jua tatkala masa Adam bawa Nur kat kampung untuk berpantang tu Adam menangis teresak-esak depan abang dia Aidil sebab terlalu sedih..dia sedih sebab tak tahan melihat Nur sedih dan rasa lemah dengan ujian yang tak henti-henti melanda..ha masa ni kita akan teringat Adam pernah kehilangan anak dia dengan bini mat saleh dia dulu masa dia 'nakal' duk kat Australia dulu..sebab tu Adam sangat sedihh.scene Adam dan mak dia belek album juga buat acik mengalirkan air mata..sangat mendalam ok dialog mak dia time tu.
  • scene masa diorang kemalangan keretapi juga sangat dramatik..bila Nur tercampak dan tidak sedarkan diri Adam masa tu sangat ketakutan..risau kalau Nur dah takdaa..sampaikan dia menadah tangan di padang pasir tu berdoa pada ALLAH..''Ambilla apa saja asalkan jangan Nur''..betapa sayangnya dia pada si isteri namun tidak melupakan pada sang pencipta.(hoh masa ni rasa cam nak kawen je ngan Adam bila dia berdoa camtu..sangat sweet ok)

suka juga scene ni masa kat Jordan,Nur Amina nampak matang dan tegas ketika mencari Adam yang hilang..ok Adam hilang sebab sebelum tu diorang kemalangan keretapi dan cincin Nur tercicir kat situ maka adam gigih nak gik balik kat tempat kemalangan semata-mata nak cari cincin tu balik..ramai yang komen kat forum-forum scene ni nampak cam tak logik hanya kerana cincin sebentuk sanggup redah padang pasir cari sampai diri sendiri lak hilang sebabnya korang tak fokus dan tak dengar dialog Adam bebetul,Adam cakap dulu dia pernah tolak cincin tu(ni masa dalam drama bersiri ye sebab tu kena tengok drama dulu)pada Nur so walau apa sekali dia tetap akan kembalikan cincin tu pada jari Nur..itu janji diaa.so ni bukan soal logik ke apa..sini tentang betapa mendalamnya perasaan cinta Adam pada Nur..dan cincin tu merupakan simbolik terhadap pencintaan dorang sebab tu cincin kahwin yang pernah Adam benci sesangat pada cincin tu dulu.
ha ni watak-watak tempelan yang nampak pada awalnya macam korang tak faham je..tapi masing-masing memainkan peranan penting dalam filem ni..masa ni gak korang akan tengok ada perubahan pada pekerjaan Nur dan Adam kalau dalam drama Adam dan Nur jadi arkitek kan kalo tak silap laa so maybe dalam filem ni dorang secara sambilan buat kelas untuk remaja-remaja bermasalah..ada scene di mana penulis skrip ni 'memerli' secara halus golongan ustaz yang hanya mahu mengajar orang-orang yang sudah diberi hidayah dan menutup aurat saja..jangan terkejut kemunculan Beto Khusyairy sebagai ustaz kerek itu huhu..
babak yang sangat mendebarkan..ingat dialog ni..''nama lu je ustaz,tapi perangai lu macam anjing!''..ha ni dialog si Shafie Naswip dia jadi budak liar dalam filem ni kira dia watak antagonis la..dia serang si Aidil pasal ada salah faham dia ingat aidil nak rampas awek dia Juriah..ganas tul si Mukhsin ni hahha..memang dia pandai belakon laaa.
masa ni ingat Adam akan mati dah ..sebab dia nampak nazak sangat,adam menderita sakit jantung kesan kejadian letupan bom masa kat mumbai dulu(dalam drama NurKasih Adam hilang berbulan-bulan di Mumbai kena culik)tapi siapa tahu takdir ALLAH..tak semestinya yang sedang tenat tu akan mati jika belum sampai waktunya dan yang sihat walafiat pula akan di pergi..
babak lomentik..hehhehe dan jeles ok..(sengal..)
secara keseluruhan filem ni dikira best as a film la tapi nampak macam banyak cerita yang nak dimuatkan dalam masa hampir 2jam tu so maybe ade yang tidak fokus akan blurr sebab semua adegan dan dialog mewakili keseluruhan ceritaa..endingnya juga agak mengejutkan dan mengelirukan tetapi kalau korang paham bebetul dan kaitkan dengan segala kisah pencintaan diorang sejak dari drama bersiri lagik korang akan paham kenapa ending dia begitu..betapa mendalamnya cinta Nur pada Adam sejak zaman persekolahan lagi Nur dah minat pada Adam masa tu senior dia secara dendiam..bila Nur abis sekolah mak bapak diorang jodohkan Adam dan Nur walopun Adam menentang hebat hal tu..punyala bencinya dia pada Nur..Adam dulu nakal dan study kat oversea time tu..sebab dia tak cintakan Nur dan ada awek mat saleh.Tapi dia kawen gak dalam kepaksaan,bila malam pertama dia langsung taknak sentuh dengan Nur dan lepas kawen terus pergi ke oversea dan tinggalkan Nur terkontang-kanting..tapi Nur isteri yang baik dia tetap menanti si suami dan menyimpan rahsia perihal rumahtangga dia yang tak bahagia daripada pengetahuan keluarga sampai Nur sambung belajar kat UIA dan grad..masa tu Adam mendapat hidayah setelah melalui beberapa tragedi kat oversea dan ingin kembali semula pada Nur..sebab tu adam sangat sayang pada Nur sebab Nur banyak menderita sepanjang perkahwinan derang sering diuji tapi cinta Nur tetap pada Adam..huhu ecehhhh dasyatnyaaaa laa sekali CPN beri ulasan..muahahhahahaah...Banyak mesej-mesej penting dalam filem dan wajar di tonton korang..malah ade scene yang boleh mendatangkan keinsafan dan kesedaran pada korang..huh panjang la nak cerita baik tengok sendiri hehe.

Nota CPN: rasanya kalau dibuat drama dan watak dikembangkan lagi mesti tangkap syahdu tapi dah memang penulis skrip mahu noktahkan kisah cinta penuh emosi ni dalam bentuk filem so bukanlaah tak ok..ok je tapi lagi best la rasanya kalau dibuat drama bersiri tapi bimbang plak ia akan jadi meleret-leret gamaknyaa huhu..apapun lagu-lagu dalam filem ni semua best belaka..

5/23/2011

Haram menonton filem Nur Kasih..??????????

Hoh tetiba je kan..relakss jangan panik mengkalo korang dah menonton filem Nur Kasih hukhuk..ekceli acik lum sempat lagik menjengah pawagam-pawagam berdekatan untuk merasai kesyahduan seperti bagai dikata orang lain yang dah gi nengok..biasaknya acik selalu nengok kan kalo ade filem best keluar hari pertama lagi acik dah tertenggek depan panggung wayang..tapi pasal kesibukan yang di buat-dibuat melanda tak dapek la nak nolongnyaa..
Pastu tadik acik gugel-gugel la cari review pasal filem ni,padahal sejak minggu lepas lagi duk godek-godek cari sekali terjumpa 'haram menonton filem Nur Kasih' haha sebenarnya nak diberitahu tentang hukum menonton wayangla gamaknya..
Cemana ni kalau haram..tiket dah beli ni takkan nak bazir gitu je kan..sebenarnya dah lama acik dengar pasal hukum menonton wayang ni tapi kalau google cari banyak la plak versi mengenai hal ni nak percaya mana satu pun tak tau kan sebab ade yang cakap boleh asal tidak melanggar hukum dan syarat-syarat tertentu contohnya jangan ade unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah kita bila menonton sesuatu filem tu..juga yang menyebabkan kita lalai terhadap suruhan agama iaitu solat 5 waktu.
Kalau di ikutkan menonton wayang ni pun sama gak cam nengok tv bezanya suasananya lah..disebabkan nengok wayang tu dalam gelap dan bercampur lelaki dan perempuan maka semua orang akan fikir tentang maksiat betul tak?pengalaman acik yang dah banyak kali menonton wayang ni kira semua seat dah pernah merasa yang belakang sekali,yang tengah-tengah,yang tepi juga depan sekali bebetul depan skrin semua dah pernah rasa tak pernah lagik acik terserempak dengan aksi-aksi tak senonoh mungkin acik yang tak perasan gamaknya tak tau laa..(maklumla biasanya nengok cite komedi semua orang tak berenti ketawa..takde masa nak beromen bagai semua dok pokus kat skrin kalo cerita romen-romen maybe la kot)yang pasti cuma paling annoying bila orang belakang tendang-tendang seat kita bajet macam duk atas sofa kat umah bapak dia dan juga penonton yang tak reti duk diam sepanjang tayangan dia duk bising-bising mau je nak kubaling botol air kat muka tu hahahahha..
lagipun dulu-dulu masa remajew kalau nengok wayang pun suka nengok cite kartun,aksi ke atau epik ke,komedi ke takdela gi nengok filem romantik ke apa..pergi pun dengan kenkawan perempuan bila dah gik ramai-ramai penuhla sebaris seat takdela lelaki pun yang join..kita-kita je yang ade hehhe..
Bila dah kawen dan beranak pinak dah tentu gi panggung ngan suami ye dak..bila dah bawak si kenit biasanya acik menonton filem melayu la sebab durasi masa tayangannya tak panjang sangat paling lama pun 2 jam je tu pun sebab termasuk iklan bagai la kan..bukan apa kalau nengok movie omputih yang panjang-panjang takut anak buat hal ngamuk bagai.Tapi syukurla sekarang ni Qaseh dah terbiasa dia pun takdela buat perangai ke apa biasanya dia tidur je separuh masa je dia nengok selebihnya dia tidur plak hehehhee..dan acik pun kalau nengok wayang musti pilih seat yang belah tepi sekali tepi dinding supaya senang acik nak nyusukan anak so takdela rasa renyah atau leceh ok je..yang penting bagaimana kita menangani situasi tu.kalau seat kat situ semua full maka memang tak beli la tiket wayang tu..
Ok sama juga tentang waktu solat,acik dah pernah sentuh bab ni dulu acik memang takkan nengok filem kalau masa dia time bertindan dengan waktu solat..waktu terbaik sama ada kul 10pg atau pun selepas Maghrib atau tengah malam ke..kalau lepas Zohor pun ok juga janji cerita tu tamat time tu baru nak masuk Asar ke so takdelaa nanti kite terus tak solat atau melewat-lewatkan lak solat tu..kadang-kadang tu hairan juga pernah acik beratur beli tiket,masa tu beratur sekali dengan kawan encik suami dia nak tengok wayang gak tapi cite yang dia nak tengok tu waktu tayangan nya pukul 7 lebih gitu..dah tu bila dia nak solat Maghribnya tak yakin la acik dia sanggup kuar panggung time cite baru nak mula gik lari solat kat surau ke apa..kalo memang dia buat camtu baguslaa huhu..
Pokok pangkalnya dengan niat korangla..kalau dah merancang nak tengok wayang cita romantis bagai dah tu nengok lak dengan pakwe ke apa..pastu plan nak buat wayang sendiri gak sambil nengok memang haram jadah la jadinyaa..maksiat ni kalau nak kira kat tempat terang berderang pun leh jadik tau hahah tak caya lihatla sekeliling anda,ade yang cakap kalau filem tu mendedahkan aurat dan sebagainya memang haram tuk ditonton hurm sama gak ngan cite kat tv la..ikutkan memang bersepah-sepah je yang tak menutup aurat kat tv tu haha so pasnih sila pilih rancangan yang bersesuaian la ye tuk ditonton,masalahnya ade ke rancangan yang sesuai tu
Ini pendapat peribadi acik,kalau salah sila marah tegur tapi semua orang ade pendapat memasing..sebab acik memang beli tiket wayang memang dengan niat nak tengok wayang,bukan tak suka nak layan dvd ke astro first ke apa tapi acik ade alasan tersendiri..acik ni orang yang mencintai seni(eceh..dulu pernah verangan nak masuk Aswara dan belajar tentang penulisan skrip dulu la..)bila tengok wayang acik bukanlaa macam sesetengah orang layan filem tu sebab pelakon utamanya,sebab ada babak kereta kejar-kejar,sebab ada babak gaduh2 bukan..bukan sebab tu tapi acik tengok semua termasuk sinematografinya,plot,jalan ceritanya, dialog yang superb penuh ayat-ayat yang mendalam,adakah penggunaaan CGI yang murah lantas mencacatkan keseluruhan cerita..yang penting mesej yang disampaikan itu sampai ke tidak hahaha..dah biasa dah tengok trailer kemain gempak bila tengok full filem tu adeh rasa nak terjun bangunan pun aderr..rugik je beli tiket wayang kalau tau baik tunggu raya je nanti musti ade kat tv hehehe.
Selain Mamat Khalid dah tentulaa Kabir Bahtiar merupakan direktor peberet acik.sejak nengok filem Cinta lagi malah kalau tengok drama-drama dia pun kita dah tau tu hasil kerja dia cukup nengok sinematografinya menyejukkan mata memandang tul tak..tapi acik biasa lebih suka tengok filem dia berbanding drama sebab ada gak yang acik tak bapa nak gemor seperti Manjalara dan Sutera Maya ke apa tah..kureng skitlaa maybe sebab pelakon dia kot huhu.
So sesapa diantara 19 juta yang follow cite Nur Kasih kat TV3 dulu ni lah time nya tuk korang mengubat rindu dengan nengok filem ni..usahlah pedulik kalau dalam filem pelakon-pelakon tu nampak sangat baik ke apa tapi di luar filem lain lak diri mereka sebenar dah namanya pelakon dik non oii..kita sendiri pun 'pelakon' di atas pentas yang kita bina sendiri..

P/S:acik ade tiket wayangnya sapa nak join acik nengok..lalalallalala..

5/20/2011

Cerita Malam Jemaat,Misteri Makcik Azimah

Bermulanya sebuah cerita..mood seriyes ok
Aku sememangnya sudah bingung dan bengang juga setiap kali telefon rumah itu berbunyik..paling tensen bila baru nak terlelap di kala angin petang sepoi-sepoi bahasa menyapu pipi mulusku..''kring..!kring.''Opocot mak kau!terjaga aku dalam kebingungan..hoh
Ahh sejak beberapa tahun ni aku sememangnya terseksa dengan panggilan telefon itu sehingga merasa trauma untuk menjawab panggilan setiap kali ia berbunyi,kadang-kadang sudah boleh meneka siapa yang akan bercakap,sudah cam benar aku dengan suara misteri itu..kenapa terus-terusan mengganggu hidupku begini..ohh pelislaaa izinkan aku bahagia meskipun seketika cuma pelis(tangan di dada mata ke atas)
Pernah juga aku terpikir mungkin sepatutnya aku menyiasat siapa pemilik asal nombor telefon rumah ini sebelum aku menggunakannya..tapi penting sangatkah?gasaklaa ader hakak kesah semua itu,masalahnya aku tetap tensen melayani setiap panggilan misteri yang hadir saban waktu sehingga mengganggu konsentrasi ketika asyik melayan Akademi Fantasia di telebisyen berbayarku(kantoi layan AF)
Telefon berbunyik lagik..terkocoh-kocoh aku berlari untuk menjawab panggilan bimbang orang di kampung yang menelefon barangkali ada hal yang penting siapa tau kan..sekali angkat
''Hello..Assalammualaikum..''Kedengaran suara di sebelah sana memberi salam.Oh aku sangat kenal akan suara itu..suara yang tak pernah aku rindui..
''Waalaikummusalam..''jawabku perlahan sambil mengkontrol nada suara yang sudah mula ke laut menahan rasa di dalam dada..
''Maaf ye..nak tanya makcik Azimah ada tak..ala cikgu Azimah tu ada tak..ni betul kan nombor telefon umah dia"
''err..bukan..bukan ni bukan umah dia..ni umah saya,saya memang beli umah ni(tetiba je) takda langsung orang nama Azimah kat sini.''Laju-laju aku memberitahu dengan niat nak mematikan perbualan dengan cepat..hehehe
''oh bukan yea..makcik ingat ni umah makcik Azimah tu sebab memang dah lama makcik simpan nombor telefon ni,ingat kot dia sewakan kat awak ke umah dia..makcik ni bukan apa nak menjalinkan silaturrahim je..maaf la yea makcik mengganggu.''Makcik tu terus letak telefon..sentap mak nak ayat dia yang last tu..
Kenkonon aku ingat nak 'basuh' la makcik tu tadik,mana taknya dah bape puluh kali dia telefon umah ni dan puluh kali gak aku bagitau ni bukan umah makcik Azimah,tapi dia telefon gak..kadang-kadang tu orang lain la suara muda sikit mungkin anak makcik tu kot call nak cakap dengan mak uda Azimah lah,cikgu Azimah laaa..selalu sangat tau..mana tak tensen hakak..kalau call nak cakap ngan aku takpaala jugak tahula jugak aku ade peminat huahuahua..
Rasa macam tak logik la jugak kalau nombor telefon rumah ni dulunya 'Mokcik Azimah' tu punya sebab dulu TM takde pun bagitau(err memang derang akan cakap ke eh)aku pikir ni memang nombor telefon yang barulaa..hai entahlaahh makcik Azimah akan kekal menjadik misteri..tunggula esok lusa musti ade lagik yang mencari makcik Azimah ni..haishh yang hamunnya adakah si pemanggil ni mengalami amnesia sementara..asik lupa je yang dah berpuluh kali aku bagitau ini bukan rumah makcik Azimah!
Persoalahnyaa..siapakah sebenarnya makcik Azimah...jeng..jeng..jeng sesiapa dapat memberi jawapan pasti akan ku belanja makan jemput bilis panas cicah sambal kicap beserta teh panas..spesel ni takda kat mana-mana jual tau..
adakah beliau ini sebenarnya makcik Azimah..?

"

"

"

"

"

"

"

"

''

"

"

"

"

"

cehh penat plak tekan enter nih..
bukan makcik Azimah yang sebenar..sekadar menyibuk menfemeskan diri beliau sajerr...

5/19/2011

Apa khabar 'kawan-kawan plastikku'

Mood agak kureng hari ni..cuaca panas dan rasa rimas sejak awal pagik lagik..kalau si kenit bangun awal pagik jangan haraplaa nak jenguk belog awal-awal hahaha..tetiba kerja rumah jadi menimbun bila dia bangun awal..biasanya bila dia bangun kerja umah dah settle..time dia tidur maknya duplicate jadi Naruto..laju-laju wat kije umah,padahal sepah balik bila dia bangun..biorler ade hakak kesah janji akak kemas umah gak hakhakhak.tapi kan paling acik benci tau kalau pepagik orang tengah mood kelaut,umah tunggang langgang lagi dah ade yang gegar pintu umah,datang nak survey la,nak tunjuk sampel air la(apakah?)..nak tunjuk katalog la..ohh tolong jangan harapla acik nak melayan melainkan hal-hal penting dah call dulu buat temujanji nak datang,ni kalo main terjah je hoh sangat biadap hokay lain la orang sebelah umah ke terkocoh-kocoh datang mintak tolong bekki paip sinki pecah ke apa takpelaa jugak..


eh apa kaitan tajuk dengan ini cerita..tau tak pebenda kawan pelestik tu sebenarnya ramai weh kenkawan sepesen gini eh jap patut panggil kawan ke kira kenalan sambil lalu laa yela tak pernah kenal pun cuma tau nikckname di alam maya je..ni biasanya derang ni memang merajin add kita kat fesbuk tapi tak tau apa motif sebab tak pernah sekali pun nak say hai ke apa..motifnya cuma nak meramaikan friendlist dia je.


kenkadang kan kena hati-hati gak,mungkin derang ni barangkali musuh dalam selimut ke,gunting dalam lipatan ke add orang tertentu sebab ada agenda tertentu,mungkin nak korek rahsia ke nak dapatkan sesuatu daripada kita contoh spesies yang suka copy cat hasil kerja orang lain ke hahahahaaa...boleh jadik gak derang ni memang kipas susah mati kita tapi segan nak tegur kita tu pasal dia just skudeng dari jauh jaa..hikhikhik bajet artis plak nak ada fan bagai hoh..sangat perahsantan hokay..


ada juga yang add jadi member sebab nak join contest dan sebagainyaa sama laa ngan jadik follower blog tapi bukan semua pelestik tau... ada yang terus kekal sebagai kawan di alam nyata jugak..siap bertepuk tampar gurau senda beramas mesra lagik..baguslaa gitu jangan masa join contest ke apa rajin la menjenguk bila contest dah abis dia pun hilang kendian bila ada contest balik dia muncul kembalik..lumrah alam kan.


Eleh kekdahnya tak semestinya kawan di alam maya je banyak jenis pelestik nih..kenkadang kawan baik yang start tadika kenal pun ntah-ntah lebih pelestik daripada apa yang kita jangkakan..yela mana ada orang yang suka tengok orang lain lebih daripada dia kalau dia tak berjaya orang lain pun harus tak berjaya gak..sakit hati bila nengok member baik kena puji betui dakk..hoh dah biasakk dah kena..lumrah alam kan.


Ehh jap haritu ada orang tanya tak tau cengganer rasa pavlova tu,ade member acik yang memang tak pernah dengar pun namanya,ok pavlova ni rasa dia crunchy di luarnya dia macam kerakla tapi manis la di dalamnya chewy macam kita makan marshmallow(hentam je eja natam ni) atau kekadang rasa cam gula-gula kapas pun ada hahah.sapa yang tak gemor makanan manis janganla risau sebab bila makan dengan whipping cream dan buah-buahan masam rasanya jadi balance dan sedap..pastu takyah la makan bebanyakkan dah manis kan..nama juga dessert orang memang makan sekadar untuk pencuci mulut je bukan macam melantak nasik hehehe..





hah gini la ghupenya bila dah dipotong,yang kat gambo di atas jenis makan tak nyabor tak sempat nak hias ke apa keluar oven terus terkam tu yang nampak tak berseri hehe..



5/17/2011

Pavlova lagi..dan lagi.. sile senyum jangan gelak eh..

Okey seperti yang di khabarkan sebab tempoh hari tak pueh hati kan acik buat lagik pavlova ni..hah sapa-sapa yang tak tau natam apa jadah pavlova ni acik gitau lah sikit-sikit yea nak tau lebih mendalam kalians leh tanya mok cik google yeaa..pavlova ni sejenis dessert ya,ia boleh dimakan bukan boleh buat main-main ke apa memang khusus untuk di makan di katakan originalitinya berasal dari Australia atau New Zealand gitulaah..secara asasnya pavlova ni macam meringue cake lah bahan utamanya putih telur,gula kaster,sesudu tepung,esen vanila dan cuka..yang acik dok ulang-ulang masak tu acik ikut resepi daripada joyofbaking dan banyak juga terjemahan daripada blog-blog lain adehh tak tertulis nak letak sini hehe..selain tu acik tengok gak dulu video-video step by step nak membuatnya kat youtube kalians boleh la terai godek-godek acik nak bagitau pun banyak sangat..jenis acik ni tengok dulu pelbagai variasi resepi dan cuba jaya..kalau ada yang tak kena cuba lagi sampai pueh hati..ahah


So kat sini acik tepek gak yeaa resepinya tapi kalau nak tau acik still tak pueh hati lagik..ahahahha ade je yang tak pueh hatinya biasaklaa kann harus mencari kesempurnaan meskipun kesempurnaan itu tak pernah wujud pun(siler muntah ijau dengan ayat cannot go ini..)


Resepi Pavlova


Bahan-bahan untuk meringue


4 biji putih telur ayam ye jangan telur lain plak opss ingat putih saja yea jangan ade barang setitik pun kuning telur ataupun air ke minyak segala bagai.
secawan gula kaster(200gram)


1/2 sudu esen vanila


1/2 sudu tepung jagung-ade yang bubuh 3 sudu kecil


1 sudu cuka makanan





Untuk toping


- 1 cawan (240ml)whipping cream


- 1/2 sudu esen vanila


-1 1/2 sudu makan gula icing


~pukul whipping cream dan bahan lelain sehingga kembang,sebenarnya kalau nak senang guna whipping cream yang jenis spray tu je pun ok terus je spray takyah nak masuk dalam mixer bagai dah..pastu hiaslah dengan buah-buahan mengikut kreativiti memasing.





Cara membuat



-memula preheat oven pada suhu 130 darjah celcius,pastu lapiskan kertas minyak atau mentega pada loyang pembakar.


-sementara tu,pukul putih telur dengan mixer hingga setengah kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit kira-kira masuk sesudu kendian pukul ulang hingga habis gula.pastikan pukul hingga bebetul kembang,kesemua gula mesti hancur kesemuanya sampai mendapat adunan yang gebu berkilat dan soft form nak tau ia betul-betul dah kembang elok terai terbalikkan bekas kalau tak jatuh adunan tu maknanya ok ler tu.


-kendian masukkan esen vanila,tepung jagung dan cuka.dengan menggunakan spatula gaul perlahan-lahan adunan tadik.


-setelah itu,tuangkan adunan tadik di atas loyang/dulang pembakar dan bentukkannya menjadi kubah,korang boleh lukis dulu bentuk bulat berdiameter 18cm-20cm atas kertas minyak sebelum tuang adunan(acik tak buat pun)~kalau tak bentukkan nya menjadi bentuk kubah nanti pavlova tu bila dah masak nampak penyek je.


-pastu masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 130 darjah celcius selama lebih kurang sejam


-apabila dah masak,jangan keluarkannya lagi tau biarkan ia sejuk dalam oven dengan pintu oven terbuka sampai pavlova tadik betul-betul dah sejuk..pastikan suis oven di off kan terlebih dulu.


- boleh la di hias dengan whipping cream dan buah-buahan.







tips-tips penting


-putih telur harus betul dipukul hingga kembang dan jangan ada sebarang menda asing seperti air atau minyak ya..pastikan pada suhu bilik..jangan juga bercampur dengan kuning telur takut takk naik nanti.


-harus dibiarkan sejuk dalam oven dahulu,supaya tak mendap dan retak nanti kalau terus dibawa keluar.

p/s:kuning telur tu jangan dibuang pulak,boleh digunakan untuk membuat kek lapis ke,atau masakan lain yang memang hanya gunakan kuning telur semata..acik guna buat udang butter nyum..nyummm.


sebenarnya pavlova boleh juga di buat dengan saiz mini dan bertingkat dan berlapis-lapis nak lebih jelas boleh jenguk sini gak.. lebih kurang camtula kalau nak buat berlapis-lapis huhu.

Percubaan membuat Pavlova..jangan gelak.

Sabtu lepas tetiba merajinkan diri membuat pavlova untuk kesekian kalinyaa..selama ni dok tengok orang buat je pastu ade yang kata buat pavlova ni susah yang amat,sebab tu harga sampai beratus ringgit huhu..tapi bila godek-godek cari resepinya adehh idoklaa payoh benor buatnyaa so cer terai dulu la kan baru tau susah ke tidak..acik pun terai le buatnya sekali dah siap bakor...lepas bakor pavlova ni takleh kuarkan dari oven dulu biar dia sejuk sendiri dalam oven..gitulaa acik buat tapi...tapii..macam tak puas hati je meskipun sekejapan benor habis pavlova ni saja buat 4 ketul kenit-kenit acik makan 2-3 suap je yang lelain diperabiskan licin tanpa kesan oleh Qaseh dan abahnya..
gambo tak clear..tau napa tak puas hati sebab acik telah masukkan 4 sudu tepung jagung dalam adunannya padahal sepatutnya bubuh 1/2 sudu jaa hahah dah siap bakor barulaa tau hukhukhuk..sengal sungguh salah baca resepi la ni..takpa sebab tak puas hati acik buat lagi sekali lagi pun diorang ni tak puas makan yang buat hari tuuu..tak berseri sangat kan pavlova acik buat sebab tak de buah setoberi hari tu so gunakan jela buah apa yang ada...
nanti buat yang baru acik tepek resepinya sekali ehhhh..bila tengok orang dalam umah ni pelahap pavlova ni dengan rakus dan berselera semangat sikit nak buat lagi ini tidak sendiri buat sendiri makan hahahaha..

5/14/2011

Tragedi 13 Mei..Apabila Blogger 'Jatuh Sakit'

Petang Khamis lagi dia sudah jatuh sakit,tapi sementara saja lepas tu okey semulaaa..start pagik semalam dah jadik balik asal nak buka blog kuar notice ni..aisehh memula ingat kena hack dah tadik mau tak gelabah puyuh acik..sudahlaa YM takleh nak sign in tetiba dah takleh nak guna mujur ade FB leh gak menanya sana sini..nak tweet-tweet bolehlak lupa password Twitter nampak sangat jarang dah login twitter hukhuk.. Time nak publish entri la tetiba wathal pulak sudahnya hari ni acik dah ilang mood dah nak taip entri yang semalam..nanti mood acik dah kembalik acik taip entri secara marathon wakakaka banyaklaa punye lawaa nak taip satu entri pun tercungap kakakakakakaka
Ha semalam gak semua entri yang latest ditaip pada start hari Rabu semua terpaksa di remove untuk mengembalikan blogger kepada keadaan normal semula..rujuk gambo kak bawah kalo tak berapa jelas sila guna kanta pembesar dengan klik pada gambar untuk tumbesaran.

Hari mujurla keadaan dah pulih..tragedi 13 Mei sudah berlalu pergi dan jangan jadik lagi yeaa..trauma acik sekejap ekekeke..

sudah lapar mau selongkar makanan dalam gobok usang di dapur sobs..


P/S:Tadik perasan dekat sokabar Harian Metro ada ditunjukkan muka mamat yang penyimbah asid yang berleluasa di sekitar Lembah Klang yang telah menyebabkan ramai wanita tak bersalah menjadik mangsanya..hamlo sungguh!

5/12/2011

Aku sudah ketagihh...

Dah cakap dah..penatlaa acik menahan daripada menjamah sebutir nasi pun..hoho haruslah tingkatkan disiplin ni..nasik hanya boleh bertemu bibir denganku pada hujung minggu saje tapi gelora perasaan ni membuak-buak,kadang-kadang tu bila abah Qaseh tanya nak makan apa bila beliau nak gik kedai pepagik mulut ni laju je nak sebutnya tapi tetap bertahan last-last melahap oat,takpun Special K sambil membayangkan sedang menikmati sajian peberet disukaai ramai iaitu

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

gambo ehsan makcik google..tengs mokcik


Kalau nak tau kan..sebenarnya nasik biru kat atas tu bukanla peberet acik sejak dolu-dolu acik tak gemornya sebab first makan yang tak sedap,orang buat sambil lewa gitu jadik acik pun tak pernahlaa nak melahapnya sehinggalaa ni dolu-dolu punye cerita di zaman anak dara laa..sorang akak ni rakan sekerja memang pelahap benoor dengan nasik kerabu suka sangat dia beli dengan makcik depan umah dia..sampai ramai yang kirim kat dia suruh beli haha termasukla acik yang konon tak gemor ni..tapi sejak menikmati nasik kerabu RM2.50 tu tetiba cam sedap plak huhu..tapi time tu takdela manjang nak beli nasik kerabu..pastu bila dah beranak pinak ni abah Qaseh tu gemor juga makan nasik kerabu selalu la dia beli nak makan,tetiba satu hari bini dia ni pun terai gak makan ..wahhhh sedappp pulok nasik kerabu makcik tepi jalan ni,bukan apa kalau bihun goreng dia memang fail sampaikan acik siap bagi amaran kat abah Qaseh jangan sesekali nak membeli bihun goreng makcik tu kalau taknak tengok bihun tu bersemadi dalam tong sampah hahaha..jenis buat bihun goreng paling ciput bajet tu yang tak masuk ngan anak tekak acik ni..


Eh sudah kelaut plak apehal lak cite bihun goreng boleh menyibuk dalam nasi kerabu punye ceritakan..sebetulnya pagik ni acik telah ingkar dan mendurhaka dengan program diet dengan melahap sebungkus nasi kerabu sampai licin abishhhh hahah..bajet nak merasa dua tiga suap sekali takleh berenti lak tangan ni daripada terus menyuap,dah suruh tangan ni berhenti menyuap tapi beliau kata dah mulut duk nganga lagi nak buat cemana..hahahah sengal.

5/11/2011

Gelabah puyuh!

anak abah.....depan toilet pun jadikkk ekekekekke...dah lawooo kan

jangan main-main dengan beliau nehh..suka shuffle(betui ke aku eja ni belasah jela) tu..gambo-gambo di atas merupakan kejadian yang berlaku masa hari ibu baru-baru ini..bawak dak Qaseh dengan niat nak membako lemak yang semakin menebal..last-last tak dapat nak berjoging melainkan mengejar Qaseh yang staminanya tahap kuasa kuda hakhakk..

takyah nak joging bagai ngejor Qaseh je dah berpeluh jeruk..gilerrr ahh mana nak bawak badan yang memberat lagi..balik umah fengsann kakakakaka

gambo si ibu tidak dapat dipaparkan sebab terlalu 'berat' untuk di tayangkan wakakakakakaaaa


maklumat tambahan:lokasi kejadian di Taman Seri Empangan Putrajaya..



5/10/2011

Tips menghadapi cuaca panas..apa yang harus dilakukan?

Sejak beberapa minggu ni kan kalau kalian perasan ade gak ke yang tak perasan barangkali anda telah terlalu lama tinggal dalam gua gamaknya cuaca sangat panas dari pagi membawak ke malam..tidak lah sudi hujan datang bertandang..mulalaah ramai yang merungut tak tahan panasla..rimaslah,susah nak tidur memalam laa heheh..jangan marah-marah tak elok untuk kesihatan so jom kita layan tips-tips yang mungkin berguna tuk kalians bila berdepan dengan keadaan panas terik begini.
~Banyakkan minum air masak atau air kosong sekurangnya-kurangnya 8 gelas sehari,selain dapat mengelakkan hidrasi ia juga dapat menyejukkan badan..so meh pakat minum air okey..
~sebaiknya kurangkan aktiviti luar ketika panas terik,lebih elok duduk berehat di rumah melainkan ada hal yang mustahak yang perlu di lakukan jika tidak duk je dendiam kat umah kang cair lak korang kalau manjang berjemur kat luar umah muahhahahaha..kalau nak keluar rumah tu jangan lupa gunakan payung atau topi.



~walaupun sekarang ni tengah musim durian,sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan yang boleh menaikkan suhu badan kalian seperti durian,buah anggur ke..tapai apa-apa sahajala makanan yang yang mengundang panassss hahahah

~sebolehnya jangan ambil atau kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi..minum air kosong sajokk sebaiknyaa..takpun minum minuman isotonik yang rendah kandungan gulanya kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.





~haaah yang best sekalik adalah mandi..yihaaaa..jangan lupa mandi lak nanti lagi bertambah panas hehhehe...mandilaa sepuas hati korang tapi kalau gik mandi kat tempat-tempat seperti air terjun ke,sungai ke apa..pastikan keselamatan kalians diutamakan..

dah mandi pakai la pakaian yang ringan,yang warna-warnanya terang dan longgar..


Ok..harap tips itu berguna tuk kaliansss...









5/09/2011

Manusia memang begini eh sifatnya..

Bulan lepas ada yang bertanya,dia tidak bertanya secara terus pada empunya diri sebaliknya hanya pesanan ringkas silih berganti pada chenta hati..bertanyakan akan kesudian 'suri rumahtangga' sepenuh masa ni sudi ngakk kalau diminta menjadi pengasuh anak kesayangan mereka..
Aku diaamm seribu bahasa..masih berfikir tentang tawaran kerja yang datang tiba-tiba..
sebenarnya yang bertanya itu jiran satu aras(tingkat)rumahnya dihujung bersebelahan dengan rumahnya ipar duainya tinggal disitu..
sebelum ini si ipar yang mengasuh anak mereka rupanya si ipar mahu kembali bekerja semula hahaha..sudah pening si bapa jika boleh mahu sikecil dijaga oleh jiran-jiran yang berdekatan dan sasarannya adalah aku..sebab?dekat dan paling layak memandangkan daku seorang surirumah dah tu mempunyai anak perempuan yang lebih kurang sebaya dengan anak kecilnya..
sebetulnya aku tak perlu pusing-pusing memikirkan 'tawaran' itu kerana jawapannya sudah diketahui..chenta hati pula hanya menyerahkan keputusan padaku bulat-bulat..
dan keputusannya aku menolak secara baik lagi penuh sopan santun tawaran itu..bukan niat mahu mengecewakan mereka laki bini jauh sekali mengecikkan hati mereka tetapi aku mempunyai alasan sendiri..
- aku sendiri sibuk di rumah bukan duduk bergoyang kaki..komitmen dengan Tecik Craft sendiri sudah menuntut hampir semua waktu yang aku ada.
-memang anaknya sudah besar boleh jadi teman kepada Qaseh tapi itu bukan alasan yang baik.
-aku lebih rela mengasuh anak orang yang tidak dikenali berbanding anak teman-teman rapat atau tetangga,kenapa?sebab jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka sepanjang anak mereka di rumahku..bagaimana aku mahu menatap wajah mereka bila selisih bahu?mungkin juga aku terpaksa menerima kehilangan teman baik dan tak memasal jadi bermusuhan pula..
Namun demikian bukan bermakna aku langsung tidak mahu memberi bantuan jika berlaku sebarang kecemasan,pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk membantu apa yang patut jika mahu tinggalkan anak sementara itu sehari dua kerana hal yang tidak dapat dielakkan aku sedia menghulurkan bantuann..
Rupanya manusia itu sememangnya manusia..dah begitula perangainyaa,baru-baru ni chenta hati ada call dan sms jiran itu kerana ada hal mustahak perlukan bantuan dia..tapi tidak dilayaninya..entah sibuk atau tidak perasan..ataupun sentap sebab aku tidak sudi menjadi pengasuh anaknya pun aku tidak tahu...

5/06/2011

Bateriku lemah...

sengal!!!
bukan sengal kaki atau lenguh-lenguh tangan seperti kebiasaan tu..
adeh tapi entahlahhh..
rasa cam nak bertukar je..ehh jap tiba-tiba berangan nak jadi otomen
taknak la nak jadi gaban..
gileeerr kann pernah tak korang alami kegilaan dalam hidup kalians..tetiba hari tu rasa macam sengal segala..semua menda yang dibuat salahhh...
mahap..mahap..mahap(bak kata nabil dalam maharaja lawak)
pernah tak ade perkara yang korang rasa nak perbetulkan tapi korang rasa segan atau dalam erti kata lain korang segan nak beritahu..ehh apa yang direpekkan ni..
apakah..?

Dia yang kusayangi..

Sebetulnya saya agak emosi ketika mahu menaip entri kali ni..bergenang je air mata ni tapi tak sempat nak bergenang tup-tup ade lak Astro telefon suruh pasang astro byond kat rumah..hehe dah banyak kali dah derang call tapi ntahlaa saya je yang malas nak beria-ria nak pasang tengokla dulu cemana malas nak membazir pada mende yang tak begitu besar pekdahnya meskipun pihak astro kabo akan datang semua customer derang akan harus menukar semua piring astro yang lama kepada byond tak kira la pakai tv gemuk ke leper ke hahaha..


tutup dulu pasal cerita tu kali ni saya nak stori tentang buah hati pengarang jantung saya ni..lama dah tak cerita tentang perkembangan si kecil nih







  • masa lahir Qaseh ni dikira besar berbanding semua sepupu-sepupunya kira rekod Qaseh masih belum di caras oleh sesiapa lagi laa hahaha aler 3.85kg je pun..so memang Qaseh cepat nampak bambam,sudahla rambutnya hitam lebat.Tapi malangnya lepas dicukur hingga ke harini rambut dia agak susah nak melebat tak tau napa.





  • Qaseh anak yang menyenangkan ,maksud saya dia jarang jatuh sakit yang teruk-teruk kalau ade pun masa awal-awal dulu ade la demam panas bagai.Kalau sekarang ni ade gak demam tapi biasanya takde la makan masa lama 2-3 hari baiklah..lagi satu kalau dia demam pun dia takdelaa jenis menangis mengamuk-ngamuk sampai terganggu semua tidur orang..tak dia biasa-biasa sahaja,just merintih sikit-sikit.





  • suka sangat ketawa,dulu masa dalam pantang saya pikir Qaseh jenis yang cepat dan petah bercakap rupanya dia memang suke mengomel tapi masih sukar nak faham apa yang dia cakap..hihihi..





  • suka bergaya...yesss itu memang kegemaran diaa





  • rajin menolong di dapur..kalau dengar bunyi lesung laju dia datang duk rapat-rapat kalau tercampak cili ke bawang ke sibuk la dia jadi tukang kutip.pantang mak lepas sekejap lesung tu laju je dia lak sibuk nak menumbuk.





  • suka bukak peti ais,cari keju dan yogurt kadang-kadang tu makannya sedikit je main je lebih.





  • suka menyanyi dan membaca..Qaseh juga seorang peniru yang baikk semua mende dia nak ikut buat..





  • suke gi jalan-jalan naik motor hehhe siap menyanyi bagai..pantang nampak abahnya duk sikat rambut laju je dia amik selipar pakai sesiap.





  • suka buat aksi akrobatik ala-ala gimnastik tu adehhhlaa kadang takut sangat menengoknya paling dia suka buat sambil tengok tv kepala kat bawah kaki kat atas masalahnya terbelit-belit dia buat macam yoga tu ewww elastik sungguh badan dak kecik ni.kadang tu dia kangkang lebar-lebar sambil gelakk..





  • walaupun Qaseh masih pelat bercakap dan suke mengomel entah apa-apa tapi dia sudah pandai nak tukar dvd,tangkap gambo guna henpon,main komputer cari video kegemaran dia.dia paham apa yang orang cakap dan selalu cuba nak menyebut sesuatu perkataan tu walaupun terbelit-belit gak lidah nak menyebutnya.





  • masih belum pandai membuang air di toilet..hurmm cemana ehh nak ajar budak yang belum pandai nak beritahu kita bila dia rasa nak terkucil ni?





  • dalam banyak-banyak toys,dia paling sayang Pinki dan Rupert iaitu anak patung beruang yang paling lama dan paling lusuh satu anak patung yang pertama maknya beli(Pinki)satu lagi hasil dia mengepau Pak Andak dia masa gi Gambang awal tahun lepas.setiap kali dia nak tido dia mesti bawa kedua-duanya naik atas katil.kadang tu dia bawak sekali barney,mickey,encik katak n sebagainya sampai penuh katil dahla memang sempit pastu apalagi kene tendangla semuanya bagi menjimatkan ruang hehehhe.





  • dulu-dulu kalau hujan je,Qaseh marah bila maknya tutup sliding door tapi sekarang ni bila nampak hari macam nak ujan awal-awal Qaseh tutup dulu sliding door heheheh





  • Qaseh suka nak berkawan ngan orang,main kejar-kejar bagai tapi dia takde kawan dan bila bawa dia kemana-mana supaya boleh berkawan dan bermain bebudak ni kebanyakkan tak berapa berminat nak main dengan dia mungkin sebab umur atau pun nengok dia tersangat eksaited setiap kali dapat peluang jumpa rakan sebaya..kadang-kadang rasa kesian juga tengok dia.contohnya minggu lepas pergi majlis hari jadi anak seorang member nih,Qaseh yang pada awalnya mengantuk nak tido bila nampak je ade bebudak duk main dalam umah tu laju je tinggal mak ngan abah kemain lagik diaa..tapi macam biasa laa bukanlaa bebudak ni nak melayan sangat dia hihihi


tengok ni..Qaseh ni memang pantang kalau nampak basikal gini kat umah orang sibuklaa dia nak naik tak dapat naik atas basikal naik atas tayar pun jadik..sampai marah-marah 'member' sorang tu,mujurla mak budak tu ade kat situ dan mintak anak dia turun bagi can kat Qaseh sebab budak tu pun dah besar..tak taulaa mak budak tu ikhlaas ke idak suh anak turun rasa bersalah lak saya..semacam je dia pandang saya.







dapat jugak naik haiii laah Qaseh..kadang-kadang ade gak budak-budak sebaya dengan dia yang minat nak main ngan dia tapi biasanya bebudak ni kalau maknya jenis bekerja maka time cuti mesti nak melekat ngn maknya je kan hehe..berlainan ngan qaseh yang dah memang hari -hari melekat jadik bila ade peluang dia nak main ngan kenkawan laa..







p/s:Pernah sekali saya berasa sangat emo time tu ada seorang budak ni sebaya gak ngan Qaseh tapi peliknya asal nampak Qaseh pegang apa2 mesti dia nak rampas dan rebut tak kisahla kan bebudak tapi agak hamun sebab mak pak dia buat tak reti je rileks je terus makan saya sampai tak sempat nak makan sebab asik duk memujuk Qaseh yang mengamuk-ngamuk nangis bila mainan dia dirampas..sudahla time tu saya tengah kebulur lapar sudahnya saya balik rumah dalam keadaan lapar dan marah.(kejadian ni beberapa bulan lepas disuatu majlis ilmu,ibubapa tu sy tak kenal maybe first time dia join,saya jadi marah sebab sejak start perbincangan sampai time makan Qaseh dan anak dia merebut mainan yang sama,dan diorang langsung takde nak alihkan perhatian anak dia daripada terusan mengganggu Qaseh)saya sangat hormati seorang jiran saya ni,dia memang tegas dengan anak-anak dia.Tak perlu dia cakap banyak dia cuma angkat jari tanda beritau 'jangan' pada anak dia..budak tu pun dengar kata takde nak merebut ke nak kacau orang dah..bukannya lepaskan tanggungjawab tu pada orang lain lak rileks lepak biar ja anak nak buat apa-apa pun takda nak melarang ke apa..memang budak-budak nakal tapi rasanya tak salah kalau kita menegur anak kita untuk tujuan mengajar. Saya bukanlah nak marah-marah kat anak orang sebab saya tahu budak-budak bukan tahu apa-apa sama juga kalau Qaseh yang mengacau orang memang kena la dengan maknya cuma kita sebagai ibubapa janganla tengok je bila anak kita mengacau orang usik orang bagai..sebab kalau dibiarkan makin lemak la jadiknya kan..









5/05/2011

Belajar daripada kesilapan

..Semua orang pernah buat silap kan sebabnya kita tak sempurna maka bila sudah tersedar melakukan kesilapan kita akan berusaha untuk memperbaikinya lagi betul takkk..?motif sebut pasal ni heheh sebelum tu rasanya takdela terlambat benor nak ucapkan tahniah kepada teman yang sama-sama memperjuangkan kebaikan susu ibu lain tak bukan Puan Hayatie yang telah selamat melahirkan anak keduanya 25hb April yang lepas..padahal baru je hari Ahad tu kami bertemu masa Perjumpaan Ibu-ibu Menyusu(SGM) kat Tasik Cempaka,siapa sangka esoknya dah bersalin huhu..bak kata Hayatie pengalaman melahirkan dan menyusukan kali ini amat berbeza berbanding dengan anak sulongnya dulu..betul tu saya pun sebenarnya teringin gak melalui pengalaman sebegitu..banyak nak diperbetulkan bila ingat kembali saat-saat kelahiran Qaseh dulu hati ni bagaikan tersayat pilu..sakit hati,menyesal semua ada..silapnya ialah kerana hati saya tak kuat dan kekurangan ilmu walaupun niat sejak belum kahwin lagi mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu..sebelum ini saya fikir menyusukan anak itu mudah sangat just selak baju nah suakan anak..tapi tak semudah itu pada permulaannya tapi saya bersyukur sebab jika tidak melalui keadaan ini sudah pastila sehingga hari ni saya takkan tahu begitu banyak mengenai penyusuan susu ibu..Alhamdullilah sehingga ke hari ini juga Qaseh sudah 2 tahun 7bulan dan masih menyusu badan..





Qaseh memang menyusu badan dan tidak pernah menolak susu badan sejak kelahirannya cuma faktor persekitaran di mana semua orang di sekeliling saya yang saban waktu mendesak saya mencampurkan susu formula dengan alasan kononnya susu saya tidak mencukupi sebab Qaseh asyik menangis..tapi atas tekad yang mendalam dan keazaman yang tinggi saya berusaha menghindari daripada memberi susu formulaa..pedulikan apa yang orang lain fikir dan kata tentang saya.. Dek hati kering inilah jugaa akhirnya saya berjaya menyusukan Qaseh sepenuhnya dengan susu ibu tanpa perlu peduli susu cukup atau tidak dan menyerahkan semuanya pada ALLAH TAALA..saya pekakkan telinga dengan segala kata-kata orang bukan berniat untuk melawan cakap dan sebagainya tapi merasakan sebagai ibu yang melahirkan anak saya dengan susah payah saya berhak membuat keputusan sendiri yang mana ianya adalah demi kebaikan anak yang saya cintai..


Pada semua kenkawan jangan merasa sedih dan putus asa jika kalian pernah gagal sebelum ni yakinlah pada diri sendiri kalians mampu atasinya..kekadang kita tak pernah fikir yang sebetulnya kita boleh buat lebih daripada yang kita mampu..jangan kerana kata-kata orang kita abaikan kehendak hati sendiri..buatlah keputusan yang terbaik kita tak memerlukan keizinan masyarakat sekeliling tapi yang kita perlukan sokongan mereka..


kekadang saya pelik juga bila ade terdengar yang ada juga suami yang tidak memberi keizinan pada si isteri untuk menyusukan anak dengan susu badan,ada bezakah tidak izin dengan tidak menyokong?huhu padahal menyusukan anak itu fitrah semulajadi dan ianya kewajipan kita sebagai ibu bapa memberi yang terbaik untuk anak-anak..tertanya-tanya juga saya kalau si isteri boleh menerima dan memahami apa sahaja kesukaan dan hobi si suami mengapa si suami tidak boleh berbuat demikian..bukankah kalau kita mencintai dan menyayangi seseorang tu kita akan berusaha memberi yang terbaik pada mereka..hahahha lagipun bukannya si isteri ni tadik nak bagi racun ke apa pada anak betul tak..tapi itulah lain orang lain pendapat dan pandangan mereka dan pastilah mereka ada alasan-alasan yang tersendiri..





So pada para suami kalian juga harus menggali ilmu sebanyak yang mungkin,memahami mengenai pentingnya penyusuan susu ibu..berilah sokongan pada si isteri sebaik mungkin kerana sokongan suami lah yang paling di harapkan kalau suami sendiri pun buat tak reti alangkah sukarnya si isteri melaluinya sendirian..boleh join SGM setiap bulan di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi bukan hanya ibu-ibu menyusu je yang join yang dah tak menyusukan anak pun boleh apatah lagik yang belum kahwin,kaum bapa bawakla sesiapa pun termasuk nenek,mak mertua supaya sama-sama dapat berkongsi pengalaman dan menambahkan ilmu sedia ada..

5/04/2011

Kembalikkk..Bau busuk?uwekkkkk!

Hehehe setelah banyak hari tidak bersiaran secara langsung...rindu pada blog membuak-buak bukan taknak update tapi tak menyempat..cuti 3 hari lepas kiteorang tak balik kampung pasal banyak hal-hal yang tertangguh kat sini harus di selesaikan dulu lagipun nak bawak Qaseh jenjalan yela takkan asal cuti je balik kampung sahajala jenjalan yang paling jauh hukhuk..sian Qaseh dia pun perlu menikmati hidup gak kan..sesekali bawak ke tempat lain jugak..tapi takdela kemana pun kiteorang.. makan mekdi kat taman,motifnya mekdi penuh takde tempat duduk tapi dah tersangat lapooo jadi piknik kat taman jelaaaa hahahhaah

bawak Qaseh gi zoo negara heheh pestime pergi ni dahla pergi tengahari buta time tu cuti ganti hari pekerja ramai la orangg..kat sini la baru tau kelemahan qaseh muahahaha..rupanya Qaseh tak tahan dengan bau busuk dia akan termuntah dekat situ gak.Pelik gak sebab kat rumah dia takdela camtu start bawak dia masuk tandas dia dah tak tahan dah buat muka loya nak termuntah padahal takdela busuk mana jamban kat zoo tu pastu bila lalu kat tepi kurungan burung,babun dan ntah apa lagi menatang tu Qaseh terus muntah tak tahan hehhehe..asal lalu je dia uwekk..penat berjalan kiteorang round kawasan zoo naik train lak bila lalu je mana-mana kandang menatang yang busuk musti Qaseh nak termuntahhh hehehhehe siann diaa tapi dia hepi je cuma dia tak tahan bau busuk tahik-tahik menatang tu..kalau kandang menatang yang tak berbau sangat dia ok je sampai dia marah takmo lalu kat tempat yang busuk-busuk ni hahaha...

cerita-cerita lain akan menyusul nanti jika ada kesempatan hehehhe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...