Mereka Yang Terbaik..!

12/29/2010

Aahhh rinduuunyaa..

Aduiiii rinduunyaa..rindu pada siapa pada belog lahh..tak sempat tau nak menghapdate..ni pun update curik-curik je mana taknya petang Isnin baru ni ibu mertuaku call habaq nak mai hari Selasa sebab besok diorang nak gik hantar SIL saya sambung belajar kat Batu Pahat so rumahku ini sebagai destinasi persinggahan..malahan mungkin untuk meminjam encik suami sebagai GPS ahakss..

sebetulnya memang dah tahu yang diorang nak ke Batu Pahat minggu ni tapi encik suami cakap mungkin tak jadi nak singgah sini dah tu haram jadah dia nak call kampung tanya konpem ke idak lantas ku pun kira takdela tetamu yang bertandang minggu ni..sedang bersenang-senang tup-tup diorang call mujur tak terus muncul je depan pintu..mau fengsan hakak ape mau dijamu kepada tetamu(maksudku rumah yang bersepah atau bersih,biskut kering atau nasi beriani apakahh..)

so harusla bawak diorang jenjalan tengok keindahan Selangor juga hayati kesesakan lalu lintas yang permai di KL..sempat gak saya buat puding trifle untuk dessert yang sempoi dan dikire cepatla..nak membaking kek bagai idokklaa..sangat sempoi trifle kali ni main taruk je buah ape yang adoo..




Nanti saya ceritakan kemanakah kami pergi jenjalan yea..sebelum tu sesape yang mengetag,bagi award bagai jangan risau nanti saya akan cuba memenuhi permintaan kalians hokey..

sesape nak hadiah percuma mehla juin giveaway acik kat belog sini..InsyaAllah ade rejeki lebih acik tambah hadiah lagikk..

12/27/2010

Anak asyik nak mengempeng..



Salam Senin..bizi saya tak sempat nak menitipkan sepatah dua kata ni pun berlumba eceh..lumba siapkan kerja rumah cecepat bimbang kalo si kenit bangun awal maka semua kerjaan jadi terhenti sebab kena melayan dia plak.semalam je dia bangun kul 6 pagi adeh sibuk dia mengganggu saya di dapur ajak layan dia main haisssshhh..so hari ni saya nak kongsi tentang masalah(sebenarnya ia bukanla sesuatu masalah yang besooo sangat)seorang ibu muda yang rasa tekanan,stress dan penat apabila anak yang baru lahir asyik nak mengempeng atau melekap je setiap masa.

Sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal la kalau kerap menyusu.Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari.

Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam.

Sesetengah ibu yang baru melahirkan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi sebab itu anak asyik melekap lebih-lebih lagi apabila orang di sekeliling pun sentiasa bertanya soalan seperti itu.kita harus tahu tentang konsep demand on supply dalam proses menghasilkan susu.Jangan risau selagi anak menyusu susu akan tetap terhasil,abaikan sahaja soalan-soalan sebegini dan tak perlu nak stress untuk berhujah panjang lebar untuk meyakinkan pendapat orang lain bahawa kononnya susu kita tidak cukup(seperti pernah saya alami).Paling penting kita yakinkan diri bahawa kita mampu menyusukan anak kita sepenuhnya dan susu yang terhasil mencukupi.

Saya akui kebiasaannya si ibu akan mula terasa sakit badan disebabkan keletihan dan sebagainya.So pastikan si ibu dapat rehat yang secukupnya,pastikan suami atau ahli keluarga yang lain membantu melakukan perkerjaan lain dirumah biarkan si ibu dapat tidur dengan secukupnya.tanpa rehat yang secukupnya akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu. Disini la suami dan keluarga yang lain harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara si ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.

Pastikan juga si ibu memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan.pengambilan vitamin,kalsium dan zat besi seperti waktu hamil juga digalakkan.


Sebenarnya sebagai ibu jika kita sudah berniat dan berazam dalam diri kita untuk menyusukan bayi sebaik sahaja lahir dan seterusnya kita seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal.Redha dan ikhlaskan diri sekiranya terpaksa melalui keadaan yang meletihkan dan sebagainya.Sememangnya seorang ibu itu diciptakan untuk menjadi tabah maka rungutan takkan menyelesaikan masalah.Bersabarlah dan banyak berdoa disamping teruskan usaha dan jangan sesekali untuk merasa bersalah atau putus asa jika gagal menyusukan anak sepenuhnya.Kita belajar dari kesilapan dan kita tahu kita sudah buat yang terbaik untuk anak kita.bak kata seorang teman jika rasa rimas dan tensen nak melayan anak jangan jadi seorang ibu..jangan risau jika anak kita suka melekap dan kerap menangis bagi mereka masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekitar,si kecil merasa selamat dan nyaman sekiranya dapat berada dekat dengan si ibu dan dapat mendengar dengupan jantung ibu mereka.


Nak tahu tentang cabaran dalam penyusuan baca sini


Sumber:La Leche League International, breastfeedingbasics.org, breastfeeding.com

12/23/2010

Mataku pedisss..

Haduii..tulun..tulunn mata saya kepedihann..ye mata ni sakit cam nak terkeluar rasanya.Nak ngadap skrin pun susah tu yang takleh nak hapdate belog ke hapa..jenjalan belog orang bolehlaa..ni barula leh nak menaip barang ser dua ayat..taktahula ngan mata ni dia macam bengkak dan rasa tak selesa seolah-olah nak tumbuh ketumbit atau cam ade jerawat lak disebalik kelopak mata belah bawah la biasanya tapi last-last nanti kan ketumbitnya tak keluar pun tahu-tahu bengkak tu hilang gitu je..

Saya memang selalu kena sekejap belah kanan sekejap belah kiri..biasanya kalau saya teramat penat ke minggu tu haha rasala mata tu cam bengkak-bengkak ketumbit tuh huhu..cemana ye nak hilangkan apakah puncanya..penah gak rasa cam tak selesa cam gatal-gatal sikit bila menangis ke atau titikkan susu ibu ia berkurang pastu ok..

Hujan-hujan gini perut ni asyik lapooo je,macam-macam nak makan hahaha..rasa cam nak buat sesuatu yang enak-enak je tapi apakah teringin nak terai buat Brownie,Muffin ke,Cupcake,Ciskek ke..Banana Brulee ke aduii atau kek-kek yang enak tu tapi takut sangat tak menjadik hahah apapun kena terai gak kan..bagus gak kalo tak jadik barula kita tau mana yang kurang mana yang lebih kan..

encik suami dah banyak kali request suh buat biskut..katanya nak biskut cam omputih selalu buat tu panas-panas pastu depa letak dalam bakul bawa gik piknik takpun bagi jejiran..ala kes selalu tengok cite Desperate Housewives la ni hahaha..

Mataku nan indah ahakssss...

12/22/2010

Semua orang bercoti-coti..

Hujung tahun selain sinonim ngan tragedi ni jugakla time nya orang nak bercoti-coti..yang tak berduit atau tak de kesempatan seperti saya ni duk diam-diam sudah..hahaha lagipun time musim sejuk gini memang cam rasa tak berapa nak best je kalo nak gik jenjalan pun..padahal minggu lepas BIL saya yang masih bujang ajak gik lepak kat umah dia kat Port Dickson boleh Qaseh main air kat pantai tapi encik suami lak sibuk kije..so takde la kesana lagi pun dia tak cakap awal-awal tidak boleh la masak something leh piknik-piknik kan.
lihat air yang tenang ni..kat sini jelah boleh lepak-lepak haha..kira coti gak ni kan
taraa..time ni dah dekat Maghrib..ni beberapa minggu lepas kiteorang gik sini plan nya nak lepak kat taman dekat rumah je tup-tup leh lak orang tua bawak gik sini.Mujur time tu cuaca sangat baik..sangat cantik view kat sini.

budak kecik ni kemain suka gik sini sampai taknak balik..sian dia gik kejap je sebab dah nak Maghrib kan..takpe lain kali leh gik lagik bukan jauh pun sekangkang ungka je pun rokok sepuntun pun tak abeh haha tapi hakak tak merokok hokay..



Dah lama ushar taman ni tiap kali gik pasar tani Putrajaya tuh selalu perasan taman ni cam best je kalo piknik sini tapi tak gik jugak..haha last-last sampai la jugak..orang-orang Putrajaya konpem dah buhsan gik sini dak hahaha tapi me seronok sebab beh je angin tiup kuat-kuat nyaman je rasa..
Kepada yang bercoti-coti tu nikmatila percutian kalians sebaik-baiknya keselamatan diri jangan dilupai ingat tu..


12/20/2010

Tauhu Telur Goreng dengan Cendawan yang enak untuk si kecil

Cuaca mendung di luar tidak menghalang dapo dirumah berasap ahaha sebab bukan guna kayu api tuk memasak ..kalians ade anak kecil,atau lidah kalians seperti budak kecil tak tahan pedas apakata kalians mencoba masakan yang mudah lagi enak nih..ekceli dah penah dah masak gini dedulu tapi duk jadik sangat haha pastu tetengok ulangan rancangan Ho Chak ala rancangan yang macam rancangan jalan-jalan cari makan tapi versi cina la huhu ade la depa masak gini so acik terai la masak tuk si kenit yang cerewet makan ternyata beliau makan dengan banyakkk..yahuuu.ni acik main agak-agakla bahan-bahan yang digunakan.Korang leh terai la nak bubuh apa pun janji kena ngan tekak memasing. Resepi Tauhu Telur Goreng Dengan Cendawan

Bahan-bahan

Tauhu telur saya guna 3 ketul boleh didapati di kedai berhampiran rumah kalians

Sedikit daging ayam cincang(tak buh pasal anak dah tak dan-dan nak makan)

Sedikit udang kering

Sedikit kacang panjang diracik halus

Lobak merah dimayang atau diparut halus

Sengkuang di parut halus

Sedikit cendawan Shitake dipotong kecil(acik guna cendawan tiram malas nak gi kedai ujan..)

Halia seinci dimayang

2 ulas bawang putih dimayang

Sedikit putih telur

Sedikit tepung jagung kalu nak kuah pekat

1-2 sudu sos tiram

Sedikit lada sulah

Garam secukupnya

Sedikit air

Sedikit kicap cap kipas udang kalo nak kuah ade kaler

*kalo nak pedas boleh campurkan ngan cili padi.

Cara Memasak

-Memula potong bulat tauhu jepun tadik.Kendian gorengkan didalam minyak yang panas.

-Setelah kekuningan boleh la diangkat.

-Pastu tumiskan bawang putih dan juga halia sampai naik bau.

-Masukkan isi ayam,terus kacau sampai nampak dah kecut sikit isi ayam tadik.

-Masukkan sos tiram,sayur-mayur dan lada sulah.

-Kacau lagik dan agak layu masukkan sedikit air.Jangan lupa masukkan garam kalau nak masinla.

-Bila dah mendidih sikit masukkan putih telur dan kacau rata.

-Kalau rasa kuahnya agak cair bolehla campurkan sedikit tepung jagung yang dibancuh sedikit air kalau takyah pun takpe.

-Tuangkan kuah diatas tauhu telur yang dah siap digoreng tadik.

-Bolehla dihidangkan dengan nasi panas-panas dan di nikmati oleh si kecil anda yang dari tadik duk menarik baju ketika anda sedang sibuk memasak.






Antara bahan-bahan yang digunakan..nampak tak kacang panjang tuh ijauu betul kalernya dah rupa cam cilipadi lak..




12/19/2010

Budak kecik ni sangat kedekut

Salam..selamat berhujung minggu hari minggu kalau sejuk-sejuk gini yang paling sedapp dah tentula tidooo kan..tapi saya tak boleh nak buat camtu kalau duk diam badan saya lagik letih dan malas so memang hari-hari kenala merajinkan diri ahahahaha..takde istilah bangun lambat atau bermalas-malasan walaupun kalo time tu semua kerja dah selesai mesti rasa tak sedap hati kalau duk melepak tengok tv tak buat apa huhu..
Akhir-akhir ni sibuk sikit nak update belog pun tak dan..yela saya boleh layan blog time si kenit ni tido je tu pun selepas semua kije umah selesai so kalo si kenit ni bangun awal jangan harapla nak berblog huhu..
Tempoh hari abah Qaseh ajak gik Tesco terkejut gak dia lak yang ajak keluar selalunya kemain tak suka bab-bab shopping.nak belikan barang tuk keperluan saya yang berkaitan ngan hobi saya katanya..lagikla pelik selalu kena merayu bagai baru dapat ni tak mintak nak bagi plakk kuikuikui..tapi sampai tesco menda yang dibeli tu takdela pulak out of stock huhu..
maknya tak dapat barang tapi anaknya tetap berhasil mengepau..
Tengok ni haha awal-awal dia dah ambik kotak ni ada anak patung Barbie orang nak pegang langsung tak bagi gigih tu duk tukar-tukar tangan nak gak pegang sendiri walaupun tangan dia tak bape muat ngan kotak tu
Hepi sangat dia dapat patung ni,yela lama dah dia nak saya malas nak bagi sebab tak berapa nak sesuai ngan umur dia bukannya dia pandai sangat main kang mau bersepai je rambut segala pastu taknak main dah campak merata.Padahal baru lagi beli lori kat dia sekejap je suka lepas tu tah mana dicampaknya.Tapi last-last kotak yang ni diletakkan balik bila dia nampak yang lagi besar tapi yang tu lagik murah dan tak berapa nak Barbie sangat hahaha..kelakarnya dia siap jerit marah bila cashier nak scan masa nak bayar punyela tak bagik orang lain pegangg..balik umah terus nak main jangan harap nak bagi sesapa pegang..

Ni gambo awal tahun hari tu Qaseh masih debab..anak-anak jiran ni suka sangat main ngan Qaseh pantang nampak mesti diorang panggil..



Kelakar gambar ni..bebudak ni datang lepak kat umah saya panggil ajak makan masa tu ade buat puding sajela ajak diorang makan sekali.




bila kepenatan..tertido sendiriannn aman duniaku seketikaaaa lallalalalalala..


12/16/2010

Buat anak dara yang suka pakai seluar jeans londeh..kisah benar!

Hahahaa memula nak gelak dulu..pastu nak gelakk lagikk tapi kemudian rasa macam kesian plakk hurmm sebenarnya lama dah rasa hamun dan juga geram melihat gadis-gadis yang pakai seluar jeans cawat singkat pehtu pakai lak baju singkat nak tambah perencah lagik pakai lak tudungggg(tujuan apakah anda pakai tudung ni nak tutup rambut kerinting dawai besi kahhh..grrr)

Saya adalah antara puluhan mangsa keadaan sebab selalu terpandang situasi ni..adehhh tapi seorang lelaki telah mengubahnya menjadi situasi yang memalukan bagi gadis ayu muslimah yang yang mengenakan tudung dikepala tetapi alur montotnya jadik tatapan puluhan mata yang memandang nak tahu ceritanya zasssss..!

Menaiki tren dari KL Sentral menuju ke Kajang memangla perjalanan yang agak meletihkan..A (bukan nama penuh) terpaksa naik tren selepas menghantar kereta company yang digunakannya rosak ke bengkel maka dia harus pulang ke rumah untuk ambik keretanya plak dibawa ke tempat kerja.Kebetulan A memang dapat duduk di dalam tren tu,penumpang semakin ramai dan rata-ratanya semua berdiri termasukla dua orang gadis ni berdiri bebetul membelakangi A yang sedang duduk(kira gadis ni menghalakan montot kat muka A la)memula A buat tak reti je tetiba gadis manis ni yang tadik menggalas bag kat belakang telah menanggalkan bag dan menukar posisi bagnya kat depan plak..aduiiiiiii

Rupanya disebalik bag sandang tu tersembunyi alur yang tak indah dilihat sesiapa pun..gadis tu memakai tudung tapi entah mana silapnya pakaiannya yang singkat tu telah menampakkan alur montot juga suar keciknya yang longgar..masalahnya montot si gadis bebetul kat muka A.

Semua mamat poyoss yang tadiknya keboringan duk lam tren menghalakan pandangan memasing ke arah 'tayangan free' itu yang mengantuk bulat mata tak berkelip..tak taula apa yang terfikir dalam otak memasing sukakah atau rasa loya..hahahah

A yang merasa tak selesa dengan keadaan itu cuba memberi hint pada si gadis tapi si gadis buat tak reti je macam suka lak menayang montotnya..rancak dia berborak dengan kawan yang berdiri di sebelah..

Akhirnya A terpaksa membuat sesuatu yang diharapkannya boleh jadi pengajaran bukan pada si gadis je tapi juga orang lain..lagipun dia juga merasa segan kalau terusan terpaksa melihat keadaan itu.

Zapppppppp..A menarik hujung seluar jeans yang tak bertali pinggang tu keatas supaya seluar yang londeh tu tak terlihatkan lagi alur montot..gadis tu terkejut dan berpaling sambil tersipu-sipu..

''maaf dik seluar adik ni londeh sangat dah kang nampak semua nya so abang tariklaa ke atas sikit..''ujar A jujur.Si gadis tu cuma tersengih sementara rakan sebelahnya terkukik-kukik ketawa.

Apabila sampai hentian seterusnya si gadis cepat-cepat mengajak kawannya turun tak pastila memang itu destinasi yang mereka nak pergi atau sebab merasa segan tak sanggup dah lelama duk lam tren akibat insidenn tadik.

gambar ehsan ankel google




Bukan sekali dua A berdepan keadaan ni dah banyak kali,penah sekali time majlis harijadi kat rumah seorang sahabat selambek je seorang gadis ni menonggeng menayang alur montot bebetul depan muka A yang sedang makan..serba salah mamat tu terpaksa tundukkan muka nak pandang kat arah lain orang lain lak semua pandang dia..


So wahai gadis-gadis tak kirala anak dara ke mak dara ke..ketahuila semua orang tak kira lelaki atau perempuan tak ingin langsung nak tengok seluar dalam atau alur montot kalians.. pakaila pakaian yang selesa dan sopan cukup-cukupla melakukan jenayah fesyen ni takde orang kagumm punn..

12/15/2010

Homemade Cheezy Wedges yang mudah dan juga sedapp

Sapa suka makan cheezy wedges KFC silerr angkat ketiak memasing cehhh..saya memang penggemarnya kenkadang gik kepsi semata-mata nak beli cheezy wedges je punn.Tapi sebenarnya ia boleh dibuat sendiri kat rumah malahan lebih murah dan boleh dibuat banyak nak-nak kalau famili yang ramai kan.Dulu saya penah tanya adik ipar saya yang pernah kerja kat KFC sekejap pasal cemana nak buat cheezy yang kuning tuh dia cakap diorang guna serbuk je just bancuh ngan air panas pastu paipkanla atas kentang tuh,sama gakla ngan mashed potato semuanya serbuk yang dibancuh ngan air panas..so kalau nak tahu resepi mudah cheezy wedges versi homemade jom layannnnnnss...zasss

Resepi Cheezy Wedges

Bahan-bahan:

Beberapa biji kentang segar(saya guna 4 biji,leh gak guna potato wedges yang frozen)

Tepung goreng serbaguna(saya guna jenama Nona tapi rasanya tak sedap sangat maybe bleh try guna jenama lain gak)

Lada sulah(jika perlu)

Sedikit garam(jika perlu)

Sedikit serbuk paprika(jika perlu kalau dah guna tepung goreng ayam hot & spicy tak perlu buh apa dah)

Mayonis

Serbuk Jalapeno Cheese(boleh didapati di kedai frozen food)



Cara-cara:

-Potong kentang berbaji atau berbentuk wedges jangan dibuang kulitnya.

Rebus kentang sehingga empuk.
-Gaulkan kentang yang telah direbus dengan tepung goreng serbaguna.

-Gorengkan didalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

-Angkat dan toskan minyak yang berlebihan

-Campurkan sedikit air panas ke dalam serbuk Jalapeno Cheese(ikut sukala nak pekat ke cair janji boleh dipaipkan atas wedges nanti)

-Paipkan keatas wedges diselang selikan dengan mayonis mengikut citarasa kalians.

-Hidangkan dan ngappla sesama famili kalianss.

-Sangat rangup hokay tang kulit wedges tu nyummm.

Ni la dia rupa serbuk Jalapeno Cheese yang ni kira pack yang kecil di beli di kedai Lazim Frozen Food kat Sekyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi.Ada pack besar lagik tapi biasala kalau encik suami yang belikan bukannnya dia nak beli bebanyak haissh.Dekat kedai Yummy Bakery Seksyen 9 tu pun rasanya ade gak tapi encik suami cakap yang tu dalam bentuk cecair dan dibungkus dalam pack besar jenama Lady Choice tapi dia pun tak pasti tu memang cheezy ke mende so saya tak bagik le beli kalo salah beli kang perang pulak kat umah ni kang..muehehe.

Tapi yang pasti memang rasa dia sama cam KFC punya,tapi mayonis KFC pun sedap la sama rasa cam cheezy yang kuning memang ade ke mayo yang rasanya masin gitu.

nak tau resepi cheezy wedges yang gunakan keju cheddar yang oren tu klik sini



P/S:Gerammm la plak malam tadik tengok The Biggest Loser Asia season 2 finale pakwe den si Nai yang ganteng tuh tak menang ade la plak si Raj yang suke main taktik keji tu menang adehhh..tak shukee tauu..nak buat guana takdok rezeki lerr tuh..tapi suke tengok Fish yang anggun dan juga Scott yang semakin ensem setelah ketiadaan lemak berlebihan.

12/14/2010

Perut ku sayang mengapakah anda...

Hari ni badan tak berapa sihat..perut masih menggodam-godam dari semalam lagik..geram betul dahla malam tadi gik Pasaraya Bintang kat Kajang Putra(la ni dah dikenali sebagai Giant lak)mencari keju kaler oren keju tak jumpa perut lak menggodamm gilerr ahh mujur orang tak ramai so takdela kena beratur lama time nak membayar dengan lutut yang menggigil dan bulu roma yang menegak..cehhh..tak tahu ape sebab kejadian sakit perut itu terjadi mungkinkah penangan sambal belacan super duper pedas atau apakah..perut saya ni mudah sangat mengesan ketidak elokkan sesuatu makanan tu sebab tu kalau gik kenduri kawen mudah sangatla terkena penyakit ceri beri ni hoh..sampaikan rasa takut nak makan nasik minyak orang kawen..bukannya apa kalo orang lain kena maybe dalam sehari je pastu baikla tapi kalau saya sampai 3 hari tau seksaaanyaa..
So hari ni takleh nak membebel panjang perut rampingku(padahal muncet) tidak mengizinkannya..
Semalam ade masak terung masak lemak campur kacang panjang pastu tengok macam banyak sangat la plak terung tu so saya goreng buh garam kunyit pastu tuangkan sos tomato..ni kire masakan yang cepat dan sedap juga..dedulu mak saya selalu masak gini terung kalau dah boring tak tau nak masak mende.Boleh makan ratah gitu je nak buh sos cili pun takpe..kira cam makan sayur gorengla kehkehkeh..
Sesape hok tak berapa suka makan sayur elokla try masak gini cepat dan simple je..boleh ratah-ratah gitu je.

12/13/2010

Bakal babysitter terbaik..korang ade..?

Lihatlah bakal babysitter yang telah menunjukkan sifat-sifat keibuan yang begitu terserlah ketika menjaga 'anak-anak 'belaannyaa..

Ada gaya seorang supermodel tak..kes suka sangat menonton America's Next Top Model lantas turut berangan-angan..


Walaupun bizi melayan anak-anak masih sempat menjawab panggilan telefon kenkawan (padahal teponnya non ado) bagi memenuhi tuntutan kehidupan seorang mak orang yang suke bergosippp.



Sangat gigih dan penyabar dalam memberi khidmat yang terbaik buat anak-anak belaannya berlainan spesis dan bermacam ragamm..




Dodoi anakku dodoii..tidoo sayang jangan nakal mama nak gik makan coki-coki plak ni..begitula gamaknya lagu yang dilontarkannya..






Hakikatnya babysitter terbaik tetap mengamuk dan berguling-guling dilantai pasaraya sekira kemahuannya tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan..





12/10/2010

Artis yang manis vs Qaseh yang jebik

Haaaa..nak tau kan sapa yang kami temui tadi dalam cerita tadi kan..nilah dia kalians teka sendiri la yeaa..yang pelakon wanita tu saya dah jumpa dua kali pertama masa jumpa kat Jom Heboh masa tu dia buat kuiz tentang rancangan Nona kurus je beliau time tu..tapi dia memang lawo la..yang lelaki ni dah tentunya pengarah,penyanyi juga pelakon yang berbakat besar serta kaya lagik raya huhu..studio dia kan dekat Cyberjaya je Tak terfikir pun nak amik gambar ni mule tu saya wat tak reti jela tup-tup abah Qasehla cam biasa suka ati je dia suh depa ni pegang Qaseh..tengok jebikk takut dia tu yang gambar jadik gegar-gegar risau Qaseh meraung kat situ

Qaseh yang kenkonon malu dan segan nak bergambar ngan orang yang tak dikenali ahahaha


pic gegar belaka..cehhhh




nilah dia budak yang malu kalu ditegur orang cehhhhh..jeling disebalik jemari jerr



eh tutup terusssss..kalau jejiran nampak Qaseh mesti depa panggil dulu Qaseh tak kisah sekarang ni sebuk lak tutup muka orang tak panggil lagik dah tutup mukaaa..





Penat ketawa tengok Hantu Kak Limah..

Semalam tak la begitu plan nak gik tengok wayang tapi tup-tup encik suami call suh bersiap nak gik GSC Alamanda ajak tengok pilem Hantu Kak Limah Balik Rumah.Memula tu risau gak la kan ada lagik ke tiketnya kalau kabo awal-awal boleh booking melalui online je.So sampai sana dalam pukul 6 lebih gitu memang tak berharap sangatla so beratur jela macam biasa
Gambar gegar-gegar..tak taula depa dua orang nak tengok cerita apa barangkali Narnia ke,apa uhukss.. cer teka sapa ni wehh beratur belakang kiteorang.

Apa yang kelakar sangat weh pilem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni...sebelum tu nak cerita sebenarnya tiket dah abis tinggal hok pukul 11 malam pun seat depan skrin je tu pun 2-3 ketul je.Orang tu kabo kalau hok yang kul 8.45 tinggal yang reserved je mengkalau diorang tak tuntut tiket kul 8.15 nanti iaitu ketika release time maka tiket akan dilepaskan pada orang ramai..tapi kalu nak memang kena rebutla ngan orang lain yang beratur gak.So kami pun takdela berharap sangat so gikla makan dulu pehtu gik solat sesiap kat surau berdekatan(solat harus ditunaikan ye walaupon nak tengok wayang).Pukul 8pm kiteorang gi beratur semula..ekceli saya je yang beratur pong suami melayan Qaseh dan tengok ade akak tu pun nak tunggu tiket yang sama,so kami tunggula dekat ngan kaunter bila dah kul 8.15 kiteorang pun apa lagi terjah la.Dah memang rezeki saya dapat 2 tiket di line tengah tapi belah tepila memang nak yang tepi dekat ngan dinding senang nak menyusu Qaseh nanti..ramai betul orang yang nak tengok cite ni ingatkan tak ramai..
Serius memang kelakar sangat dan banyak dialog yang sinis dan mempunyai maksud yang mendalam..jom layan antara scene yang buat saya sesak napass ketawaa..
  • scene time Johan raja lawak ketakutan sampai terbang motor roda tiga yang orang bawa gas tu masa nampak hantu kak limah.
  • ingat tak ngan watak Usop yang penari kebudayaan dalam cite zombi kampung pisang tuh kali ni si lembut ni lumpuh duk atas kerusi roda je lawaknya time nampak hantu mencicit dia lari tinggalkan orang lain siap tolak kerusi roda sendiri.
  • time Johan tengah membuang dalam jamban hantu Kak Limah duk atas dia..yang ni sesak napas dibuatnya ketawa sebab Johan lari tak sempat basuh yak dahtu tak pakai seluar dia sarung tudung saji mengkuang je kahkahkah..
  • Sofi Jikan pegang watak bomoh indon umur 70 tahun kemain berlagak las-last dia kena sampuk gak.
  • time bomoh siam(Kamarul Haji Yusoff)nak panggil hantu tapi tersalah panggil hantu keluar hantu nang nak,pastu salah lagi kuar hantu k*pek,yang ni lawak sebab Pak Uda siap cakap lagi ''banyaknya k*pek..kahkahkah.

Sebenarnya sepanjang tayangan memang asyik gelakk je..ending dia kalau nak tahu silerr tengok di pawagam sebab ade kejutan sikit huhu..dari 5 bintang saya bagi 6 la..acii takk.

sinopsis filem dan komen wartawan klik sini

p/s: cer teka sapa artis tu nanti hakak akan tunjukkan gambar yang lebih jelass huhu


12/09/2010

Bapak kawan koi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hari ni sambungan filem Zombi(zombaaa..)Kampung Pisang iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah keluar kat panggung..rasa macam nak gik tengok tapi sempatkah huhu...Tak banyak filem melayu yang saya suka biasanya kena tengok sape yang direct nya kalau arwah Yasmin Ahmad,atau Afdlin Shauki memang saya layan,yela orang kata kalau filem melayu baik beli cd pairet je daripada bazir duit tiket wayang.Sampai camtu sekali ye.saya memang peminat no.1 filem-filem Mamat Khalid yang saya kira ala-ala Stephen Chow gitu lawak yang nampak cam mengarut tapi sangat dekat dihati terutama bagi orang kampung macam saya ni.Ingat lagik dengan filem Man Laksa kelakar tak ingat terutama scene penyanyi jemputan menyanyi kat pentas..muka semua biasa-biasa je selamba je lawak diorang.malahan watak-watak seperti Saedon Dengki mengingatkan saya kalo kat kampung mesti setiap orang ada nama gelaran memasing kan contoh Mail 400 sebab nombor umah dia 400,Man Angguk sebab tak pandai membaca hanya tau mengangguk je apa orang cakap huhu dan ramai lagik.Dah sebut pasal Man Laksa ingatkah lagi kalian dengan Gagak di Rimba atau dialog popularnya ''saya sebagai ajk Kampung Talang bla...bla.pelakon pakcik yang melakonkan tu nama popularnya Man Kadir atau juga dikenali L.Man Kadir Shamsi atau nama sebenarnya Abdul Kadir.Pakcik nih bapak classmate saya masa sekolah menengah,dah jadik cekgu member saya tu.Hari tu ada gak saya tanya pasal pilem ni kat dia huhu..Man Kadir nih memang lawak dedulu dia ni penah gak mengarah drama yang lucu-lucu time Bell ngan adik-beradik dia kecik-kecik dulu ingat lagik saya.Kali ni Man Kadir ada lagi dalam cerita Hantu Kak Limah ni kalau dalam Zombie Kampung Pisang dia jadik zomba kali ni nak tau kena pi tengokla pilem nih..

Pasnih boleh tengok lagi Awie pakai tuala kat kepala.saya suka sangat scene time Awie cari seluar sebab dia tak selesa pakai kain pelekat je masa dalam zombie kampung pisang..sama macam saya rasa tak selesa kalau dalam keadaan yang mencemaskan pakai kain batik ke apa rasa cam tak selamat je lebih selesa kalau pakai seluar nak-nak kalau kena berlari ke apa.

jom layan promo Hantu Kak Limah Balik Rumah(tajuk je dah nak gelak..)











Kalau tengok OST lagu filem ni lagu Cinta Kristal(lagu Rahim Maarof) yang dinyanyikan semula oleh Awie pun bess gakk..rasanya filem komedi kampung cenggini lebih seronok ditonton daripada melayan cerita rempit,sempit la atau pompuan murahan ke ape..

Pertanyaanku orang takmo layann punn



sekadar gambar hiasan tiada kaitan ngan entri tapi sedapp dimakan nama beliau jemput pisang digureng dipagi hari.



Bengangggg..itulah yang dirasakan kini..geramm sebab ketika dilanda pelbagai persoalan kat kepala otak ni leh lak orang buat tak reti je..hamun betul la..

Semalam daku mencoba bertanya soklan perah otak(sebenarnya mahukan kepastian)sampai ke hari ni belum dibalas pertanyaan itu hoh..orang nak jawapan segera bukannya suruh pending sampai tahun depan..disebabkan kerjayanya tu berkait rapat dengan masalah ku itu maka kubertanya la dia gak yang suruh last buat tak reti je..kalau tak tahu cakaplaaa..


seksi-seksi cenggini pun takde orang nak melayannnn..mahal lipstik tu


mode:perlukan seorang mak bidannnn..ahakss

12/08/2010

Berlari-lari dengan BlogLarian

Salam..saya telah ditag oleh wanita yang telah melahirkan sepasang kembar gegel yang chumel iaitu elly & emmy..mereka mengajak saya berlari-lari berkejaran dah tentunya saya menang kan uhukss..sebenarnya saya pun tak berapa nak paham kejadahnya BlogLarian ni but apa salahnya mencuba kan.nak tahu lebih lanjut leh klik BlogLarian
kena jawab soklan ni lak

Saya suka berblogwalking kerana
Blog saya ni perlu menghirup udara segar takkan duk terperap je kan.. kalau ada kesempatan memang seronok gak jenjalan kat blog orang lain dapat banyak info dan kenalan.

Saya kena tag orang lak..jom lihat sapa yang kena
- wansteddy
- TTM
-mamalyna

Ricau..ricau..ricau



Lirik Lagu Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna


Aliff Aziz

Di lubuk hatiku

Adalah kamu

Sebagai ratu

Joanna

Seluruh Jiwaku

Hanya dirimu

Yang aku mahu

Duet

Telah ku percayakan

Hati ini padamu

Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tak minta berbalas

Serahkan cintamu

Pada yang punya cinta

Joanna

Di lubuk hatiku

Adalah kamu..Yang aku perlu

Aliff Aziz

Seluruh Jiwaku..Hanya dirimuYang aku mahu


Huhu..ni salah satu lagu kegemaran dak tenit nih..maksu dialah bulan lepas time tu sibuk duk pasang lagu nih kat laptop dia si tecik ni dengar terus suka sangat..pantang dengar sibukla dia tergedik-gedik nak menari pastu siap menyanyi lagi walaupon masih pelat tapi tang melodi tu bebetul dia ikut.Kalau dalam keta dengar lagu ni kemain lagi ngan tangan -tangan dia goyang huhu..

Paling lucu kalau dia sebut time lirik 'maka kita tak saling risau' dia mesti ikut sebut ricau..ricau..ricau bersungguh dia cuba nak ikutnya.

Selain lagu ni lagu Stacy 'Jahat' tu memang dia suka sangatla,lagu Maher Zain pun sama dia pandai sebut InsyaAllah jela..lagu bebudak AF,lagu raya HotFm paling dia minat kita nyanyi sikit je terus dia nyanyi sampai abih..banyak la lagu dia minat yang rancak-rancak la..tapi kekadang dak tenit pandai gak berangan-angan kalau dia tengok video klip lagu tema 'Kami Prihatin' tu mesti dia sebak je dia memang suka dengar lagu tu.

Ada seorang member ni cakap kat status FB dia la yang dia risau kalau anak-anak kecil ni suka dengar lagu nanti terpesong akidah..

Bagi saya terpulangla setakat ni takda la saya biarkan Qaseh dengar lagu-lagu heavy metal yang keras muziknya dan lirik mengarut.Memang normal la kalau budak baya dia ni suka tergedik-gedik dengar lagu lagipun melalui lagu gak dia belajar menyebut sesuatu perkataan tu.

Setakat ni ayat yang sering keluar dari mulut Qaseh yang dia bebetul sebut,yang saya tak pernah ajar tapi saya biasa sebut pada dia kalau nak mendodoikan dia tido masa dia masih bayi-bayi dulu adalah..

La illa ha illaAllah Muhammadur Rasullullah..Dia akan mengalunkannya sama seperti saya berzikir time dia main,time dia tepuk-tepuk montot pinky(anak patung bear dia),time dia main urut kepala saya pun dia mesti sebut gak..takdelak dia duk hafal lagu yang dia selalu nyanyi tu..dia cuma ikut menyanyi kalau saya yang mula nyanyi atau dia dengar kat radio atau pun tv..

pendapat kalians cemana adakah salah anak-anak kecil mendengar lagu walaupun lagu twinkle-twinkle little star atau pun lagu burung kakak tua ke..

Mamalyna's Crabstick Popia Giveaway

Salam.. jom join Mamalyna nya giveaway ni..sempena ulangtahun perkahwinan beliau yang ke..?tahniah diucapkan moga berkekalan hingga ke syurga ya..mudah je nak join kalians klik je sini dan just ikut arahan yang diberikan.. tarikh tutup 15 Disember 2010..
kalau kalians adalah kipas susah mati popia elok join-tukang tulis pun suka makan popia gak uhukss

12/06/2010

Satu Muharram detik permulaan..

"Satu Muharram detik permulaan perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah"...

Lagu wajib kalau masuk pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah time sekolah dulu beserta lagu tambahan pilihan kumpulan masing-masing seperti lagu sepohon kayu daunnya rimbun,lagu Al Mizan takpun Al Jawaher huhu..
Acik jarang masuk pertandingan nasyid nih maklumla gugup pentas la katakan..kalau join pun duk belah belakang-belakang.Padahal minat gak menyanyi(kantoi impian terlepas..)
Haha rasa cam nak tepek gambo suci bersih time sekolah dulu je tapi malangla takde scanner idok boleh kalians kutuk-kutuk gambo somot kering kontang acik dedolu sebelum plastic surgery lebih jelita seperti hari ni ahaksss..
Kalo time awal Muharram orang mesti buat bubur asyura kan..tapi acik tak suko la kalo yang manis-manis ni takde ke bubur yang lebih mesra lidah pedas ku ini..hihihihi
sesapa tak sengaja rajin masak bubur tuh jangan segan hulurkan daku ye sebekas..
''Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1432H mana-mana rasa perlu diubah pada diri memasing maka berhijrah la kalians kepada sesuatu yang lebih baik''

gambar tiada kaitan dengan entri tapi ianya sungguh mabeless.



12/04/2010

Makhluk Tuhan Paling Seksi Juga Sedap

Hujung minggu gini mesti ramai orang gik shopping sana sini kan..saya yang tak berkemampuan ni tk gik memana dah tu teringin plak nak makan ayam panggang macam kat Kenny Rogers tuh tak pernah makan pun lagik tak mampu nak makan kat situ daku miskin hina uhukss menyebutnya dah terasa ketar lutut..

Sebenarnya tanpa mengeluarkan belanja yang mahal pun kalians boleh dapat menikmati ayam panggang ala-ala Kenny Rogers versi lebih murah dan penuh kasih sayang..kredit pada kak TTM atas resepi yang melelehkan air liur ni..jeng..jengg..mempersembahkan



Resepi Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers versi lebih murah dan penuh kasih sayang


Bahan-bahan:-
1 ekor ayam saya beli dipasar tani Putrajaya(bersihkan takyah potong kecil-kecil)

Bahan-bahan perapan atau make up ayam :
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr(tak bubuh pun dah abis)
2 sudu besar gula perang
2 sudu herba campuran(tapi saya buh herba oregano dan basil je sebab tu je ada kat umah)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega



Cara-cara:-

Memula kesemua bahan-bahan untuk makeup ayam dikisar dengan sedikit air.
Kemudian lumurkannya diseluruh ayam yang seksi tuh saya masukkan sekali ke dalam rongganya ya.
Perap selama 1 1/2 jam -saya perap semalaman
Sapukan sedikit mentega pada ayam lalu dibakar atau panggang.
Kemudian bakar ayam selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.(saya bakar lebih urang 45 minit)
Selepas 1/2 jam yang pertama,sapukan campuran minyak dan rempah yang menitis pada ayam supaya ayam tidak terlalu kering(saya cuma sapukan dengan lebihan bahan perapan je kuikui)
Setelah masak boleh dihidangkan dengan coleslaw atau kentang putar.
Tetapi tetiba saya malas plak nak buat kentang putar saya just masak kentang bersama lebihan bahan perapan dan tuangkan keatas ayam apabila ayam dah siap dibakar(sedikit pendurhakaan berlaku disini)






Nah saya panggang ala-ala ayam golek guna oven Elba je ya.Saya setting suhu 200'c selama 45 minit.Untuk pengetahuan kalians masa beli oven nih 3 tahun lalu memang tak disertakan sekali manualnya so kena try and error la ye.Pernah gak gik Sen Heng dulu bertanyakan tentang manualnya sempatla saya baca manual yang ada.


Dah siap bakar...auwwww seksinyaaaaa..kejadahnya plak buh tray kat bawah tu tak pasal susah plak nak hilangkan kesan arang yang melekat.Ada sesape ada petua tuk hilangkan arang pada tray nih.



Nah baru keluar dari oven..syukur tak rentung dan menjadik elok.Ini kali kedua saya panggang ayam guna oven pestime buat dulu buat sebelah je bakar pun dalam aluminium foil dan tak berapa sedap sebab guna sos BBQ yang dibeli kat pasaraya.Kali ni sedap plak daging ayam kelihatan licin dan lembab manakala bahagian kulitnya garing elok dan tak rentung.




Kenapa posisi si gadis manis ni dah rupa cam ayam panggang je muehehe..


Pesananku Buatmu:Lately ramai mengadu gambar dan resepi mereka dicilok tanpa sebarang kredit dan link pada blog memasing.Bagi saya kalo tak de unsur penderharkaan pada resepi tu biasanya saya takkan salin balik resepi tu just bagi link je pepandaila korang nak klik kan.Andainya nanti masakan kalians tu tak menjadik janganla segan nak tepeknya ianya lebih baik dan tak menyakitkan hati daripada ambik gambar orang lain tanpa kebenaran tuannya.





12/03/2010

Soalan-soalan sengal yang bermain difikiranku

Orang yang banyak fikir memang suka memeningkan kepala otak sendiri..saya la tuh..untuk perkara yang akan datang bulan depan saya dah start pikir 2-3 bulan sebelum tu dah start tak lena tidur..nak tau ape yang sering saya fikirkan zaaasss!..layannnnn!

Takut gagal

Kenkadang malas nak join apa-apa contest bila rasa dah konpem kalah..malas nak suka kat seseorang sebab dah rasa mesti kena tolak hohohoho..sakitnya kegagalan dan peritnya penolakan pedissssss sangat weh tapi kalau dah memang lumrah hidup kekecewaan memang sering melanda hidup kita kena teruskan jela hidup ni walau terkadang rasa akan gagal dan mahu mengalah..tapi yang penting seorang pemenang tidak pernah mengalah!

Rumah kena selalu bersih

Memanglah rumah kena bersih takkan nak biar rupa sarang tikus ye tak..masalahnya saya kena pastikan rumah tu sentiasa kemas dan sedap mata memandang sebab selalu pikir akan ada tetamu yang tetiba nak singgah.Kalau nak keluar gi memana shopping ke,balik kampung ke saya akan paksa rela encik suami sama-sama kemas rumah bagai.Saya takkan tinggalkan rumah dalam keadaan yang berselerakan bukanla kemas bebenor maksudnya takla sakit mata menengoknya.Saya taknak kang nanti balik shopping penat-penat nak kena kemas rumah plak,mana nak kemas barang lagik,time tu lak anak nak ngempeng dahtu time tu la tetiba kang ada orang call urgent nak mai umah hohoho(yang hanginnya bila umah kemas bersinar-sinar takde sapa nak mai tapi kalo umah macam tongkang pecah time tu la berduyun tiba haishhh)

Takut kalau beranak nak berpantang kat mana

Ni memang hari-hari kena pikir sebabnya saya tak boleh guna tandas mencangkung ye hakak-hakak since peknen sampai hari ni tetiba lutut cam tak mampu nak menampung lelemaks di badan ini mungkin sebab dah terbiasa dengan tandas duduk(kejadahnya cerita pasal jamban pulok).Hasrat saya nak berpantang di rumah sendiri je lepas ni.Senang duk lam bilik sendiri,toilet dalam bilik,suami ada sini masalahnya bolehkah?masa beranakkan Qaseh dulu saya berjahit kat perut dan juga di perineum saya pantang lebih kurang 2-3 minggu kot kat umah mak saya.Masa tu MIL dah bising suruh pantang sana pulak saya berpantang sehari je kat sana sebabnya saya takut dan tak berani nak guna tandas cangkung.Saya memang demand sikit kalau berpantang ni first saya nak tandas duduk,pehtu nak tidur atas tilam tebal or katil sebab badan saya akan sakit-sakit,belakang rasa nyilu kalau tidor atas toto nipis sehari dua takpa kalo 40 hari seksa badan saya tau.Kalau bleh nak duk dalam bilik sebab takmola kalo berurut, bertungku nak pakai bengkung ke or nak menyusu anak ada orang reramai(kes kalo kena tido kat ruang tamu).Mujur umah mak saya ada tandas duduk sebab mak saya dah tua tak daya nak mencangkung bagai masalahnya bilik tidur tak banyak ada yang mak tak buat lagi dan syiling umah pon tak buat lagik so memang hangat yang amatla kalo panas terik Qaseh dulu pakai barut je bedung ngan baju langsung dia takmo pakai.Tapi kalau beranak lagik malas nak menyusahkan mak saya lagik berpantang kat sana dan takmo suami duk ulang-alik tetiap minggu.Nak berpantang rumah MIL lak kena tunggu ada tandas duduk la tau tak kalau tandas cangkung mesti tak membuang la saya berhari-hari semacam dia takutlak kuikuikui sejak kes kena sembelit teruk masa lam pantang sampai meraung-raung dulu saya takut nak mencangkung rasa cam peranakan nak turun je.Ada sapa-sapa tak boleh bagi tips atau pengalaman kalians berpantang guna tandas cangkung mungkin saya boleh cuba kan..yela nanti terasa lak hati orang tua kalau saya takmo berpantang kan kat kampung tapi saya nak guna badan ni lama ni pun dah selalu sakit-sakit so memang kena demand sikitla..

Gambar takda kaitan dengan cerita kat atas..saje tetiba rindu masakan mak kat kampung..banyak je yang nak difikirin sebenarnya tetiba malas lak fikir(pulak dah..)

12/01/2010

Mencedok ilmu sambil mencedok makanan

Kebiasaan hari minggu setiap hujung bulan aktiviti sesama keluarga kena paksa rela bangun pepagik berkongsi ilmu dengan para ibuk-ibuk juga bapak-bapak yang sporting kat Tasik Chempaka Bandar Baru Bangi..kali ni dengan topik yang sangat menarik 'Weaning Process-Baby Led Weaning atau pun bercerai susu.Kali ni kehadiran memberansangkan di kalangan ibu-ibu yang baru pestime join bagusla kalau lagik ramai lagik baguss.


sebelum makan kami berposing maut reramai..menu potluck saya cam biasa bubur lambuk Santai timur gigih tu redah hujan mencari bahan-bahan maklumla kang kempunan mak buyung yang request mintak masakkan bubur lambuk huhu..saya memang takleh kalo ibu mengandung yang mengidam lajuuu je saya tunaikan ecehh-pasnih mesti ramai ngaku peknen kan..kan.
Jom kita share ilmu saya dapati ketika support group meeting tempohari
  • Proses cerai susu sebenarnya berlaku secara berperingkat-peringkat takboleh secara drastik dan ianya bermula sejak usia bayi 6 bulan dimana bayi sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal.Ketika ini bayi sudah mula makan bubur nasi yang ditapis atau dilecek,puri buah dan sebagainya.bayi juga telah mula merasa dan mengenal tekstur makanan secara perlahan-lahan.
  • Keperluan makanan yang seimbang menjadi keutamaan apabila bayi berusia setahun dan keatas manakala susu ibu sebagai pelengkapnya.Proses inilah yang dinamakan cerai susu ye bukan putus susu.Walaupun bayi telah mula mengambil makanan yang seimbang penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

Jika proses cerai susu ni dilakukan secara drastik pastinya memberi kesan yang tidak baik pada emosi anak dan juga si ibu.Anak pasti merasa kehilangan..beri mereka peluang untuk merasa kehangatan didalam pelukan si ibu sebab pada fikiran si anak bila mereka sudah jarang melekap dengan ibu bermakna ibu mereka dah tak sayangkan mereka..so teruskan memberi pelukan dan sentuhan kepada si kecil kalian meskipun sudah bercerai susu atau putus susu.

Bagaimana proses cerai susu ini boleh dilakukan secara berperingkat?

  • Iaitu dengan mengurangkan kekerapan menyusu kebiasaannya apabila bayi sudah mula mangambil makanan seimbang lain kekerapan menyusu akan berkurang.Mungkin boleh kurangkan kekerapan menyusu pada sebelah siang diikuti sebelah malam pula.
  • Jika biasanya sehari 8-9 kali si kecil menyusu boleh kurangkan kepada 5 kali .Lakukan secara perlahan-lahan sehingga ke minggu-minggu yang seterusnya.Gantikan sesi penyusuan itu kepada memberi si kecil makan makanan kegemarannya.
  • Apabila bayi semakin menginjak usia pastinya keperluan nutrien dan kalori semakin meningkat maka susu ibu tidak cukup untuk mengenyangkannya jadi sentiasa tawarkan makanan apabila bayi menginginkannya.
  • Bagi ibu yang mengepam susu sesetengah mereka memberitahu apabila anak sudah berumur 2 tahun keatas mereka sudah mula berhenti mengepam hanya menyusukan anak secara direct apabila pulang bekerja maknanya anaknya hanya menyusu disebelah malam sahaja so inipun salah satu cara untuk mengurangkan kekerapan menyusu.Disebelah siang anak mengambil makanan seimbang seperti biasa.

Kalian juga boleh rujuk pada video rakaman pakar laktasi iaitu Puan Kamariah dan Puan Rita Rahayu dalam segmen cerai susu menerusi rancangan Si Kecil Ku Chak yang ditayangkan setiap hari Selasa jam 11 pagi di TV3 .Mujur ade rakaman nya di youtube boleh di kongsikan dengan kalians.






P/S:Kebiasaan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan atau yang terikat dengan komitmen pekerjaan yang memerlukan ke luar negara dan sebagainya mungkin terpaksa ambil penyelesaian yang agak drastik bercerai susu dengan cara yang agak sukar diterima oleh anak-anak contohnya secara mendadak,sapukan sesuatu pada payudara.Tetapi sebaiknya lakukanlah dengan cara yang perlahan-lahan biarkan si kecil sendiri memilih saat perpisahannya huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...